Mongi:Hello Jake,kenapa?
Jake:Awak free tak petang ni?
Mongi:Free je,kenapa?
Jake:Boleh tak petang nanti,kita jalan jalan?
Mongi:Jaeyin ada sekali ke?
Jake:Err,tak.Awak dengan saya je.Boleh?
Mongi teragak agak untuk menerimanya.Mongi menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan.
Mongi:Awak nak jumpa kat mana?
Jake:Nanti saya bagi lokasinya.
Mongi:Okay,dah lah.Saya nak masuk kelas ni.Bye..
Talian dimatikan.Belakang tubuhnya disandarkan di loker.Mongi menguak rambutnya kebelakang.
???:Kau kenapa?
Mongi tersentak di saat suara Ni-ki menyapanya.Dia melihat penampilan lelaki itu.
Pakaian sekolah berwarna hitam,rambut depannya dibiarkan melurus ke bawah.Begnya yang cuma disandangkan di bahu kiri sambil tangan kanannya diamasukkan ke dalam poket.
Mongi menggaruk garuk kepalanya.
Mongi:Takdelah.Cuma...Jake bawa aku jalan jalan.
Ni-ki mengangguk tanda faham.Dia memberanikan diri untuk mengukir senyuman,biarpun dalam hatinya rasa sakit.
Ni-ki:Kalau macam tu,aku masuk kelas dulu lah.
Mongi:Jap!
Ni-ki mengerutkan dahinya.Mongi yang sedang mengambil beberapa buku pelajaran didalam loker dipandang.Usai sahaja menutup pintu,Mongi menoleh ke arah Ni-ki.
Mongi:Jom,kita jalan sama sama.
Mongi memberikan senyuman manis.Mata Ni-ki membulat sedikit.Mongi mengajaknya jalan bersama.Ni-ki mengangguk perlahan lalu mereka pun pergi ke kelas.
Sesampainya mereka di kelas,Jaeyin mengerutkan dahi di saat dia melihat Ni-ki berjalan bersama Mongi.Kelihatan mereka agak mesra.
Mongi akhirnya duduk di mejanya.Jaeyin masih lagi memandangnya.Sedar akan ada seseorang sedang memerhatinya,Mongi terus menole ke arah Jaeyin.
Mongi:Kau kenapa?
Jaeyin:Aku tak salah nampak ke tadi?
Mongi memuncungkan bibirnya sambil dahi yang mengerut.
Mongi:Salah nampak apa?
Jaeyin:Kau jalan sama Ni-ki?
Mongi:Jadi?Apa salahnya?
Jaeyin menggerakkan bebola matanya ke atas,tangan disilangkan ke dada.
Jaeyin:Kau tak takut ke,Jake marah nanti?
Mongi mengangkat satu keningnya.
Mongi:Dia marah buat apa?
Jaeyin:Sebab kau jalan sama sama dengan Ni-ki lah,kalau dia nampak lepastu dia marah haa,kau nak jawab apa?
Mongi:Salah ke kalau aku jalan jalan dengan Ni-ki?Dia kawan aku je.
Jaeyin mendengus geram.Dia berdiri.
Jaeyin:Ni kalau Jake tau,kau jawab sendiri.
Jaeyin menjeling malas lalu melangkah pergi.Mongi hanya diam sambil melihat kawannya.Dia meraup wajah.
Mongi:Salah ke kalau aku kawan dengan Ni-ki?Heh,ikut dia lah.
-
YOU ARE READING
BUAYA DARAT - SIM JAEYUN
Kısa HikayeTentang satu pasangan yang sagat mesra sehinggalah pada suatu hari ada sesuatu yang membuatkan mereka berputus.Mampukah mereka bersama kembali? START:7 OCT 2021 END:14 JAN 2022