07

350 55 66
                                    

🍭🍭🍭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

Haa siapa yang dah sedih dan stress baca Gangster's Wife tadi, kita lepak sini dulu. 

🍭🍭🍭

"Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi.. timbullah bonda oi, timbullah tunjukkan diri.." penuh sayu nyanyian Hongjoong.

Yongbok tergaru-garu kepala melihat sahabatnya yang tampak sedih benar itu. Dia berhentikan basikalnya ke tepi, duduk di sebelah Hongjoong.

"Sedih benar kau harini, Joong?" tegur orang tua itu.

"Sedihlah. Hwa dah merajuk dengan aku.. wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi.."

"Masalahnya, tak kena tempat kau sedih. Dekat tempat kumbahan ni juga kau nak nyanyi lagu si ikan kaloi. Sini ikut aku, kita pergi warung!"

"Tidak!"

Hongjoong menolak dengan dramatiknya. Kayu azimat cinta yang diselotip itu dipeluk erat bersama linangan air mata.

"Eh dah kenapa pula? Kau nak cari ikan kaloi dekat tempat kumbahan ni ke Joong oi?"

"Kau tak faham, Yongbok. Semalam dia tolak aku daripada katil. Aku terpaksa tidur bawah katil memandangkan aku sangat kecewa! Pagi tadi dia tak masak, dia suruh Mingi dan Yunho belikan nasi lemak, tapi tak dibelinya untuk aku!"

Yongbok mengeluh. Sedih juga dia mendengar aduan Hongjoong ini. Dia tahu betapa sayangnya Hongjoong kepada si isteri, tapi nak buat macam mana? Munah janda itu merosak segala-galanya.

"Apa kata kau belikan dia cendol?"

Bersinar-sinar mata Hongjoong mendengar cadangan daripada sahabatnya. Yongbok memang sahabat yang baik!

"Jom teman aku beli cendol!" ajak Hongjoong.

Yongbok angguk, lega kerana dia tak perlu hadap pemandangan tempat kumbahan ini lagi. Naik muntah dia dibuatnya. Hongjoong, Hongjoong.

🍭🍭🍭

Sementara Seonghwa meluahkan rasa hati kepada sahabatnya Jeongin. Dia tak mampu terima Hongjoong dan Munah bersandiwara di warung itu. Jeongin pula sudah memaafkan Yongbok kerana lelaki itu membawa dia ke pantai semalam.

Semudah itu jiwa Jeongin terpujuk.

Sementara Wooyoung duduk di hadapan televisyen. Dia demam kerana berhujan semalam. San pula tak pernah penat menyuapkan bubur ke dalam mulut adik kesayangannya itu.

"Sudahlah, Hwa. Mungkin bukan salah abang Joong pun. Mungkin si Munah tu yang gatal!" pujuk Jeongin.

"Hati ni terluka dah, Yen! Dahlah lupa belikan cendol aku. Sakit hati aku ni, sakit!" Seonghwa tutup mulutnya sambil menangis sekuat hati.

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now