•1•

57 8 1
                                    

Kelihatan dua orang pelajar lelaki sedang berjalan menuju ke kelas mereka.

"Sunwoo, malam ni ada game pukul 10. Jangan tidur pula kau" tegas Youngjae.

"Hmm" jawab Sunwoo pendek.

Kim Sunwoo dan Son Youngjae. Dua lelaki yang kacak daripada kelas 2-6.

Mendapat nombor satu dalam peperiksaan adalah perkara yang  sangat mustahil bagi mereka, tetapi jika dalam permainan online, merekalah juara.

Kelas 2-6

"Saem nak beritahu kalian sesuatu. Mulai hari ni kelas kamu akan bergabung dengan kelas 2-1 sehingga peperiksaan akhir tahun. Ini adalah arahan daripada pengetua disebabkan keputusan peperiksaan kamu semua kurang memuaskan.

Kelas 2-6 yang hanya terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 5 orang perempuan itu mula mengeluh kuat.

Manakala suasana di dalam 2-1 pula berbeza, kelas mereka yang terdiri daripada 10 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki itu riuh dengan suara pelajar perempuan yang teruja kerana lebih ramai pelajar lelaki akan berada di kelas mereka.

Para pelajar 2-6 mula memasuki kelas mereka yang baru.

"Okay students, mulai hari ini, saem dengan Miss Song akan menjadi guru kelas kamu semua. Kedudukan kamu semua, Miss Song yang akan tentukan" kata Kang Saem.

"Ne saem"

Selepas disusun, Sunwoo dan Youngjae tidak duduk bersama. Miss Song menyusun pelajar untuk duduk berpasangan lelaki perempuan.

"Hi, saya Jo Hani. Awak Sunwoo kan?", kata Hani ceria.

Sunwoo terpaku melihat wajah deskmate nya yang comel itu.

"Sunwoo, dengar tak?" kata Hani sambil melambai di depan muka Sunwoo.

"Eo? Eo dengar", kata Sunwoo sambil menahan malu.

Sesi pembelajaran pun bermula.

Waktu Rehat

"Sunwoo, deskmate aku best weh. Dia kelakar macam aku jugak.", cerita Youngjae dengan semangat.

Youngjae melihat Sunwoo yang termenung di sebelahnya.

"Ya! Dengar tak aku cerita ni. Kau berangan apa"

"Youngjae-ah, aku rasa aku dah jatuh cinta la", kata Sunwoo sambil tersengih membayangkan wajah deskmatenya, Hani.

To be continued...

-161221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now