11

341 63 57
                                    

🍭🍭🍭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

Seonghwa sibuk memasak di dapur, menyediakan makan malam buat keluarga tercinta. Al maklumlah dia saja seketul perempuan di dalam rumah ini, yang lain semuanya jantan. Termasuklah cucu-cucunya itu. Kalaulah ada cucu menantu kan bagus.

Sebut cucu menantu, hadirlah Mingi dengan tersipu malu. Entah sejak bila dia ini tahu malu pun tak tahu. Selama ni tak pakai baju ke sana ke mari, tak tahu pula dia nak malu?

"Nenek yang cantik dan budiman..." Mingi tarik-tarik lengan baju neneknya.

"Kamu dah kenapa? Awal kamu bangun hari ni?" soal Seonghwa, tangannya masih sibuk membasuh pinggan di dapur sambil matanya memandang liar masakan di atas api. 

"Mingi nak bagitahu sesuatu ni.." Mingi bermain-main dengan jarinya seperti orang malu dipinang.

"Cakap je lah, Mingi oi." balas neneknya.

"Mingi nak... Nak kenalkan seseorang dekat nenek."

Seonghwa berhenti mencuci pinggan, kini dia fokus memandang Mingi.

"Siapa?"

"Girlfriend Mingi." Mingi gigit jari sambil kakinya gatal meraba-raba lantai.

Mahu tersedak air liur Seonghwa dibuatnya. Mingi cepat-cepat hulurkan segelas air kepada neneknya, dibawa Seonghwa duduk di atas kerusi.

Seonghwa tegur air itu, sedikit terkejut dengan penyataan cucunya.

"Kamu biar betul?! Ada ke orang berkenan dengan kamu? Perangai dah macam atuk, baju pun tak pakai, mandi seminggu sekali."

"Ihh betullah nenek! Petang nanti Mingi ajak dia dengan nenek dia datang rumah kita boleh?" soal Mingi.

Seonghwa berfikir sejenak. Siapakah yang sudah sanggup menerima cucunya ini?

"Bolehla, bolehla."

🍭🍭🍭

"1 × 1 berapa, Uyong?"

"11."

"Bukan 1 ke?"

"Kau tanya aku ke, aku tanya kau?"

"Aku tanya kau."

"Haa jadi ikut je lah jawapan aku."

San angguk mendengar kenyataan Wooyoung, dia kembali menyiapkan kerja sekolah mingguan yang diberikan uncle Eden dia.

San gemar belajar, jadi setiap hujung minggu pasti ada saja Eden akan hantar soalan secara atas talian.

"Kalau 10 × 5?"

"105."

"Ohh.." San angguk lagi.

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now