Bahagian 17

223 10 2
                                    

EPILOGUE.

Aina memandang ke arah pantai. Dia merenung kosong. Dia masih mencari apa benda yang dia mahu dalam hidup dia. Seketika kemudian, air matanya mulai mengalir ke pipi tanpa dia sedar. Hatinya mahu saja nak beli rokok dan membakar dalaman dia yang dia sendiri tak tahu apa fungsi lagi. Dia rasa dalaman dia kosong.

Dia masih teringat gambar Sue dan Adara yang dikongsi Adara dalam story instagramnya. Sue dah kembali kepada Adara. Sue tidak lagi mencarinya. Melihat Sue bahagia, buat hati dia kosong. Tak mungkin dia sayangkan Sue. Dua kali dia hancurkan hati Sue. But, it's Sue. Dia lain dari yang ex dia yang lain. Dengan Sue saja, dia rasa selamat, Sue yang akan sentiasa sayangkan dia.

Tapi melihat dari gambar itu, Aina tahu, Sue sudah hilang dari hidup dia. Tak mungkin Sue akan berlari datang sini bila tahu dia kemalangan. Tak mungkin Sue akan terpaku apabila melihat dia.

Dan memikirkan Sue, dia rasa hidupnya kosong.

"Aina, jauh termenung,"tegur seorang perempuan, kawan Aina, Shila yang kebetulan berjalan sekitar itu. Shila rasa sedikit risau apabila melihat wajah Aina yang sedang menangis. Terus saja dia duduk sebelah Aina. Aina pula cepat-cepat menyapu air mata itu.

"Kau okay tak ni?"

"Ehem.. okay."

"Fikirkan Intan?"

"No la."

"Habis tu?"

"Tak ada la. Tak mungkin aku lemah kerana orang." Aina masih berlagak kuat.

Shila merangkul bahu Aina.

"Aku la Aina. Kau boleh cerita apa saja".

Pelukan dari Shila terus meruntun Aina. Mungkin dia perlukan perhatian dari orang yang betul-betul prihatin akan dia. Terus berderai air mata Aina. Aina menceritakan apa yang menganggu hati dan fikiran. Shila mendengar tanpa menilai luahan hati Aina.

ADARAWhere stories live. Discover now