•11•

14 4 0
                                    

"Hani, ni first time kamu datang sini, kamu duduk dekat dengan eonni ya. Nanti kamu hilang, risau pula oppa kamu."

"Nae eonni."

Padang bola sepak tersebut mula dipenuhi dengan para pemain dan penyokong daripada kedua-dua belah pasukan.

Sunwoo mula memanaskan badannya sebelum permainan bermula sambil melihat tempat duduk penyokong. Dia mula tersenyum apabila ternampak Hani yang sedang fokus menonton video di telefonnya.

"Cepat sikit Sunwoo, jangan tenung lama sangat dekat Hani tu. Dia tak lari mana pun."

Muka Sunwoo mula kemerahan, malu ditegur oleh Seungyeon.

"Kau kena belanja hyung sebab dah tolong kau jalankan plan kau. Susah betul nak paksa dia datang sini"

"Hehe, gomawo hyung."

Keadaan di padang tersebut mula riuh selepas permainan dimulakan.

30 minit kemudian, Seungyeon berjaya menjaringkan gol pertama untuk pasukannya. Para penyokong termasuk Huiyeon mula bersorak gembira. Namun, Hani masih fokus terhadap telefonnya seperti tiada apa yang berlaku.

Lima minit selepas separuh masa kedua bermula, Sunwoo berjaya menjaringkan gol. Sorakan penyokong menjadi semakin kuat tetapi Hani masih kekal dengan posisinya sejak dia duduk di kerusi penonton sebelum perlawanan bermula.

Beberapa minit kemudian, Sunwoo berjaya menjaringkan gol lagi untuk pasukannya.

Huiyeon mula memanggil Hani beberapa kali untuk menyuruhnya melihat aksi Sunwoo dipadang tetapi tiada respons yang diberikan.

Tepat minit terakhir sebelum perlawanan tamat, Sunwoo sekali lagi berjaya menjaringkan gol ketiganya yang menjadikan pasukan mereka menang dengan mata 4-0. Para penyokong mula bersorak kuat.

"Kim Sunwoo! Kim Sunwoo! Kim Sunwoo!"

Hani yang baru selesai menamatkan web dramanya itu mula menutup telefon dan mencabut earphonenya. Dia sangat terkejut apabila mendengar nama teman lelakinya disorak kuat oleh para penyokong.

Dia melihat di padang, Sunwoo sedang didukung oleh ahli pasukannya.

Hani yang sedang terkejut itu mula mencari Huiyeon yang tadi disisinya tapi tidak dijumpai.

Tiba-tiba, Sunwoo berlari kearahnya.
Sunwoo mengambil teddy bear yang bersaiz sederhana besar daripada Huiyeon yang berada di tepi padang.

Sunwoo melutut dihadapan Hani sambil menghalakan kotak yang berisi gelang tangan yang berada ditangan teddy bear itu.

"Jo Hani, saranghae. Would you like to be mine forever"

Orang ramai yang berada disekeliling mereka mula menjerit.

"Woo! Pewitt! Terima! Terima! Terima!"

Hani terkedu, dia keliru dengan situasi tersebut. Dia mula mencari abangnya.

Seungyeon yang berada di tepi padang bersama Huiyeon tersenyum dan mengangguk kepada Hani.

Hani menarik nafas dalam dan membalas "Yes, I Will" sambil mengangguk kepada Sunwoo.

Sunwoo memeluknya dan orang ramai mula bersorak untuk mereka.

To be continued...

-251221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now