14

359 48 62
                                    

🍭🍭🍭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

Satu keluarga berkumpul di ruang tamu, Miyeon dan Lim duduk bersebelahan, Jongho duduk di atas riba ayahnya. Sudah lama dua beranak itu tak bersua, mulalah Jongho nak bermanja. Lagipun kanak-kanak di usia itu memang memerlukan kasih sayang yang sempurna tanpa batas.

"Jadi, kamu semua dah buat perancangan dah tentang apa kesudahannya?" soal Hongjoong, cermin matanya dibetulkan sedikit.

Miyeon pandang Lim, Lim mengeluh berat. Yunho tak lepas memandang ibu bapa mereka silih berganti.

"Kami dah buat keputusan. Kami tak jadi bercerai." senyum di bibir Miyeon melegakan hati semua, namun tidak si kembar 5 dan si bongsu.

Jongho pandang Yeosang, Yeosang tunduk. Mingi dan Yunho juga tunduk, San dan Wooyoung diam tak bergerak. Seonghwa senyum sayu, Hongjoong angguk menandakan dia terima keputusan anak menantunya itu. Mujurlah rumah tangga ini dapat diselamatkan.

"Baguslah kalau macam tu." ucap Seonghwa, sayu kedengaran.

"Kami datang ni, nak bawa anak-anak kami balik. Esok kami akan balik, harini nak bermalam di sini." ucap Lim, dicium sekejap kepala Jongho.

Yunho terus berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata, Miyeon berkerut dahi. Ada apa pula dengan anak sulongnya itu. Mingi gigit bibir bawahnya, menahan air jernih di mata. Jongho pandang Miyeon.

"Kita nak balik ke?" soal si kecil itu.

"Ya, sayang. Kita kena balik. Dah lama kan susahkan nenek dan atuk dekat sini? Mama janji, mama akan jadi ibu yang terbaik dan perbaiki semua kesalahan mama. Lagi satu, mama dah nekad nak berhenti kerja untuk jaga anak-anak mama semua." Miyeon belai lembut pipi Jongho.

"Dan papa akan cari duit banyak untuk kita semua!" selit Lim pula.

"Tak nak, Jjong nak Chan!" Jongho melompat turun daripada riba ayahnya, terus keluar daripada rumah itu.

Yeosang, apa lagi. Pasti saja dia akan berlari mengekori Jongho. Miyeon dan Lim saling berpandangan. Kenapa anak-anak mereka nampak tak gembira dengan berita yang mereka tak jadi bercerai?

"Siapa Chan, mak?" soal Miyeon, pandang Seonghwa.

Seonghwa senyum sayu. "Chan tu anak Han dan Hyunjin, cucu Yongbok dan Jeongin. Chan tu kawan baik Jjong sepanjang dia dekat sini. Tak pernah berenggang dua sekawan tu." cerita Seonghwa.

Masih dia ingat bagaimana Chan menangis tak mahu Jongho pulang. Rapat benar dua sahabat itu, semoga kekal sehingga mereka dewasa harapnya.

"Macam tu.." Lim angguk faham.

"Sannie, Wooyoungie, Mingi, pergilah kemas barang kamu. Esok kita nak bertolak awal." pesan Miyeon.

San diam tak bersuara, dia hanya pergi meninggalkan ruang tamu. Mingi dan Wooyoung pula membatu di situ. Wooyoung tarik tangan Mingi, mereka juga keluar dari rumah.

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now