Kring!
Tamat kelas.
Asya dan Antania mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja. Semua barang disumbat ke dalam beg. Beg disangkut pada bahu lalu menapak keluar dari kelas 4 Astrand. Bisikan-bisikan terlebih syahdu tidak dihiraukan oleh mereka.
Sekarang masa untuk pelajar-pelajar bergerak ke bilik atau tempat kelab mereka dijalankan. Asya cuba mentafsir peta sekolah yang dihantar oleh Sir Riz melalui aplikasi WhatsApp. 5 minit kemudian, mata Asya masih tertancap pada skrin iPhone 7 miliknya.
Antania bengang. Kaki sudah lenguh.
"Kau cuba whatsApp Shara." Kata Antania.
Asya menurut. Kenapa aku tak terfikir eh?
Asya is typing...
Asya - Shara bilik muzik kat mana tho?
Shara is typing...
Shara - Kau ingat aku tahu ke? Aku pun sesat cari bilik kelab masakan.
Asya is typing...
Asya - Hm.
Asya (last seen)
"Shara tak tahu."
"WhatsApp Sir Riz."
Asya menurut.
Asya is typing...
Asya - Bilik muzik kat mana?
Sir Riz is typing...
Sir Riz - Kan saya dah bagi peta sekolah tadi? Saya sibuk ni. Tengah meeting.
WTH.
Asya (last seen)
"Dia tengah mesyuarat."
"KITA LAGI PENTING ATAU MESYUARAT DIA HA?!"
••••••{}••••••
Lev bengang apabila sudah sampai di gym 3, tiba-tiba dapat mesej dari Sir Riz. Latihan bola tampar bermula pada pukul 8.30 malam. Sekarang baru 1 p.m! Ya Allah, geramnya aku.
Dah lah Lev terpaksa meninggalkan Shara keseorangan semata-mata untuk ke gym ini. Tapi, gym pula tutup kerana latihan siang dibatalkan. Sekarang, dia sudah lewat untuk ke bilik masakan yang berada di tingkat tiga. Lev terus mengWhatsApp Shara.
Lev - Aku otw.
Dengan tenaga yang masih penuh, Lev berlari sepantas kilat ke bilik masakan yang terletak di tingkat tiga. Sampai saja di depan bilik tersebut, pintu kaca itu diselak ke tepi.
Penat siut.
"S..sa..saya Lev. Pelajar baru."
Lev tidak cukup nafas.
"Come in, dear." Madam Aisya mempelawa Lev masuk ke dalam bilik masakan.
Nasib baik Madam ni baik. Kalau macam Sir Riz dengan Dr. Shah, memang dengan dia-dia aku sumbat dalam oven. Huh!
Lev menutup pintu.
"Okey, nama penuh kamu? Lev apa?" Soal Madam Aisya.
"Err..er.. bukan Lev. Lisa Evarya Redson."
"I'll call you Lisa."
Lisa?! Belum pernah lagi ada orang panggil aku Lisa. Kenapa mesti Lisa? Kenapa tak Rya ke? Eve ke? Alahai..
Lev memandang pelajar-pelajar di depannya. Semua sudab siap memakai apron. Lelaki berpasangan dengan lelaki? Aku benci situasi ni. Jujur dari hati tau ni.
"Pelajar-pelajar lelaki semua dari tingkatan 6. Pelajar-pelajar perempuan pula masih junior. Hari ini, senior-senior akan guide junior-junior." Jelas Madam Aisya apabila terpandang wajah berkerut Lev.
Lev tersengih.
"Siapa belum ada pasangan?" Soal Madam Aisya.
"Saya." Sahut seorang lelaki yang sedang melipat lengan baju kemejanya.
"Bagus. Ash, Lev akan jadi pasangan kamu." Ujar Madam Ash.
Lev merengus dengan kasar. Madam Aisya dengar akan rengusan itu, namun dibiarkan. Entah mengapa, dengan Lev, sejuk saja hatinya.
Pelajar-pelajar perempuan tingkatan memandang Lev dengan pandangan tidak puas hati dan geram. Lev seperti biasa. Muka ketatnya dikekalkan. Kalini, diketatkan lagi.
"Nah, pakai apron ni." Ash memberi apron berwarna merah jambu kepada Lev.
"Tak ada warna lain ke?"
Dah lah kaler pink. Hello kitty pula tu!
"Tak."
"Tipu."
"Pakai jelah apron tu. Bukannya aku suruh kau pakai apron ni then lari satu sekolah." Kata Ash.
Lev menjeling Ash. Aku lempang muka kau satgi, tercabut gigi-gigi cantik kau tu!
"Okey, mari kita mulakan."
4 PRESIDENTS chapter 11.Votmentss !Thanks.Enjoy.
YOU ARE READING
4 PRESIDENTS
Teen Fiction4 President menceritakan tentang 4 orang pelajar sekolah punk, Q.I College dan 4 orang pelajar sekolah kerabat, Princes & Princess Academy. Punks vs Royals ? Ash , Ray, Iqbal & Dean Our Princes ! The most popular seniors at P&P Academy. Sekali pa...