Bilik Muzik
Kelab MuzikAsya buntu. Miss Rita menyuruh Asya memainkan sebuah lagu menggunakan piano. Pegang piano pun belum pernah. Main piano apatah lagi. Tak reti main, itu satu. Masalah kedua, Puan Rita nak Asya mainkan sebuah lagu tu lusa. Boleh botak kepala Asya ketika ini.
"Hai."
Siapa pulalah yang rajin sangat tegur aku masa aku tengah serabut kat penjuru bilik muzik ni? Asya mengangkat muka. Wow! Bidadara...
"Saya Dean."
"Asya."
"Buat apa kat sini? Kenapa tak join berborak dengan yang lain?" Soal Dean.
"Serabut."
"Sebab?"
"Awak ni nak kata pekak, telinga dah macam satelit. Awak tak dengar ke apa Puan Rita kata pada saya? Saya kena mainkan sebuah lagu menggunakan piano lusa nanti."
Depan tergelak besar dengan ayat 'telinga macam satelit' yang baru meluncur keluar dari mulut Asya.
"Jadi, apa masalahnya?" Soal Dean.
"Masalahnya, saya tak reti main."
"Lah itu je ke? Nak saya ajar?"
"Boleh ke?"
"Boleh je. Itu memang tugas senior."
"Tapi...."
"Tapi apa?" Soal Dean pelik.
"Nanti kalau fangirls awak serang saya macam mana? Kang tak pasal-pasal, main piano dalam wad."
Dean tergelak.
"Tak de lah. Jom ikut saya." Dean menarik tangan Asya.
Dia...dia...dia pegang tangan aku!
Antania terkejut apabila ternampak Dean memegang tangan Asya. Terkejut lagi bila sepasang merpati 'secoli' buat maksiat didepan matanya. Antania berpura-berpura tekun menghafal not-not lagu.
"Baby, malam ni kalau kita-"
"Sorry sayang. Not today."
Baby? Sayang? Euw.
Wait, WTF? Kissing? Infront of me? Please jangan buat adegan tak cukup umur kat depan aku. Aku baru 16 tahun ni. Mata aku masih sesuci batu nisan. Eh? Tak, tak. Batu permata sebenarnya. Haha...
"Antania?" Panggil Iqbal.
Ah sudah! Kenapa tiba-tiba seru aku ni?
"Ye?"
"Saya nak awak orang terakhir yang keluar dari bilik muzik ni. Saya nak awak tutup semua lampu dan kipas. Saya nak awak sus-"
Antania memotong kata-kata Iqbal.
"Maaf ya Mr Iqbal. Saya pergi ke sekolah untuk belajar. Bukannya jadi orang gaji." Antania menjawab.
"Muka saya nampak macam saya peduli ke?" Balas Iqbal.
Antania menjeling Iqbal.
"Kalau awak tengok muka saya, ada tak muka macam saya nak jadi orang terakhir yang keluar dari bilik muzik ni?" Balas Antania tidak mahu kalah.
Antania sudah mul mengemas barang-barangnya. Lagi lamaku di sini, lagi sakit mata dan Hatiku ini. Cheese sungguh!
Iqbal mengetap bibir. Bengang.
"Kalau macam tu, keluar dari kelab muzik. Pergi daftar kelab yang lain. Kelab muzik memerlukan ahli-ahli yang bersedia untuk bekerjasama."
"Kalau macam tu, awak pun jadi orang terakhir yang keluar dari bilik muzik jugalah. Kelab ni kan memerlukan ahli-ahli yang bersedia untuk BEKERJASAMA." Balas Antania lalu menopang dagu.
"Aku tak nak. Aku ada hal"
Kalini, Iqbal sudah menggunakan aku-kau. Main kasar ya?
"Kalau macam tu, awak boleh CARI kelab lain sebab kelab muzik ni memerlukan ahli-ahli yang bersedia untuk BEKERJASAMA. Sekian."
Setiap apa yang keluar dari mulut Antania membuatkan Iqbal tidak dapat menahan kemarahannya. Memerah sudah wajah Iqbal.
"Eh, kau jangan kurang ajar sangat ya!" Herdik seorang pelajar perempuan yang berbaby-baby dengan Iqbal.
"Oh ya? Muka aku nampak macam aku peduli ke?" Balas Antania lalu matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Tisya.
"Dah lah baby. Jangan layan perempuan gila ni." Kata Tisya kepada Iqbal.
Tahu takut...
"One more thing, stop doing 'maksiat' infront of other students. Especially, me, Antania Eris from 4 Astrand." Kata Antania lalu mengangkat kaki pergi dari situ.
Iqbal dan Tisya kedua-duanya terdiam.
Antania sempat melihat reaksi Iqbal dan Tisya melalui ekor matanya. Antania tersenyum lebar. Ni Antania Eris lah weh. Antania akan sentiasa menang bukan?
Yes!
4 PRESIDENTS chapter 12.DONE!ENJOY!
YOU ARE READING
4 PRESIDENTS
Fiksi Remaja4 President menceritakan tentang 4 orang pelajar sekolah punk, Q.I College dan 4 orang pelajar sekolah kerabat, Princes & Princess Academy. Punks vs Royals ? Ash , Ray, Iqbal & Dean Our Princes ! The most popular seniors at P&P Academy. Sekali pa...