Madam Aisya merenung Ash dan Lev. Lev mengetap bibir. Dia sedaya upaya menahan mulutnya dari membidas Ash habis-habisan. Madam Aisya mengeluh. Haih.
"Come on lah mak long. Mak long nak Ash berdiri kat depan mak long sampai bila?" Ash bersuara.
Wait, what? Mak long?
"Ash, berapa kali mak long nak pesan, jangan bergaduh dalam sekolah. Ash nak mak long report Mama Ash ke?"
"Hell no!"
"Dah tu, kenapa bergaduh dalam kelas?" Soal Madam Aisya.
"Dia yang pijak kasut Ash dulu." Kata Ash.
Lev membuat 'roll eyes'. Anak manja!
"Kamu ni budak sekolah menengah ke tadika Ash? Isunya kasut je. Lagi pun ini junior kamu. Tak boleh ke sekali-sekala kamu mengalah?"
Ash berpeluk tubuh.
"Lev, maaf ya. Ash memang macam ni." Kata Madam Aisya kepada Lev.
"Tak apa Madam. Saya faham. Baby besar memang macam ni." Kata Lev berbaur sindiran.
Madam Aisya tergelak pendek.
Maka, bagaikan ada petir di tengah-tengah.
Damn!
••••••{}••••••
8.30 malam.
Latihan bola tampar
Gym 3Dum!
Dum!
Dum!Lev menapak masuk ke dalam gym 3. Gym terus menjadi sunyi. Semua mata terarah pada Lev yang sedang berjalan ke arah bangku pemain sambil tangan berada di dalam kocek jaket. Mata pelajar lelaki atau perempuan, kedua-duanya terarah pada Lev.
"Tch."
Lev duduk di atas bangku panjang. Jaket dibuka lalu disimpan ke dalam beg. Tinggallah tshirt hitam yang menyaluti tubuhnya. Lev berjalan ke arah bilik persalinan. Seluar ditanggalkan. Seluar pendek ketat paras lutut disarung. Lev kemudiannya keluar dari bilik persalinan lalu berjalan ke arah bangku panjang itu tadi. Seluar track disimpan di dalam beg.
Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki menolak tubuh Lev dari belakang.
Tch.
"Eh budak gengster celup lah.."
"Kau siapa ha?" Soal pelajar lelaki itu dengan kasar.
Lev diam. Malas nak layan.
Air mineral dibuka lalu diteguk. Ah lega!
"Zal, jangan kacau dia. Kau tak kenal ke siapa dia?" Tegur Rafiq iaitu rakan kepada Faizal.
"Siapa kesah? Bukan dia berani pun. Benda tu rumors bodoh je." Balas Faizal.
Lev memusingkan badan kebelakang menghadap Faizal. Di jeling ya Faizal dari atas sampai bawah. Kering macam lidi sate.
"Ada masalah ke?" Soal Lev.
Rafiq sudah kebahagian pemain lelaki. Dia tidak sanggup cari gaduh dengan beast of court. Siapa saja tak kenal Lev? Lagi-lagi pemain bola tampar. Sebut saja Lev, semua orang tahu 'pemain paling agresif'. Kalau kepala kau kena bola yang dia tampar, alamatnya memang koma setahun lah bro.
"Aku tanya, jawablah!" Herdik Faizal lalu mencekak baju
Buk!
Penumbuk Lev menyinggah ke pipi Faizal.
"Seriously Lev?"
Lev menoleh kebelakang. Ash? Baby gajah ni buat apa kat sini? Aku dah rabun ke? Apakah ini?
"Apa?" Balas Lev.
"Kau baru je tumbuk best player aku." Jawab Ash lalu bercekak pinggang.
"Nak aku tumbuk tempat lain pula ke?" Balas Lev lalu berjalan ke arah pemain-pemain bola tampar perempuan yang mula menggedik apabila Ash masuk ke dalam gym.
"Cari gaduh betullah minah sengal tu." Kata Ash sendiri sambil kepala tergeleng-geleng.
"Satu kumpulan 6 orang." Kata Lev sambil membuat stretching (?) .
"Kumpulan satu pergi susun kasut, kumpulan dua pergi susun beg. Aku tahu , habis je dua round aku lari keliling gym ni, kerja susun-susun ni dah settle." Kata Lev lalu memulakan Larian.
Discipline first!
4 PRESIDENTS chapter 14. Enjoy<3
YOU ARE READING
4 PRESIDENTS
Teen Fiction4 President menceritakan tentang 4 orang pelajar sekolah punk, Q.I College dan 4 orang pelajar sekolah kerabat, Princes & Princess Academy. Punks vs Royals ? Ash , Ray, Iqbal & Dean Our Princes ! The most popular seniors at P&P Academy. Sekali pa...