•13•

11 4 0
                                    

Sesi persekolah telah bermula selepas dua minggu bercuti.

Sunwoo dan Hani yang sedang berjalan masuk daripada pagar sekolah sambil bergurau-senda itu telah menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.

Youngjae yang baru sampai mula berlari ke arah mereka.

"Ya, Kim Sunwoo! Lepas dah ada Hani, kau terus lupakan aku ya. Macam ni la kawan kan. Dah ada girlfriend, terus lupa member."

"Kau merepek apa? Ada jugak yang aku lempang kejap lagi ni. Kau tu waktu cuti asyik-asyik keluar date dengan Seonhee, aku ajak lepak pun tak nak."

"Ala kau pun sama. Ingat aku tak tahu apa yang kau buat waktu cuti. Video korang dah viral tahu. Tak perasan ke budak-budak asyik tengok korang sejak korang masuk pagar tadi."

Sunwoo dan Hani mula memandang sekeliling mereka. Semua pelajar yang memerhatikan mereka sejak tadi mula menggelabah dan berpura-pura melakukan perkara lain.

"Heh, tak sangka pula ada yang upload video tu sns. Famous la kita lepas ni Hani. Youngjae, kau nak autograf aku tak? Nanti susah nak dapat dah."

"Tch, tak ingin aku autograf kau. Baik aku pergi dekat jagi aku", kata Youngjae sambil berjalan ke kelas.

Hani yang melihat perilaku Youngjae itu mula tergelak.

"Tak payah la tengok dia lama-lama. Namchin awak kat sebelah ni tak cukup handsome lagi ke?"

"Aigoo, dengan kawan sendiri pun nak jealous ke. Sepatutnya saya yang kena cemburu dengan awak sebab awak ada bestie macam dia. Saya ni tak ada kawan rapat langsung tahu."

"Ye la, awak ni. Saya baru nak merajuk sampai balik tapi awak buat cerita sedih pula."

"Hahaha, dah la jom masuk kelas."

Kelas 2-1

"Baiklah pelajar, saem dengan miss ada pengumuman nak beritahu kamu semua"

"Firstly, miss nak ucap congratulations sebab kamu selalu lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun dan markah kamu semua meningkat dengan banyak."

Mereka semua menepuk tangan tanda bangga dengan pencapaian diri masing-masing.

"Jadi, saem nak beritahu satu berita gembira kepada kamu semua."

Hani mula berasa tidak sedap hati.

"Para pelajar kelas 2-6 akan kembali semula ke kelas mereka."

To be continued...

-251221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now