Episode 10

103 19 6
                                    

Sir Riz!

Lev terkejut. Riak muka dikawal.

"Masuk kelas!" Sir Riz mula menyinga.

"Ta..tak..Sir...d...dengar dulu." Ashlyn sudah cuak.

Lev tersenyum sinis lalu ke mesin minuman yang tidak jauh darinya. Yogurt .

Tit. Tit.

Ting!

Kotak yogurt diambil.

Dari jauh, mata Lev matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya. Mamat bengkak yang langgar dia masa dia dalam perjalanan menuju ke bilik. Seorang pelajar lelaki yang dikelilingi oleh pelajar-pelajar perempuan. Ada yang bagi bunga, ada yang bagi coklat. Yaks!

Lev duduk di meja makan. Air yogurt disedut.

"Ada luka ke? Lebam ke? Sakit kat mana-mana ke?" Soal Sir Riz bertubi-tubi.

"Sir, saya belum nak matilah!" Marah Shara.

Sir Riz tersengih.

"Setiap hari memang macam ni ke? Ada gugirl gugirl bagi bungalah, coklatlah, apalah." Soal Asya sambil matanya memerhatikan Dean.

Sir Riz mengangguk.

"Ini kelas korang."

4 Almond - Lev , Shara

4 Astrand - Asya , Antania

"Kelas Lev dan Shara adalah kelas advance. Asya dan Antania kelas biasa saja."

"Eh? kenapa pula?" Soal Antania tidak berpuas hati.

"Semua ni berdasarkan keputusan ujian kamu." Jawab Sir Riz.

Asya dan Antania mencebik.

"Ni pula kelab korang."

Kelab muzik - Asya , Antania

Kelab memasak - Lev , Shara.

"Eh kelab muzik aku boleh terima tau. Apahal aku dapat kelab memasak ni ha?!" Lev bengang.

"HAHAHAHAHAHAHA!"

"Haha..okeylah tu. Kelab paling mudah." Kata Sir Riz.

"Setiap orang boleh masuk dua kelab. Kelab pertama ditentukan. Yang kedua, bebas." Kata Sir Riz.

Lev memerhatikan Ash dari jauh. Sikap Ash seperti dingin benar dengan peminatsss nya. Jual mahal? HAHAHA.

"Lev, lepas kelas, awak ada training volleyball di gym 3." Kata Sir Riz.

Tersedak yogurt Lev dibuatnya.

"Diorang reti main bola tampar ke? Pro?" Soal Lev.

"Reti. Tapi, Coach dah berhenti. Lagi satu, awak ialah president kelab volleyball."

"Ha? kenapa saya?"

Sir Riz berdiri.

"Awak kan beast of court."

••••••{}••••••

4 Almond
(Kelas Lev & Shara)

Mereka mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam kelas. Shara cuba beriak ramah. Lev pula dengan muka ketatnya. Lev menutup pintu. Kelas yang bising tadi terus senyap. Ternyata mereka telah menarik perhatian semua.

"Hai. Nama saya Shara Myrana. Saya pelajar baru."

"Lev."

Mereka mengambil tempat kosong yang berada di belakang sekali. Lev berasa tidak selesa apabila dirinya dari tadi direnung oleh pelajar-pelajar kelas 4 Almond.

Kenapa nak tengok-tengok aku? Tak pernah tengok rambut warna merah ke? Ke tak pernah tengok budak juvana secantik aku? HAHAHAH!

"Ada masalah ke?" Soal Lev kepada mereka yang asyik memandang Lev.

"T...t..tak."

"Baguslah."

Klepak. Klepak.

Seorang guru lelaki berkaca mata bulat masuk ke dalam kelas. Kot hitamnya dibuka. Lengan bajunya disinsing sehingga paras siku.

"Good morning everyone."

"Good morning Dr. Shah."

"Ni kelas apa?" Soal Lev kepada Shara.

"Entah. Kejap. Aku pi check jadual." Jawab Shara.

Lev mengangguk 'baiklah'.

Sport 1
Sport 2
(Dr Shah Irfan)

"Sport 1."

Lev mengangkat kening. Wth? Sukan? Pendidikan jasmani dan kesihatan? Tapi, sport 2 apa pula?

Lev menaip sesuatu. Mesej itu dihantar kepada Sir Riz. Buat pertama kalinya dia yang memulakan perbualan. Kebiasaannya, Sir Riz yang akan menghantar mesej kepadanya.

Lev - Sport 1? Sport 2?

Sir Riz is typing...

Sir Riz - Sport 1 (Pen. kesihatan) in class. Sport 2 (Pen. jasmani) in gym. :')

Lev (last seen)

Tch.

"Awak yang tengah bermain dengan handphone semasa saya sedang mengajar, sila jawab soalan yang tertera di depan." Dr. Shah sudah menyeru Lev.

"Awak tak boleh tengok buku teks." Dr. Shah tersenyum sinis.

Pelajar kelas 4 Almond mula berbisik-bisik.

volleyball

1. A _ _

2. L _ B E _ _

3. U L _ _ M A _ _ • _ _ _ _ Y

4. S E _ _ _ R

Tch.

Lev menjeling Dr Shah. Dia akur. Kapur dicapai lalu tempat kosong diisi dengan huruf-huruf. Walau sedikit pun Lev tidak menjeling buku teks rakan sekelasnya. Well, semua ini sudah ada di dalam kepala.

1. ACE

2. LIBERO

3. ULTIMATE DECOY

4. SETTER

Dr. Shah cuba mengawal reaksi terkejutnya. Semua jawapan betul pula tu!

Lev sempat memberi senyuman sinis sebelum duduk semula di atas kerusi tempat duduknya. Shara membuat 'thumbsup'. "Hm" Hanya itu dibalas Lev. Lev mengalihkan pandangan ke arah padang sekolah melalui tingkap kaca di sebelahnya.

Hm.

I hate this f*cking school.

That's all.





4 PRESIDENTS chapter 10.

Well kelabnya tu tak leh blah betulHAHAHAHA!

Setuju?

4 PRESIDENTSWhere stories live. Discover now