Bahagian 10

142 8 0
                                    

Malam itu, selepas pulang dari mcdonalds, aku merasakan suasana dingin saja dalam kereta. Aku curi-curi pandang Adara. Dia hanya pandang ke arah luar kereta. Ada la benda dia merajuk tu.

Sampai saja dibilik, aku tanya terus. Dia okay atau tak.

"Okay,"ringkas. Kalau dah seorang perempuan jawapan macam tu, memang ada la sesuatu yang tak kena.

Seperti biasa, aku peluk dia. Cuba menatap wajahnya dengan terus ke dalam matanya.

"Adara. Saya kenal awak".

"Kalau kenal, kenapa tadi dekat mcd, berbual dengan Aina tadi macam tak sedar kewujudan saya dengan gf dia. Gf dia pun dah bagi hint dengan awak berdua, tapi awak tak perasan. Aina pun".

"Kami lama tak jumpa, tak contact each other. Biasa la. Tak ada pun la".

"Kiss me. Make love to me tonight".

Aku terdiam. Kami tak pernah make love pun sebelum ni. Adara ada bagi hint, bila kami cium terlampau ghairah, tangan dia akan meraba seluruh badan aku. Tapi aku lepaskan, sebab aku cakap aku tak sedia lagi.

"See. Awak teragak-agak. Padahal awak cerita, first day awak jumpa dengan ex awak, awak boleh terus tidur buat benda tu dengan dia. Dengan saya, tak sedia".

"So, sebab saya tak sedia buat benda tu, awak nak marah. I just want to take things slow between us. Saya tak nak kita end up macam dulu. Sebab benda cepat sangat. I care about you Adara. tak cukup ka tu?"

"Do you love me Sue?"

Aku diam.

"So you don't love me?"

"Bukan macam tu. Saya sayang awak".

"Just not that way? Not the way you love Aina?"

"Jangan pusing ayat saya boleh tak?"

"You know what, saya nak keluar".

"Awak nak keluar ke mana. Dah pukul 10.30".

Adara terus meluru keluar. Aku punya jeritan pun dia tak hiraukan. Dia siap ambil kunci kereta aku. Aku tak sempat nak halang.

Dah hampir setengah jam, Adara masih tak pulang, aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku tak ada kenderaan nak cari dia. Mahu tak mahu, aku telefon Aina. Nak minta tolong dia.

Aina datang seorang diri. Aku ceritakan apa yang berlaku antara aku dan Adara tadi . Aina bagitahu yang gf dia pun tengah merajuk juga. Aina bawa aku pusing sekeliling kawasan bilik sewa kami. Mana tahu Adara ada berdekatan.

Dalam kereta itu, aku ada cerita mengenai aku dan Adara. Aku ceritakan semua benda kepada dia. Entah kenapa, biarpun dah berbulan tidak berbual, tapi kami masih selesa berbual bersama seperti tiada apa yang berlaku antara kami.

Dah hilang idea, kami berhenti berdekatan satu taman rekreasi. Dah malam, tak ada orang dekat kawasan itu. Kami berbual dari hati masing- masing. Aina berulang kali minta maaf, kalau apa hal yang berlaku antara kami dulu, punca aku takut nak terima Adara.

Di saat Aina memegang tangan aku. Aku rasa sesuatu. Sesuatu yang lama aku rindukan. Sentuhan daripada Aina. Sentuhan Aina buat aku rasa nafsu aku naik.

Kami berpandangan. Aina seperti memahami pandangan aku itu. Aina memandang sekeliling, nak pastikan tiada orang.

Lepas dah pasti tak ada orang, dia cium bibir aku. And the kiss feels like home. Aku pun hanyut malam itu. Mujur tinted kereta Aina gelap. Kami ke belakang seat kereta. Tak perlulah aku cerita apa yang berlaku antara kami dekat situ. Anggap saja, apa yang Adara minta dari aku tadi, tapi aku tak sedia. Tapi dengan Aina, tanpa diminta, kami berdua bersama.

ADARAWhere stories live. Discover now