09

325 45 83
                                    

🍭🍭🍭

Jongho duduk bermain dengan robotnya. Hatinya cukup terluka dengan perbuatan Yeosang. Maklumlah tak pernah dimarah abang. San dan Wooyoung menjenguk si bongsu, mereka dengar khabar daripada Yunho dan Mingi mengenai Jongho.

Walaupun mereka ni bukanlah abang yang baik sangat pun, tapi mereka tetap peduli dengan perasaan adik bongsu mereka ini.

Hancur hati si abang berdua melihat Jongho yang bermain dengan robot sambil air mata tak henti-henti mengalir. Kenapalah tergamak sungguh Yeosang memarahi Jongho hanya kerana kanak-kanak itu mandi sungai.

"Kau pujuklah dia.." Wooyoung siku perut San.

"Kaulah. Nanti kalau dia baling robot tu dekat aku macam mana?"

"Macam mana lagi, kau nangis je lah."

San buat muka cemberut. Tak guna punya adik. Punya bagus idea yang diberi.

"Apa nangis pula?!"

"Dah memang kau je yang suka nangis dalam cerita ni."

Sekali lagi San pasang muka cemberut. Si pendek ini kalau tidak menyakitkan dia, tak sah. Wooyoung angkat bahu, tanda dia tak tahu apa salah dan silap dia kepada si San ini. Kenapa dia selalu dipersalahkan?

"Biar aku je la yang pujuk." Mingi tolak dua beradik itu ke tepi, biar dia yang menjadi hero dalam bab ini.

Wooyoung dan San memerhati daripada pintu, melihat bagaimana cara si Mingi memujuk adik bongsu mereka itu. Jongho sedut hingus yang hampir keluar daripada lubang hidungnya, Mingi pula duduk di hadapan kanak-kanak itu.

"Jjong, dalam banyak-banyak ikan.. ikan apa yang kaya?"

Jongho diam tak menjawab, masih lagi menangis teresak-esak.

"Jawapan dia, ikan emas!" 

"Dia yang tanya, dia yang jawab." San gulingkan mata.

Jongho masih tak berminat. Ingat kelakar ke?

"Haish, kenapa nangis-nangis ni? Kalau Jjong nangis, nanti San tak ada job." Mingi sempat menjeling San.

"Apa salah aku sekarang ni?"

"Sabar, hidup memang menyakitkan."

Jongho perlahan-lahan angkat muka apabila dia merasakan ada figura lain yang mengintai dia. Benar tekaan si kecil itu, abangnya Yeosang berdiri di muka pintu dengan wajah yang serba salah.

"Jjong.." tanpa sempat Yeosang menghabiskan kata-katanya, Jongho terlebih dahulu bangun daripada duduk dan berlari keluar daripada bilik itu, melanggar tubuh Yeosang tanpa meminta maaf.

Yeosang mengeluh berat. Kenapalah dia terlalu ikutkan emosi tadi?

Sementara Hongjoong yang sedang menghayati drama P Ramlee itu diganggu dengan hentakan kaki yang ibarat Gorilla daripada cucu bongsunya itu. 

"Ya Tuhan dah kenapa pula rumah ni bergegar ni?!!" bebel si atuk.

Matanya menangkap figura Jongho yang berjalan sambil menghentak kaki. Apa jadi lagi ni?

"Jjong, mulut tu dah kenapa muncung macam hidung Pinocchio?" soal atuk, cucunya berhenti sekejap sambil mengelap air mata menggunakan hujung lengan baju.

"Abang Yeo dah tak sayang Jjong!" bentak si kecil itu sebelum kembali melangkah keluar.

Hongjoong garu kepalanya yang tak gatal. Seketika kemudian dia nampak Yeosang pula yang baru saja hendak keluar daripada rumah. Baru saja dia nak bertanya, Yeosang sudah hilang. Beberapa minit setelah itu, Mingi, Wooyoung dan San turut muncul.

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now