•15•

13 4 0
                                    

Sepanjang perkhemahan, mereka telah melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.

Pada hari ketiga, guru-guru mereka telah membawa mereka ke satu tempat yang agak jauh daripada tapak perkhemahan mereka.

"saem, saem tak pernah bagitahu pun ada aktiviti ni?", kata Sanha.

Dihadapan mereka terdapat tapak aktiviti merentas halangan.

"Surprise! Miss yang mintak Kang saem untuk tak beritahu kamu semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Surprise! Miss yang mintak Kang saem untuk tak beritahu kamu semua."

Hani mula berasa gelisah. Sepanjang hidupnya, sudah dua kali dia melakukan aktiviti itu di kem sekolah dan kedua-duanya berakhir dengan teruk.

Dia jatuh dan menyebabkan lutut serta pinggangnya cedera.

"Sekarang ni pelajar lelaki ikut Kang saem, pelajar perempuan ikut Miss Song."

Hani semakin panik apabila Sunwoo tidak ada disampingnya. Dia ingin meminta izin untuk dikecualikan tetapi takut akan diejek oleh rakan sekelasnya.

Hani beratur di giliran yang terakhir. Semakin dekat gilirannya, semakin kuat badannya menggeletar. Tubuhnya mula berpeluh dan tangannya semakin sejuk.

Tiba gilirannya, Hani berjaya melepasi halangan yang mudah pada awalnya.

Tetapi sampai di tembok, Hani tersalah langkah dan mendarat dengan lututnya. Rasanya sangat sakit tetapi setelah mendengar desakan daripada penjaga senior aktiviti tersebut membuatkan Hani terpaksa meneruskan aktiviti itu.

Halangan selepas itu, Hani perlu bergerak ke hadapan dengan hanya bergayut pada tali-tali yang diikat pada palang.

Sampai dibahagian tengah palang, tangannya semakin licin dan Hani terjatuh dalam keadaan terbaring dan pinggangnya tepat mendarat di atas batu-batu.

Disebabkan pelajar-pelajar yang lain sudah berada jauh dihadapan, Miss Song tidak tahu tentang kejadian tersebut.

Hanya ada seorang pembantu fasilitator aktiviti tersebut yang menjaga dibahagian belakang, malangnya dia adalah seorang pelatih yang masih baru di kem tersebut dan berasa panik melihat keadaan Hani.

Dia berlari ke arah Hani dan membantunya.

"Awak okay? Boleh bangun tak?"

Hani menggeleng lemah.

"Eonni papah awak ya"

Dia membantu Hani bangun dan membawanya ke tempat mereka semua berkumpul.

"Kamu tunggu sini ya. Eonni nak maklumkan kepada guru kamu"

"Nae, kamsahamnida ...

"Harin. Harin eonni"

"Nae, kamsahamnida Harin eonni."

To be continued...

-291221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now