Bahagian 9

151 8 0
                                    

Selepas hubungan aku dengan Adara dah baik. Company aku suruh aku pergi Ipoh kejap, untuk tolong site dekat sana lepas salah seorang person in charge dekat sana kemalangan.

Aku bagitahu Adara pasal tu, dia tawarkan diri nak ikut. Aku cakap la, yang kerja dia macam mana. Takkan kakak dia nak uruskan foodtruck seorang diri. Dia bagitahu, ada sepupu dia boleh tolong memandangkan sepupu dia tu tengah cuti semester.

Tambah dia lagi, dia risau aku jumpa dengan orang lain. Lagipun dia tahu, ada ex aku dekat Ipoh tu. Lagilah dia risau. Dia tahu betapa aku sayang ex aku dulu. Dia risau aku kembali dekat ex aku buat kali kedua.

Aku pun okay saja. Aku akan duduk sana lebih kurang seminggu macam tu. Sebab kerja dekat sana pun dah nak habis. Aku bantu apa yang perlu saja.

Masa gerak ke Ipoh, baru aku tahu yang rupanya Adara ni suka menyanyi dalam kereta. Selalu jalan dekat-dekat, dia banyak bercakap saja. Tapi memandangkan nak ke Ipoh tu jauh, bukan main rancak berkaraoke.

Malam pertama aku dekat Ipoh, aku post gambar yang menyatakan aku dekat Ipoh dekat ig story. Ex aku yang dah berbulan tak contact dengan aku, dia tegur dan ajak jumpa. Aku bagitahu Adara pasal tu.

"Pergi la kalau nak jumpa. Awak mesti rindukan sebab dah lama tak jumpa".

Ah sudah. Muka tegang ja. Hilang kegirangan macam karaoke dalam kereta tadi.

"Saya dah tak ada perasaan dekat dia la". Okay. Sebenarnya aku sendiri tak pasti. Masa ex aku dm pun, kepala aku dah flashback kenangan aku dengan dia. Gila. Kenapalah orang yang banyak bagi sakit hati ni juga la aku masih sayang. Dan berharap.

Adara hanya diam membisu. Tak membalas. Mata dia khusyuk dengan telefon dia.

Aku menghampiri dia di atas katil dan memeluknya. Mencium pipi, bibirnya berulang kali, sampai dia rimas.

"Iya. Saya tak merajuk la,"balas Adara, dah mulai mengukir senyuman. Walaupun baru beberapa bulan kenal Adara, aku tahu macam mana nak pujuk dia. Sentuhan. Itu kelemahan dia. Sebab tu kalau dia merajuk melalui telefon, aku mengeluh. Sebab aku tahu ianya akan berpanjangan sampai dapat jumpa dia depan-depan.

"Saya tak jumpa dia okay. Tapi perut saya dah lapar. Saya nak mandi. Lepas tu kita keluar pegi makan ya?"ajak aku. Adara setuju saja.

Nak dijadikan cerita, punya la berjodoh aku dengan ex aku ni. Kami terjumpa dekat mcdonalds. Dia berdua dengan kekasih dia.

Lepas terserempak masa nak order dekat kaunter layan diri tu, Adara terus rangkul lengan aku. Takut aku lari la tu kot.

"Jom la makan sekali nanti,"ajak Aina.

Sebelum jawab soalan tu, aku pandang ke arah Adara dulu. Sebab tadi dia dah merajuk pasal Aina. Jadi aku nak minta pendapat dia dulu.

"Ha, okay ja,"balas Adara, dengan senyuman. Aku rasa fake smile la.

Dah order, sementara tunggu pesanan siap, kami berempat duduk dulu. Berbual mengenai tujuan aku dekat sini. Tanya mengenai kerja Aina. Kami tanpa sedar seperti berbual kami berdua saja. Pasangan masing-masing diam saja. Aku ada perasan juga wajah girlfriend ex aku pandang tak puas hati aku. Apa salah aku entah. Kau dah dapat ex aku kot.

Kebetulan pula makanan kami siap dalam waktu yang sama, jadi kami berdua yang wakil tolong ambilkan, dan mereka berdua jaga tempat.

"You dengan Adara couple ke?"tanya Aina masa dekat kaunter sos.

"Ha? Tak la. Kawan ja".

Muka Aina nampak berkerut. "Doesn't look like it. Adara nampak attached dengan you".

"Kami rapat. Tapi tak couple. I still unsure about my feelings".

"Is it because of me?"

"Let's not talk about it. I didn't want to ruin the night".

Aina memegang tangan kanan aku.

"I minta maaf. You deserve to be happy Sue".

"You know how much I love you Aina. Tak mudah. Hm. Please. Jangan cakap pasal ni dah,"pinta aku. Aku tak nak terbawa-bawa perasaan itu. Melihat wajah Aina saja buat aku lemah.

ADARAWhere stories live. Discover now