Jaeyin:Selamat hari jadi abang Jake!!!
Puan Sim:Selamat hari jadi anak mama yang ke-17.
Jaeyin dan Puan Sim memeluk erat tubuh Jake.Jake senyum bahagia.
Jake:Terima kasih mama,Jaeyin.
Puan Sim:Haaa,malam nanti kita adakan parti besar besaran.Jemput semua kawan kawan Jake okay?
Jake mengangguk dan bersedia untuk pergi ke sekolah begitu juga dengan Jaeyin.
Jake dan Jaeyin:Kami pergi dulu!
Jake dan Jaeyin akhirnya melangkah pergi.Jaeyin berjalan sambil melompat lompat kegembiraan.Jake hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
Jake:Amboi,happy dia macam dia pula yang hari jadi.
Jaeyin berhenti melompat lalu mendekati abangnya.Lengan abangnya dipeluk.
Jaeyin:Ala,mestilah happy.Rindu betul nak buat parti masa hari jadi abang.
Jake ketawa kecil lalu mengusap kepala adiknya.
???:Jake!
Langkah mereka berdua terhenti di saat seseorang dari belakang memanggil nama Jake.Mereka berdua menoleh ke belakang.
Jaeyin memutarkan bebola matanya.Jake hanya berdehem kecil.
Jake:Hyerin,kenapa?
Jaeyin berpeluk tubuh sambil mendengus kasar.Setiap kali melihat wajah Hyerin,mesti dia akan panas baran.
Hyerin mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu dihulurkan ke Jake.Jake menatap kotak kecil tersebut.
Jake:Apa ni?
Hyerin:Cuba buka.
Jaeyin menggaruk kepalanya.
Jaeyin:Ish abang,jom lah.Rimas betul adik dengan perempuan ni.
Jaeyin menjeling tajam.Jake melirik adiknya seketika sebelum dia mengambil kotak kecil tersebut.
Hyerin:Itu hadiah hari jadi awak.Selamat hari jadi Jake.
Hyerin memberikan senyuman manis ke arah Jake.Jake hanya mengangguk.Lengan lelaki itu ditarik oleh Jaeyin.
Jaeyin:Dah bagi kan?Sekarang ni,kami nak pergi.
Jaeyin dan Jake akhirnya berlalu pergi meninggalkan Hyerin keseorangan.Hyerin senyum kecil melihat Jake.Rasa gembira dalam dirinya itu membuak buak kerana sebenci benci Jake kepadanya,dia tetap menerima hadiah dari Hyerin.
Itupun sudah membuatkan Hyerin gembira.Dia juga ingin berlalu pergi.
-
???:Happy birthday Jake!
???:Yow,Jake!Pibeday bro!
???:Abang Jake,Happy birthday!
???:Dah besar dah kawan aku sorang ni.
???:Happy birthday Jake.Terharu aku,kau dan 17 aku bila lagi huhuhu.
Kata kata daripada kawan kawan Jake itu membuatkan Jake tertawa.Hyerin pula,hanya duduk diam sambil memerhatikannya dari jauh.
Jake sedar bahawa ada seseorang dari tadi memerhatikannya lalu dia menoleh ke arah Hyerin.Gadis itu tersentak.
Tetapi dia langsung tidak mengelak pandangan Jake.Malah,dia sempat melambaikan tangannya sambil mengenyitkan matanya kepada Jake.Untuk Jake,jatuh hati kepadanya semula.
Jake mengerutkan dahinya lalu memandang ke hadapan semula.
Waktu rehat telah tiba.Jake ingin ke loker tetapi langkahnya terhenti.Senyuman bahagia ditayangkan.Dia berlari ke arah Mongi yang sedang menuju ke hadapan.
Jake:Mongi!
Mongi terkejut di saat Jake mengangkatnya sambil berpusing pusing secara tiba tiba.Mongi melepaskan tawanya.
Mongi:Okay dah dah,turunkan saya.Kang saya muntah kat kepala awak haaa tak tau.
Jake akhirnya turunkan Mongi.Dia mengusap lembut kepala Mongi.
Jake:Awak tau tak hari ni hari apa?
Mongi:Hari ni hari khamis.Kenapa?
Jake yang tadi tersenyum terus berubah muka.Dia menggerakkan bebola matanya ke atas.Tangan disilangkan ke dada lalu bibir dimuncungkan ke hadapan.
Jake:Ish awak ni,takkan tak tau hari ni hari apa.
Mongi menggaruk garuk kepalanya.Dia masih tidak dapat tangkap apa yang Jake sedang cakapkan.
Jake menghembus nafas berat.
Jake:Hari ni hari jadi saya lah.
Mongi:Ohhhhh ya ke?Manalah saya tau sebab awak tak pernah bagitau.
Jake:Eh ya ke?Saya...tak...lah patutlah awak tak tau.
Jake melepaskan tawa kecil.
Jake:Lagi satu...malam ni mama buatkan parti hari jadi.Jangan lupa datang tau.
Mongi mengangguk.
Mongi:Okay,nanti saya datang.Ni-ki awak tak jemput?
Senyuman Jake segera mati.Dia mencebik apabila nama Ni-ki disebut.
Jake:Yang awak nak dia ikut kenapa?
Mongi:Ala,dia kan kawan awak.Dia juga kawan saya,jadi jemputlah dia.Takkan awak tak nak ajak dia.Kesian dia nanti.
Jake menggaruk kepalanya.Rimas.
Jake:Yela yela,saya bawa.
Mongi tersenyum lebar.
Mongi:Macam tu lah kawan.
Jake menayangkan senyuman palsunya.
Dalam hati Jake:Macam lah aku nak bawa dia sangat.Ish,si Mongi ni asal dah berani cakap pasal Ni-ki ekh?
Tanpa mereka sedar,Ni-ki mendengar sahaja perbualan mereka.Senyuman bahagia terukir di wajah kacak Ni-ki.Dia merona merah.
Ni-ki:Tak sangka Mongi kesiankan aku.
Ni-ki menutup mukanya sambil melompat kegembiraan.
Bersambung...
YOU ARE READING
BUAYA DARAT - SIM JAEYUN
Short StoryTentang satu pasangan yang sagat mesra sehinggalah pada suatu hari ada sesuatu yang membuatkan mereka berputus.Mampukah mereka bersama kembali? START:7 OCT 2021 END:14 JAN 2022