•19•

13 5 0
                                    

"Hyung, aku nak bayar"

"Eo Sunwoo, hari ni hyung belanja korang. Lain kali, datang lagi ya. Ajak Youngjae sekali"

"Hmm"

Sunwoo terus keluar. Hani yang melihat perangai Sunwoo itu hanya tersenyum.

"Jumpa lagi, oppa. Annyeong!"

Sunwoo yang berada di luar restoran hanya memerhati Hani. Telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Dia mendapat satu mesej daripada Hyunjae.

"Jangan marah lama sangat, Sunwoo. Hyung tak nak pun ambik yeochin kau."

Hani berlari ke arah Sunwoo lalu memegang tangannya.

"Sunwoo, awak marah saya lagi ke? Mianhae, eung? Janganlah marah lagi. Saya belanja aiskrim nak?"

Sunwoo berjalan meninggalkan Hani dan berjalan ke arah kedai aiskrim.

"Ish, dia ni kan. Orang nak test sikit je. Merajuk kalah perempuan", bebelnya sebelum mengejar Sunwoo.

Sunwoo membeli satu aiskrim mint chocolate dan terus keluar daripada kedai tersebut. Hani hanya mengikut sahaja ke mana Sunwoo pergi.

Sunwoo menghulurkan aiskrim itu kepada Hani.

"Eo, gomawo! Mana awak tahu saya suka mint choco?"

"Kau je yang tak tahu banyak benda pasal aku"

"Em, kenapa ni? Saya dah minta maaf kan"

Sunwoo hanya diam sehingga mereka sampai di rumah Hani.

"Saya masuk dulu. Hati-hati jalan"

Sunwoo terus bergerak balik.

Seungyeon yang sejak tadi memerhati daripada dalam rumah berasa pelik.
Hani yang baru masuk ke dalam rumah, terkejut melihat abangnya berdiri tepat di depan tv.

"Aa, terkejut la! Oppa dah kenapa tenung Hani macam tu?"

"Kamu buat apa sampai Sunwoo dingin macam tu? Biasanya korang sweet sampai tak nak berpisah langsung"

"Tadi makan dekat kedai Hyunjae oppa. Hani saje nak usik Sunwoo, so Hani tenunglah Hyunjae oppa lama-lama. Lepas tu dia merajuk", terang Hani.

"Padan muka. Siapa suruh kamu buat macam tu. Hadap je la dia"

"Ish oppa ni, oppa ni abang siapa? Sepatutnya oppa kena sokong Hani, bukan Sunwoo"

"Tch. Kedai Hyunjae? Hyunjae mana ni? Lee Jaehyun ke?"

"Eo? Oppa kenal?"

"Ya, kamu tak nampak ke dia waktu pergi stadium hari tu? Dia main sekali la"

"Tak.. hehe"

To be continued...

-301221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now