Bahagian 15

132 6 0
                                    

Seminggu. Seminggu aku bagi masa dengan Adara untuk bertenang. Aku ada cuba hubungi dia, ws dia. Tapi dia block aku dah rasanya. Aku biarkan dia sebentar. Setiap hari aku risaukan dia.

Sampai dekat pejabat pun orang tegur aku termenung masa makan. Masa makan la nak termenung kejap, waktu kerja tak sempat. Banyak pula kerjanya. Kalau ikutkan hati aku, nak saja pergi dekat foodtruck dia. Tapi jauh. Tempoh pegi balik dari sana ke office, dah habis waktu rehat aku.

Lagipun aku dah tak ada kerja dekat site sana. Mujur hari tu, hari Jumaat, aku dan beberapa orang kena pegi satu site. Dalam perjalanan balik dari site tu, akan lalu kawasan foodtruck tu. Aku dah minta nak kerja half day dengan bos aku. Mujur dia luluskan walaupun aku lambat nak request.

Niat aku memang nak jumpa dengan Adara. Dan selesaikan hal antara kami.

Tapi lain pulak jadi. Dah balik dari site, aku terus la pegi kat foodtruck tu. Aku dah berdiri lebih kurang 50 meter dari foodtruck Adara. Adara pun dah perasan dengan kehadiran aku. Dah macam starstruck dah kami berdua.

Ketika aku hampir menghampiri, telefon aku berbunyi. Aku nampak macam nombor pejabat, bukan tipikal nombor handphone. Aku pun ingatkan hal kerja, aku pun angkat la.

Langkah aku terhenti terus sebaik saja aku dengar apa yang dimaklumkan oleh pemanggil tu. Tangan aku terketar. Adara masih memandang aku dari jauh. Hampir seminit juga aku buffering dekat situ.

Akhirnya aku buat keputusan untuk terus balik ke rumah. Maklum kepada keluarga aku, aku harus ke Ipoh dengan segera. Aina kemalangan. Aku masa tu hairan jugak, kenapa hospital telefon aku. Hospital cakap dia akan cuba telefon ahli keluarga Aina lagi. Sebab percubaan pertama mereka gagal. Kata mereka, nombor aku tersenarai dalam senarai kecemasan dekat telefon Aina. Aku husnuzon saja, mungkin Aina terlupa nak tukar letak nombor girlfriend dia. Aina kan selalu pelupa.

Aku terus ke Ipoh, pergi kat hospital tu. Aku lihat Aina masih tak sedarkan diri. Di sisi dia ada ahli keluarga dia. Ahli keluarga dia kenal aku. Dorang pun sambut aku. Aku pun ceritakan la macam aku boleh sampai sini.

Nak dicepatkan cerita, aku pun setiap hujung minggu aku datang sini. Daripada penang ke ipoh. Dah dua minggu Aina dekat sini. Dia pun dah makin sihat. Katanya esok atau lusa dah boleh keluar.

"Dah tulis sampai mana dah tu?"Aina kembali bersuara.

"Kenapa you putus dengan girlfriend you?"tanya aku. Aku dah lama tertanya-tanya sebenarnya. Aku tahu pun, sebab aku perasan girlfriend dia tu tak ada datang lawat pun.

"Kantoi dengan dia the day you datang Ipoh dulu".

"How?"

"I jujur dengan dia. I think.. I'm looking for an out. You kenal i macam mana kan. Mana boleh nak lama-lama dengan siapapun".

"Well, I thought she's different. The way you act, I ingat you cinta terakhir habis la dengan dia".

"Banyak la terakhir you. Hubungan macam kita ni, memang macam ni. Mana ada istilah forever pun".

"You don't need to be with someone just to prove you love them. You can love them in silent. Tak perlu couple. I rasa, that the purest kind of love. You love someone so much, and you decided to let them go, to do the right thing, to let them be happy".

Aina tergelak. "Did you write those sentences. It's deep though".

"Maybe memang betul tindakan I to let Adara go".

"It's the right thing to do. Tapi Hafiz. Kesian dia, Sue. Do you really think you can love him?"

"You know me. I'm not capable to love any man. I dah cuba. I sayang dia. Just not the way I sayang you. Not the way I sayang Adara".

"Marriage is a long time commitment. If you can't love him. I rasa, you tak payah kahwin. Like you said, you cuba dah. But still tak sama. So what's make you think you can love him after married? Cause you guys will have sex? No Sue. Sex won't make people fall in love. We had sex. But it doesn't make me fall for you. So, jangan lukakan hati orang yang tak bersalah. And for Adara, i tak tahu."

Tak berkelip mata aku dengar Aina berbicara. Iya. Ada benarnya dalam apa yang dia katakan. Tapi, it's complicated.

Dalam pada masa yang sama, aku berada di sini. Rasa tenang. Tenang dari memikirkan hal Adara. Hal Hafiz. Aku dapat lari sebentar dari realiti hidup aku yang penuh drama.

ADARAWhere stories live. Discover now