•14•

11 4 0
                                    

"Para pelajar kelas 2-6 akan kembali semula ke kelas mereka."

Keadaan di dalam kelas tersebut menjadi suram. Masing-masing seakan tidak mahu ia terjadi.

"Tapi, sebelum kamu berpindah, saem nak beritahu satu lagi berita gembira. Pengetua nak berikan hadiah kepada kamu semua. Kamu semua akan pergi berkhemah di kawasan camping yang mewah dan ditaja sepenuhnya oleh pengetua."

"Perkhemahan tersebut akan berlangsung selama 4 hari 3 malam dan kamu akan tidur di dalam dorm yang disediakan di kawasan tersebut."

"Jadi nikmati masa kamu semua bersama-sama ya. Hari jumaat ini adalah hari terakhir kamu berkongsi kelas sebelum semuanya kembali kepada asal. Itu sahaja pengumuman untuk hari ini"

Selepas kedua-dua guru kelas mereka keluar daripada kelas. Entah mengapa suasana di dalam kelas menjadi tidak ceria seperti selalu. Tiada gurau senda, gelak ketawa, atau suara pelajar yang sedang bergosip. Keadaan sangat suram seperti ada aura gelap menyelubungi para pelajar di dalam kelas tersebut.

Suasana itu kekal sehinggalah loceng terakhir berbunyi menandakan masa untuk pulang ke rumah.

Para pelajar yang sedang mengemas barang-barang mereka mula mengeluh perlahan.

Guru mata pelajaran sastera, subjek terakhir pada hari itu iaitu Kang saem yang sedar akan keadaan tersebut mula bersuara.

"Hmm saem rasa nak makan ayam goreng lah. Ada yang nak ikut? Saem belanja makan dekat kedai ayam goreng yang baru buka tu?"

"Wah ayam goreng! Guys jom lah, bukan senang saem nak belanja kita makan", ajak Haknyeon yang mula teruja selepas mendengar perkataan ayam goreng itu.

"Korang, janganlah sedih. Kita masih boleh jumpa lagi lepas ni. Kita cuma belajar dekat kelas yang berbeza je. Waktu rehat kita boleh makan sama-sama. Waktu yang tinggal ni kita gunakan untuk cipta kenangan yang indah banyak-banyak. Nanti waktu camping, kita main puas-puas", pujuk Hani.

Selepas mendengar kata-kata Hani, pelajar yang lain mula tersenyum nipis. Kang saem yang melihat anak-anak muridnya itu mula tersenyum kerana berasa terharu melihat persahabatan mereka.

"Jadi, korang nak makan ke tak?", celah Haknyeon.

"Ye Haknyeon-shi", balas satu kelas sebelum mereka semua gelak.

To be continued...

-251221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now