Mereka berempat sudah tiba di bandar. Jalan tersangatlah sesak. Keluar saja dari teksi, Lev menghulurkan not 50 kepada pemandu teksi tersebut lalu membuat isyarat tangan 'keep the change'.
"Lev kau tahu tak restoran tu kat mana?" Soal Shara kepada Lev.
Lev mengangguk.
"Sebelah gym publik." Jawab Lev lalu memulakan langkah.
Hampir 15 minit mereka berjalan. Akhirnya sampai jua di destinasi yang ingin dituju. Fuh, penat!
Lev menolak pintu restoran. Lev berjalan ke arah seorang lelaki yang melambaikan tangan ke arahnya. Lagi mengejutkan apabila guru besar I.Q College juga berada di situ.
Eh, ni ke cikgunya? Mudanya.
"Mana kawan-kawan awak?" Soal Pengetua kepada Lev.
"Ha?" Lev menoleh kebelakang.
HA?! DIORANG MASIH BERDIRI KAT LUAR?!
Lev menepuk dahi. Buat malu aku je. Lev berjalan ke arah pintu restoran. Pintu restoran dibuka lalu tangan Shara ditarik. Shara menarik tangan Asya. Asya pula menarik tangan Antania.
Sampai saja di meja tadi, mereka berempat mengambil tempat masing-masing.
"Yang korang berdiri kat luar tak masuk-masuk tu kenapa?" Soal Lev.
"Takut..." Jawab mereka bertiga serentak.
"Nampaknya, semua dah ada kat sini. Boleh kita mulakan?" Kata Sir Riz.
Pengetua mengangguk.
"Sebelum itu, saya nak memperkenalkan diri saya. Nama saya Ariz Hans. Saya ialah guru baru di sekolah Prince & Princess Higschool. Saya berumur 23 tahun. Ini kali pertama saya berurusan dengan sekolah lain selain sekolah saya."
Mereka juga memperkenalkan diri.
Sir Riz menepuk tangan sebanyak dua kali. Seorang lelaki berpakaian suit lengkap dan sarung tangan berwarna putih datang ke meja mereka lalu menghulurkan sampul berwarna coklat.
Macam orang gaji je. Butler? Kata Asya dalam hati.
"Dia nak suruh kita jadi James Bond ke?" Bisik Asya kepada Antania.
"Ye lah kot." Jawab Antania.
Shara menunduk. Susah betul kalau ada member bebal macam ni.
Sir Riz menghulurkan sehelai kertas kepada setiap seorang. Mereka membaca isi kandungan kertas tersebut.
"Ini adalah surat daripada pengetua sekolah kami." Kata Sir Riz.
Prince & Princess Academy
Congratulation!
1. Lisa Evarya Redson
2. Shara Myrana
3. Ascha Emiliana
4. Antania ErisYou're offered a place at our school.
"Saya tak bersetuju." Kata Lev.
Shara, Asya dan Antania memandang Lev.
"Kamu tak boleh menolak tawaran ni. Pengetua kamu sudah sign surat perpindahan pelajar." Kata Sir Riz sambil matanya merenung Lev.
Lev memandang Pengetua bagai nak ditelan pengetuanya itu.
"Explain." Lev berpeluk tubuh.
"Kamu ada banyak kelebihan berbanding pelajar lain di I.Q College. Kenapa kamu nak bazirkan kelebihan yang kamu ada dengan bersekolah di I.Q College? Lev, kamu ada kelebihan dalam sukan dan akademik. Shara, kamu ada kelebihan dalam akademik. Keputusan akademik kamu sentiasa nombor satu. Asya dan Antania, kamu pula ada kelebihan dalam sukan. Jangan bazirkan. Pergilah ke sekolah yang lebih baik." Pengetua menjelaskan.
"P&P Academy memang nak kamu berempat menjadi pelajar mereka. Saya tak ada hak untuk menolak selain bersetuju." Sambung Pengetua.
Lev menggenggam penumbuk di bawah meja. Dengar saja nama sekolah itu, terus menggelegak darahnya. Benci!
Tangan dimasukan ke dalam kocek jaket. Lev bangun dari kerusinya lalu bergerak pergi dari situ.
"Lev, kita belum selesai lagi." Tegur Pengetua.
Langkah Lev terhenti.
"Nak saya koyakkan mulut cikgu macam saya koyakkan mulut senior saya ke?" Kata Lev tanpa menoleh kebelakang.
Pengetua terdiam.
"Kita berhenti sekejap boleh?" Soal Shara kepada Sir Riz.
Sir Riz mengangguk. Dia sangat faham dengan situasi mengejut seperti ini.
"Aku nak ikut Lev." Kata Asya.
Shara menghalang.
"Bagi dia masa."
Asya mengangguk faham.
Hm.
4 PRESIDENTS EPISODE 5.
Lev :(Enjoy!
YOU ARE READING
4 PRESIDENTS
Teen Fiction4 President menceritakan tentang 4 orang pelajar sekolah punk, Q.I College dan 4 orang pelajar sekolah kerabat, Princes & Princess Academy. Punks vs Royals ? Ash , Ray, Iqbal & Dean Our Princes ! The most popular seniors at P&P Academy. Sekali pa...