Episode 1

317 26 0
                                    

Q.I College

Kolej yang terkenal dengan gelaran kolej punk. Kolej yang dihuni oleh pelajar-pelajar , kaki gaduh dan sebagainya. Pelajar-pelajar ini meletakkan unsur gengsterisme sebagai syarat untuk 'survive' di kolej itu. Setiap hari ada saja pergaduhan yang berlaku selepas sesi pembelajaran. Sebelum kelas bermula, waktu rehat dan waktu pulang. Tiada kesudahan!

Buk!

Pang!

Uhuk!

Lebam, bengkak sana sini, bibir pecah, berdarah dan sebagainya. Cedera itu ialah perkara biasa di kolej ini. Tidak kisahlah kau berjantina apa sekalipun.

"Asy!"

Terus tersedak Asya yang sedang menyedut air susu dutchlady .

"Apa dia?!" Marah Asya.

"Tania cari gaduh dengan senior form six lagi. " Kata Shara tercungap-cungap.

"Bertuah punya budak!" Kata Asya lalu bergegas keluar daripada kelas yang tak ada rupa macam kelas.

Asya dan Shara menuju ke kantin.

Sampai saja di kantin, Asya dan Shara ternganga luas.

"Hai korang!" Tegur Antania dengan senyuman yang lebar.

"Kau belasah semua budak-budak ni?" Soal Shara.

Tak percaya? Memanglah tak percaya sebab saiz Antania ni saiz budak sekolah rendah! Ataupun...

Antania tersengih.

"Tak lah. Lev yang debik seton-seton ni."

Asya dan Shara terus melepaskan nafas lega. Lev rupanya. Lev? Ehh?!

"LEV?!" Asya dan Shara terkejut serentak.

"Mana? Mana? Mana?" Asya menggoncang bahu Antania.

"Siapa lagi kalau bukan manusia yang pakai baju training yang tengah berdiri depan mesin minuman macam tunggul kayu tu?" Jawab Antania sambil membetulkan kolar bajunya.

Lev. Top 1.

"LEV!" Asya dan Shara terus menjerit memanggil Lev.

Lev menoleh ke arah mereka.

"Hm." Lev memandang semula mesin minuman di depannya.

"Erk?"

"Jantungku bagai disentap." Asya mula berdrama.

Antania dan Shara menepuk-nepuk bahu Asya.

"Itu adalah perkara biasa Asy." Kata mereka.

"Apa-apa whatsApp. Aku nak masuk kelas dulu." Kata Lev lalu beredar dari situ.

"Ha?!" Asya dan Shara terkejut.

"Tunggu akuuuuuu!" Jerit Shara lalu mengejar langkah Lev.

"Lev pelik." Ujar Asya.

Antania mengangguk laju.

••••••{}••••••

Kelas 4 As
(Kelas Lev & Shara)

Tempat duduk Lev berada di belakang sekali. Lev duduk di tepi tingkap sebelah kiri kelas. Port yang digemari pelajar 4 As. Tempat paling sesuai untuk pelajar yang kuat tidur di dalam kelas. Ya, Lev suka tidur dalam kelas.

Pap.

Pap.

Pap.

"Hm, bunyi tapak kasut ni." Kata Shara.

Kadang-kala yang paling creepy sebenarnya Shara. Daripada bunyi tapak kasut pun dia boleh kenal pasti siapa tuannya. Creepy bukan?

"Aku dapat hidu siapa orangnya."

C-R-E-E-P-Y !

Shara memandang Lev. Lev mengeluh lalu memasang lagu pada headphone nya. Kepalanya ditutup dengan hoodie. Kaki diletakkan di atas meja dan.....

Tidur. Yas.

"Wtf?!" Shara mengetap bibir.

Shara terus menggoncang bahu Lev.

"Bangunlah bangang!"

Lev berdengkur.

TAK GUNA KAU LEV.

"Sha-ra My-ra-na."

Shara terdiam. Kesemua pelajar 4 As sudah meninggalkan kelas sebaik saja 'King' kolej masuk ke dalam kelas mereka.

King as known as Aryfin. Top 2

"Gih." Shara mengangkat muka.

Senyuman sinis menghiasi wajahnya.

"One on one." Kata Aryfin lalu meraup rambutnya kebelakang.

Kau fikir hot ke buat macam tu?

"Deal." Shara bersetuju.

Shara mematahkan batang penyapu yang berada di belakang kelas menjadi dua. Kalini biar aku mula dulu. Shara menghayunkan batang penyapu yang dipegang di sebelah kanan ke arah kepala Aryfin.

Tak. Aku takkan berhenti sampai kau lunyai!

Shara tergelak sinis.

20 minit kemudian.

Shara melepaskan kayu yang dipegang ke atas lantai lalu duduk semula di tempat duduknya dengan bibir lebam dan hidung yang sedang mengalirkan darah.

Tch. Lembik.

"Lebih baik korang berambus dari kawasan aku. Kalau tak, aku patahkan badan korang." Kata Shara lalu tersenyum sinis.

"B..b..bai...baik."

Shara Myrana. The queen after the king. Top 3.





Hi all ! I will continue writing this story on behalf of the original author. For full explanation, click here Insyirahlm and read the pinned conversation. 

4 PRESIDENTSWhere stories live. Discover now