•4•

19 6 0
                                    

Sunwoo menarik tangan Hani keluar dari kelas dan terus ke rooftop sekolah.

Sebaik sahaja Hani duduk, dia terus menangis teruk.

Sunwoo melutut di hadapannya.

"Mianhae, aku salah. Pukul aku. Pukul. Ni semua salah aku."

Sunwoo melihatnya dengan perasaan bersalah.

"Waeyo? Wae Youngjae tak suka kan saya. Kenapa dia suka orang lain. Seonhee dah lama jadi classmate saya. Saya tak nak sakitkan hati dia. Tapi kenapa mesti dia.", luah Hani sambil memukul dada Sunwoo.

"Mianhae, aku salah. Aku tahu Youngjae sukakan Seonhee tapi aku tak sanggup nak beritahu kau. Mianhae."

Sunwoo memeluknya.

"Mianhae, jangan macam ni please."

Hani menjadi lemah dan pengsan di dalam pelukan Sunwoo.

"Hani? Hani-ya? Jo Hani? Ya, ireona. Hani!"

Sunwoo piggyback Hani dan berlari ke bilik rawatan.

Waktu Rehat

Sunwoo yang tidur disisinya, mula terbangun selepas merasakan pergerakan di tangannya.

"Kau okay?"

Hani hanya mengangguk.

"Ni aku ada beli roti dengan susu untuk kau. Makan. Lepas tu aku hantar kau balik. Dah lewat ni"

"Tak nak. Saya nak balik."

"Jangan degil boleh tak! Selagi kau tak makan, aku tak kan benarkan kau balik."

"Apa masalah awak nak kawal saya. Saya cakap saya nak balik lah."

Sunwoo bangun daripada kerusi dan mendekati Hani.

Mereka berdua merenung mata masing-masing dengan tajam.

"Makan"

Hani menjeling Sunwoo lalu mengambil plastik yang berisi roti dan susu di meja sebelahnya.

Disebabkan perasaan marah Hani terhadap perkara yang berlaku pada dia, dia makan dengan gelojoh dan tersedak.

"Haih, makan elok-elok la Hani. Kau nak cepat ke mana", kata Sunwoo sambil memberikan kotak susu yang sudah dicucuk straw kepada Hani.

Sementara menunggu Hani habis makan, Sunwoo mengemas barang-barang mereka. Youngjae yang membawa barang mereka berdua ke bilik rawatan.

"Dah habis makan?"

"Hm"

Sunwoo membuang plastik tersebut dan melutut di hadapan Hani.

"Naiklah, aku hantar kau balik."

Hani menggalas beg sekolahnya dan mengikut arahan Sunwoo.

To be continued...

-221221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now