01

650 75 184
                                    

Aku buat cerita ni masa aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa merepek je cerita ni, jalan cerita pun cliche' je. Tapi kalau nak baca, bacalah. I is suka je. BTW ini sambilan je tau wey, so update untuk ff ni tak teratur sangatlah.

 BTW ini sambilan je tau wey, so update untuk ff ni tak teratur sangatlah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍭🍭🍭

Jongho duduk di tangga memerhatikan ibu bapanya yang sedang bertengkar di ruang tamu. Abang-abangnya si kembar lima yang berusia 8 tahun itu masih tak pulang daripada sekolah. Sejak beberapa bulan ini, ibu bapa mereka bergaduh saja.

Naik pening Jongho dibuatnya. Kanak-kanak berusia 6 tahun seperti dia sudah letih menyaksikan rumah tangga ibu bapanya yang semakin lama, semakin goyah ini.

"Awak memang betul curang kan?!" marah si ibu.

"Bila masa saya curang? Awak tu yang suka tuduh bukan-bukan! Saya tak curang, boleh tak jangan nak memandai tuduh saya? Kalau saya curang betul-betul baru awak tahu!"

"Ohh jadi memang betul la awak nak curang?!"

"Astaga bila masa?!"

"Tadi awak cakap!"

"Awak ni boleh tak korek telinga tu betul-betul, dah tersumbat lipas agaknya!"

Pintu rumah terbuka luas, Eden melangkah masuk. Dia geleng kepala melihat kakak dan abang iparnya yang bertengkar. Matanya turun memandang anak saudaranya yang duduk di tangga dengan mata berkaca.

"Jongho, uncle bawa kereta mainan. Jongho masuk bilik, main dalam bilik okay sayang?" pujuk Eden, menghampiri Jongho.

Jongho angguk sahaja, pemberian Eden diambilnya. Dia berlari memanjat anak tangga, ke biliknya seperti yang diarah Eden tadi. Eden pandang kakak dan abang iparnya, geleng kepala.

"Depan anak pun nak gaduh ke?" soal Eden, jelas geram.

"Kau jangan masuk campur boleh tak?" si ibu bercekak pinggang. "Sekarang saya nak cerai!"

"Kau tengok kakak kau, Eden. Belum apa-apa nak minta cerai!" si bapa pula naik hantu.

"Sudah, sudah!" suara kuat Eden membuatkan pasangan itu diam membisu. "Akak dengan abang selesaikan semua ni sendiri. Aku nak bawa budak-budak tu balik kampung, duduk dengan mak abah. Selagi masalah ni tak selesai, budak-budak tu akan duduk sana! Kebetulan esok dah cuti sekolah, jadi lagi senang kerja aku."

Pasangan itu diam saja.

"Kalau habis cuti sekolah pun tak settle lagi, aku pindahkan budak-budak tu sekolah dekat kampung. Lagi elok daripada duduk dengan mak ayah yang macam budak-budak ni!"

"Kau dah gila ke, Eden? Budak tu mana biasa duduk kampung. Kalau gigit nyamuk anak bongsu aku nanti? Siapa nak tanggung?"

"Jangan nak drama lah, akak. Kita dulu jangan katakan nyamuk, kena gigit lintah pun pernah. Hidup je lagi." Eden gulingkan mata, geram dengan kakaknya. "Sudah, muktamad. Budak-budak tu aku hantar pergi kampung!"

99 KALI RINDU, 99 KALI PENINGWhere stories live. Discover now