EP 23

77 11 4
                                    

Hyerin sekarang berada di kantin bersama Lia.Lia menyedut air orennya.

Hyerin menongkat dagu.Kepala tidak berhenti melihat sekeliling.Sepertinya,Hyerin tengah mencari seseorang.

Lia yang dari tadi sedar akan kawannya menyapa.

Lia menepuk lembut tangan kawannya.Hyerin menoleh lalu mengangkat kening.

Lia:Kau cari siapa?

Hyerin:Jake.

Hyerin sambung melihat sekeliling untuk mencari kelibat Jake.Lia menggelengkan kepalanya.

Senyuman bahagia terukir di wajah Hyerin.Dia ingin menyapa Jake tapi niatnya dibatalkan kerana Mongi juga ada bersamanya.

Lia melihat kawannya lalu menoleh ke belakang.Dia menghembus nafas berat.

Lia:Kau tengok tu,dia dengan Mongi.

Hyerin:Tau...

Lia menggenggam tangan kawannya tanda beri semangat.

Hyerin:Kenapa?

Lia:Aku tau...kau sakit hati kan..?

Hyerin ketawa sinis.Dia menggerakkan bebola matanya ke atas.

Hyerin:Tak lah,aku tak sakit pun.Lagipun aku tau macam mana nak ambil Jake balik.

Hyerin berpeluk tubuh sambil senyum sinis ke arah Lia.

Lia:Macam mana lah kau buat?

Hyerin:Bagi dia pickupline...

Hyerin tersengih.Lia mengangguk tanda faham.

-

Ni-ki hendak pergi ke perpustakaan.Setelah dia masuk,senyuman gembira terukir di wajahnya.

Mongi yang sedang duduk di meja sambil membaca buku ingin dia dekati.Tetapi langkah Ni-ki terhenti di saat Jake sudah pun menghampiri Mongi.

Senyuman Ni-ki segera mati.Dia memerhatikan sahaja mereka dari jauh.Dia menghembus nafas.

Mongi rehatkan kepalanya di bahu Jake.Situasi itu berjaya membuatkan Ni-ki cemburu.Keluhan dilepaskan.

Ni-ki:Aku harap...itu ialah aku..

Ni-ki akhirnya mula mencari buku cerita yang ingin dibaca.Akhirnya dia jumpa lalu mencari tempat duduk yang kosong.

Ni-ki terhenti di saat dia bertembung dengan Jake.Jake juga terhenti.Dia melihat Ni-ki atas bawah.

Ni-ki berdehem kecil.Lelaki itu ingin melangkah pergi tetapi Jake menghalangnya.

Ni-ki tersentak.

Ni-ki:H-hyung nak apa?

Jake:Kau ni...ikut kami ke ha?Kami ada kat kantin,kau pun ada.Kami ada kat perpustakaan,kau pun ada.Kau ni nak apa sebenarnya?

Ni-ki menelan air liurnya.Dia memberikan senyuman kekok.Agak takut ingin membalas renungan tajam Jake.

Ni-ki:Eh...Ni-ki takde niat pun nak ikut ikut korang.Ni-ki manalah tau kalau korang pun nak pergi perpustakaan...

Jake:Ke kau nak usya...Mongi?

Ayat Jake itu membuatkan Ni-ki membeku.Dia tidak tahu hendak menjawab apa.Jake ketawa sinis lalu menyilangkan tangannya di dada.

Jake:Ni-ki,Ni-ki...tak serik serik lagi kau ni kan.Aku kan dah cakap,jangan dekat dekat dengan Mongi tapi kenapa kau ni tak pandai faham faham ye?Ke kau nak kena tumbuk dulu,baru kau nak dengar cakap?

Ni-ki menggeleng laju.

Jake:Habis tu?Kenapa kau masih nak juga dekat dekat dengan Mongi?

Ni-ki:Eh bukan macam t-

???:Jake?

Serentak Jake dan Ni-ki menoleh ke empu punya suara.Orang itu ialah Mongi.

Mongi melihat Ni-ki pelik.

Mongi:Eh kau pun ada kat sini?

Ni-ki mengangguk.Jake berasa rimas lalu menggenggam erat tangan Mongi.

Jake:Dah jom.

Mongi hanya mengikut langkah Jake.Sempat juga dia menoleh ke belakang untuk melihat Ni-ki.

Ni-ki menunduk ke bawah,kepala digaruk garuk.Mukanya diraup kasar.

-

Mongi:Mongi dah balik!

Mongi masuk kedalam biliknya lalu menutup pintu.Tuala di ambil dan Mongi masuk ke dalam kamar mandi,untuk membersihkan diri.

Usai Mongi menyalin pakaian,dia pergi ke meja belajar sambil mengelap rambutnya.

Segera telefon pintarnya dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka.Dia tersenyum kecil apabila melihat gambar gambar kawannya yang dikongsikan.

Mongi menekan akaun Instagramnya sendiri dan ingin melihat siapa sahaja yang mengikutinya di Instagram.

Dia terus scroll scroll ke bawah sehingga satu akaun menangkap perhatiannya.Kening Mongi berkerut.

Mongi:Tak pula aku tau Ni-ki follow aku.

Akaun Ni-ki di tekan.Hanya satu gambar sahaja yang dikongsikan.Gambar itu ditekan.

Gambar itu ditekan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

No caption👀

Entah mengapa apabila Mongi melihat gambar ini,jantungnya berdegup kencang secara tiba tiba.

Dadanya segera di sentuh.

Mongi:Asal jantung aku ni...?

Bentuk hati ditekan bermaksud Mongi menyukai gambar Ni-ki yang satu ini.

Mongi:Dia ni...boleh tahan kacak juga...

Bersambung...


BUAYA DARAT - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now