Bahagian 4

163 10 0
                                    

Okay. Dia dah lepas lengan aku. Okay. Kat mana kisah aku dengan Adara?

Okay. Pertemuan ketiga dah selesai. Pertemuan seterusnya. Mesti orang hairan, kata tak sayang, tapi boleh ingat setiap peristiwa pertemuan aku dan Adara. Well, aku jenis tulis journal hidup aku. So, aku ingat la.

Seperti biasa, kami berjumpa dekat tempat makanan foodtruck itu la masa aku rehat. Hari tu aku dah bawa bekal dari rumah. Mak aku rajin masak lebih hari ni. Jadi aku tapau la. Nasi goreng ikan masin dengan telur mata.

Sepatutnya aku nak makan dekat kawasan site pun boleh. Ada pejabat sementara. Tapi saja, tekak mengada nak minum air buah-buahan. Oleh kerana aku dah kategori kawan dengan Adara. Jadi aku serba salah pula kalau aku pergi beli air kat foodtruck lain. Support member la katakan. Aku pergi la tempat dia.

Muka dia tengah berkerut saja dari jauh aku pandang. Aku nak tegur pun takut. Aku biarkan dia layan pelanggan yang lain dulu. Aku tengah fikirkan pilihan air apa hari ni.

Mango blended pun sedap juga. Jadi aku pun pesan air itu dekat kakak Adara. Adara tengah buat air. Kakak dia yang ambil order.

"Ha Adara. Kawan kau ada hari ni,"tegur kakak dia sebaik saja nampak muka aku.

Terus tersenyum muka Adara masa tu selepas nampak kelibat aku. Ini aku tak tipu. Adara pernah confess lepas tu yang memang hari-hari dia akan tercari mana aku.

"Sue nak air mango blended,"kata kakak dia.

"Baik bos".

Aku diamkan saja sambil tersenyum dengan gelagat dua beradik tu.

Tengah Adara nak siapkan air aku. Kakak dia ada sebut pasal birthday Adara hujung minggu ni. Mereka nak buat majlis kecil katanya. Tambah mereka, birthday Adara sama dengan anak kakak dia.

"Sue datang la sekali kalau boleh,"kata kakak dia. Wah, aku terharu sikit masa tu. Selalu orang jarang ajak aku. Rasa nak menangis pun ada juga masa tu. Tapi aku jual mahal sikit. Aku kata la aku malu.

"Datang la. Please,"pujuk Adara.

"Malam ke siang? Saya kerja Sabtu ni".

"Malam".

"InsyaAllah la. Nanti bagitahu la kat mana ya".

"Nak bagitahu macam mana ya? Hantar surat pakai burung merpati ke? Awak sedar tak saya tak ada nombor awak ni?"

Aku pun baru teringat. Aku dengan Adara tak pernah bagi nombor masing-masing sebelum ni. Aku tergelak la juga dengan lawak burung merpati dia. Boleh tahan menghiburkan jugak dia ni.

Aku keluarkan telefon aku, dan taip nombor telefon dia. Aku miss call nombor dia.

"Okay, thank you".

"Okay, okay. Apa-apa roger ya. Terima kasih jemput jugak".

Dah dapat tempat duduk, baru aku save nombor dia. Aku simpan nama Adara Foodtruck. Senang nak ingat dari mana aku kenal.

Sejak dapat nombor itu, aku dengan Adara selalu juga la meseg. Aku cuba la tanya dia, nak hadiah birthday apa. Segan la aku, tak akan la nak pergi dengan tangan kosong. Lagipun aku bukan kenal lama dah Adara masa tu, jadi aku tak tahu apa yang dia suka.

Setiap kali aku tanya, setiap kali tu juga dia balas, nak aku ada dekat majlis tu saja nanti. Aku masa tu, dah risau. Iya la, aku mana pernah jumpa keluarga besar orang lain. Dengan ex aku pun, aku pernah jumpa keluarga dia saja. Tak ada pula jumpa mak cik, pak cik, anak sedara dia cukup semua.

ADARAWhere stories live. Discover now