•3•

20 5 1
                                    

Sunwoo yang sedang baring di atas katilnya tidak dapat melelapkan matanya.

Dia asyik teringatkan kata-kata Hani sewaktu dalam perjalanan pulang petang tadi.

Flashback

"Hani, aku nak tanya boleh?"

"Tanya lah", kata Hani sambil menyepak batu-batu kecil di jalanan.

"Kenapa kau tiba-tiba nak aku ajar kau main game?"

Hani terberhenti. Dia menoleh ke arah Sunwoo.

"Kalau saya cakap, awak janji jangan beritahu sesiapa"

Sunwoo mengangguk mengiakan.

"Son Youngjae"

Sunwoo menunjukkan riak pelik.

"Saya suka Youngjae. Dia periang, kelakar dan comel. Saya suka tengok dia bila dia tengah teruja."

Hani bercerita sambil tersenyum tanpa sedar.

"Saya dapat tahu yang dia selalu main game online. Jadi saya nak belajar lah, nanti boleh main sama-sama dengan dia."

Sunwoo terus menunduk. Hatinya rasa bagai ditikam bertubi-tubi. Sakit.
Gadis yang disukainya, menyukai sahabatnya sendiri.

"Sunwoo, awak bolehkan tolong saya rapat dengan dia. Awak kan kawan baik dia. Boleh laa", pinta Hani sambil menggoyangkan tangan Sunwoo.

"Hm arasseo"

"Gomawo!"

Hani terus berjalan seperti kanak-kanak yang teruja selepas mendapat hadiah.

Sunwoo hanya melihat Hani sebelum Hani memanggilnya.

Sekolah

Sunwoo hanya diam sepanjang perjalanan ke sekolah. Youngjae yang tidak berhenti bercakap dengannya terus berhenti apabila sudah sampai di kelas.

"Ya! Kau kenapa diam je? Tak kan lah sedih kalah game semalam sampai sekarang tak hilang lagi."

Sunwoo hanya diam dan meletakkan kepalanya di atas meja.

Hani yang baru sampai terus menegur Youngjae.

"Hi Youngjae!", tegur Hani dengan ceria.

"Eo, hi! Hani-ya, goodluck hadap beruang moody hari ni", kata Youngjae sambil menunjukkan gaya 'hwaiting'

Hani yang faham maksudnya terus duduk di tempatnya.

"Good morning, Sunwoo! Awak okay?"

"Hm", balas Sunwoo sebelum mengalihkan mukanya menghadap arah yang bertentangan dengan Hani.

Hani yang ingin bertanya kepada Youngjae berkaitan Sunwoo itu terus terberhenti selepas melihat adegan yang menyakitkan hatinya.

Youngjae sedang mengelap tepi mulut Seonhee yang ada krim coklat daripada rotinya.

Sunwoo yang nampak adegan tersebut terus menoleh ke arah Hani yang sedang menahan tangisannya.

To be continued...

-221221-

Teddy BearWhere stories live. Discover now