06

324 53 73
                                    

🍭🍭🍭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

  San menggeliat hebat. Nak patah tulangnya kerana ikut Hyunjin berzumba di tengah sawah semalam. Terbuka saja mata, dia nyaris diserang sakit jantung kerana muka Wooyoung yang terpampang di hadapan matanya.

  "Ahh!!" jerit San, membangunkan Mingi yang tadinya tidur.

  "Aduh apa jerit ni? Aku tengah sedap mimpikan Kamariah tadi. Dia nyaris nak peluk aku dekat belakang kandang kambing atuk. Kacaulah, San!" bebel si Mingi.

  "Kau ni." wajah Wooyoung ditolak jauh daripadanya. "Dah kenapa tengok orang tidur?!" marah San, dia terus turun daripada katil. 

  San ke bilik mandi, sempat dia menyapa Seonghwa yang sedang menari-nari kecil bersama sudip di tangannya. 

  "Morning, nek!" 

  "Hah? Morning? Eh kamu ni tak senonoh betul la San!"

  San kerut dahi. "Apa yang tak senonohnya nek? San cakap morning je."

  "Moaning tu kan yang orang .. emm.. orang dah kahwin, dia bunyi.. emm.." Seonghwa serba salah nak cakap, maklumlah budak ini masih belum baligh.

  "Nenek ni salah kamus agaknya. Morning to selamat pagi. Dahlah, San nak mandi. Lepas mandi, San nak pergi ikut Hyunjin tolong nenek dia jual kuih~" ucap San, buat gaya Dilwale dengan tuala di lehernya seperti Kajol. 

  "Nenek orang laju pula kamu nak tolong? Yang nenek kamu terbongkok dekat dapur ni setiap hari, tak mahu pula kamu membantu? Tu, kain dalam bakul tu dah menggunung. Majoriti seluar dalam kamu lah yang ada dalam bakul tu. Bukannya nak dilipat, tapi dibiarkan nenek juga melipatnya." bebel si Seonghwa sambil matanya tertumpu kepada cekodok pisang yang digorengnya. 

 Seonghwa geleng kepala. Dia pun tak tahu kenapa San ni kerap betul bertukar pakaian. Si Mingi pula, tak berbaju. Hanya berseluar pendek, baik di dalam rumah atau di luar. Tak semenggah betul perangai.

  "Ni, San. Cuba kamu kejutkan atuk kamu tu sekejap. Kalau nenek kejut lambat nanti dia merajuk dengan nenek, dia pergi makan dekat warung rumah Munah janda tu. Tak nak nenek membiarkannya, dahlah janda tu miang dengan atuk kamu. Nak je nenek terajang dia masuk parit." Seonghwa berpaling ke belakang, alangkah kecewanya dia apabila cucu bertuah tiada di situ.

  Muncul pula Hongjoong tanpa kain pelikatnya, hanya berseluar pendek. Seonghwa geleng kepala.

  "Atuknya, kain awak tu tercicir je selalu. Semalam ada dekat depan reban ayam, kelmarin dekat atas pokok rambutan sana. Awak pakai ke, awak buat barang peninggalan sejarah?" bebel si isteri.

  "Ke mana pun aku tinggal, kau jumpalah juga kan? Seperti mana aku selalu jumpa kau walau di mana pun kau pergi." entah apa yang merasuki orang tua ini, romantik semacam.

  "Memang. Sampaikan saya nak masuk tandas pun risau! Buka je pintu, muka awak dah ada dekat depan pintu tu. Nasib baik lubang jamban tu tak muat nak dimasuknya, kalau tidak dalam tu pun awak masuk."

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now