Bahagian 7

155 9 0
                                    

Aku bagi baju aku kepada Adara, untuk dia tukar pakaian. Masa dia buka shawl, walaupun pernah tengok rambut dia masa video call, aku tetap tertarik dengan rambut dia. Panjang, perang, lebat, lurus. Hampir 90% macam rambut dalam iklan syampoo.

Semasa dia nak buka dress biru dia tu, aku nampak dia sedikit sukar untuk capai zip baju tu. Jadinya dia minta tolong aku bukakan. Masa aku menghampiri, fuh, rambut dia. Wangi. Aku terbuai kejap dengan kewangian rambut dia. Lepas dah tolong buka, aku membelakangi dia, takkan la aku nak tengok dia buka semuanya depan aku. Malu dia nanti.

Aku dah sediakan semua untuk Adara. Dari baju, ke berus gigi baru, semua keperluan dia la. Kecuali pakaian dalam la. Mana ada aku simpan pakaian dalam baru. Takkan nak bagi yang aku.

Lepas dia dah siap cuci muka, gosok gigi. Aku perhatikan dia dalam pakaian aku. Kenapa bila orang lain pakai pakaian aku, dorang nampak menarik. Kenapa aku pakai, rasa biasa saja.

"Go, turn awak pula. Kita banyak benda nak bual ni,"kata Adara. Aku mengangguk dan menguruskan diri aku pula.

Lepas keluar dari tandas, aku perasan yang Adara tengah membelek koleksi buku-buku aku. Dia ada bagitahu juga yang dia minat baca buku juga. Tapi tak la seminat aku. Aku sebolehnya nak habiskan satu buku dalam seminggu tu. Tapi sebab balik kerja dah penat, aku baca bila rajin ja la.

"Okay. Saya dah siap. Cepat cerita".

Aku menepuk katil tanda mengajak Adara duduk atas katil dan bercerita.

"Kita cakap pasal benda lain boleh?"

"No, awak kan dah janji. Kenapa ni?"

"Saya rasa macam tak sedia pula".

"Okay. So kita nak cakap pasal apa?"tanya aku. Aku hampa sikit la bila dia tak nak cerita mengenai hal tadi tu.

"Kita tengok movie boleh? Netflix?"

Aku okay saja. Bilik aku tak ada tv. Ada ipad. Jadinya, kami layan netflix dekat ipad la. Masa tengah layan movie, Adara tak banyak bercakap. Dia diam saja. Kalau dengan ex aku, dia akan bertanya macam-macam soalan, macam aku pengarah movie tu. Hm, teringat dekat ex lagi.

Masa aku ralit tengok wajah Adara dalam keadaan hanya ada cahaya daripada skrin ipad, Adara perasan dan toleh.

"Kenapa awak tengok saya? Tengok la movie".

"Tak. Saya pelik awak senyap ja. Saya selalu, kalau orang tengok movie dengan saya, dorang akan tanya itu ini".

"Yang mana awak suka? Saya tanya atau diam?"

"Just be yourself la. Saya okay ja".

"Sue.."

"Iya Adara".

"Saya nak minta hadiah birthday lagi satu boleh?"

"Ha? Apa?" Sebagai seorang yang kedekut, aku risau juga dia nak minta sesuatu yang memerlukan duit. Tapi tidak. Jawapan dia buat aku tersenyap.

"Saya nak cium awak".

Aku diam. Melihat wajah dia. Wajah dia serious. Sesekali matanya memerhati bibir aku. Wajahnya kami tak jauh pun. Bahu kami bersentuhan.

"Awak serious la?"aku cuba meminta kepastian.

Adara merapatkan wajah dia dengan wajah aku. Aku dah dapat rasa hembusan nafas dia. Mungkin dia pun berdebar.

"I think I like you".

Aku hilang kata-kata. Aku tak sangka akan ada orang yang akan suka awak selepas ex aku. Aku rasa ex aku membunuh self confident aku sampai aku rasa aku tak layak untuk disayangi sesiapa.

Aku mencium bibir Adara. Bibir lembut dia juga membalas ciuman itu. Beberapa saat kemudian, aku menghentikan ciuman tersebut. Aku risau, aku tak dapat kawal diri aku. Jadi aku patut berhenti.

"Happy birthday Adara".

Walaupun bilik tak bercahaya terang, namun aku perasan yang wajah Adara kemerahan. Dia tersenyum. Manis. Aku, aku masa tu teringatkan orang lain. Sebab tu aku hentikan ciuman itu.

ADARAWhere stories live. Discover now