12

276 44 30
                                    

🍭🍭🍭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

"Selamat berhari raya~" seiring nyanyian yang dikeluarkan, begitu jugalah punggung Wooyoung bergerak-gerak. "Ucapan ku untuk semua~"

Yunho hanya memerhatikan adiknya yang seorang itu, disuruh bersihkan almari, lagu raya pula yang dinyanyikan. Ada-ada saja Wooyoung ini. Mujurlah adiknya itu rajin terlajak hari ini, jangan dikatakan bersih almari, lantai bilik air pun dicuci menggunakan berus gigi. 

"Berhari raya konon, kau puasa pun tidak." ucap si Yeosang yang kebetulan lalu membawa bakul baju-baju Jongho yang kotor.

"Eh aku puasa, kau elok sikit cakap tu. Jangan membuat fatonah di hari ini tau."

"Fatonah tu cikgu pendidikan jasmani kita. Fitnah, fitnah." Yunho membetulkan ayat Wooyoung.

"Asalkan bunyi Nah dekat belakang tu, kira sah je lah."

Yeosang geleng kepala. "Puasa apa ke benda? Orang azan subuh baru kau nak sahur. Awal-awal lagi dah terkandas bersama syaitan." 

Wooyoung mencebik. Masih dia ingat pengalaman berpuasa tahun lepas. Dia fikirkan azan subuh itu waktu bersahur, rupanya sudah habis waktu bersahur. Keesokan harinya, dia tetap saja ulang kesilapan sama sehinggalah hari raya menjelma. 

Disebabkan itulah dia hanya dapat 5 sen sebagai duit raya. Sadis betul.

Yeosang beredar pergi setelah dia memberikan kata-kata cinta itu. Baju adiknya si Jongho itu perlu dimasukkan ke dalam basuh, kalau tidak tak berbaju budak itu nanti.

"Wooyoung, kau ada nampak Mingi?" soal Yunho.

Aneh juga, Mingi tak kunjung tiba sejak pagi. Ke mana adiknya itu?

"Tadi ada nampak dia keluar dengan Jongho. Tak tahu pergi mana. Bawa budak tu jumpa Chan agaknya." balas Wooyoung.

"UYONG!!" hadirlah San dengan tangisannya.

San hempaskan kakinya ke lantai, patung Shiber kesayangannya dibaling tepat mengena muka Wooyoung. Mujur saja Wooyoung sambut.

"Masalah dunia apa kau ni?" soal Wooyoung, bercekak pinggang.

"Tengok tu, hidung Shiber terkena coklat. Dah tak comel dah."

"Habis tu kau nak aku jilat Shiber kau ni sampai bersih? Pergilah letak dalam mesin basuh sana, alang-alang Yeosang nak basuh baju Jongho tu."

"Kau basuhkanlah. Terima kasih, Uyong!" San senyum penuh makna, beredar daripada situ. 

Wooyoung mengeluh berat. Entah kenapa diri terasa seperti orang gaji pula di rumah ini. Semua gara-gara Seonghwa yang cedera dek kerana tersadung pintu semalam. Hajat asal Seonghwa hanyalah untuk buat yoga, usai saja latihan yoga tersebut, penatnya tak usah dikata. Sampaikan pintu pun tak nampak.

"Uyong!!" panjang umur, melaunglah orang tua itu dari dalam biliknya.

"Ye, nek!"

"Tolong masakkan nasi ya."

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now