Bab 2

590 70 12
                                    

Flight KUL-DOH 0525 GMT+8

Seusai makan, aku menekan butang untuk memanggil cabin crew. Sedikit kecewa apabila yang datang adalah seorang pramugari berambut brunette dan sungguhpun friendly, no tak nak dia.

"Yes, how may I help you?"

"Actually, I was calling for another one."

"Oh, the other crews are quite occupied right now. I can help you with anything."

"Oh ya ke?" Haa sudah!

"By the way, how did you get the crew meal?"

Mampos! Dahlah abang tadi specifically said aku tak boleh beritahu sesiapa. Mampos mampos mampos!

"Nelly, dia pax I tadi. I yang bagi dia the crew meal." HAAAAAH MUJUR DIA DATANG.

"Oh, supervisor tahu tak? Habis nanti you nak makan apa?"

"Just don't tell herlah. Lagipun I dah kenyang makan before flight tadi. So biar jelah. Bazir je kalau buang nanti."

"I see, okay then. Nah ambiklah pax you. Jangan bising sangat by the way. Pax lain mengadu nanti."

"Okey."

Selepas pramugari itu pergi, abang tadi tu senyum padaku.

"How was it? Sedap?"

"More or less sama je macam meal saya tadi."

"Dah tu nak expect apa? Steak atas kapal terbang macam ni?"

Aku senyumkan sahaja.

"Sorry tadi I was attending pax kat cabin depan sana tu. Demand semacam nak orange juice bagai. Ingat sini Jaya Grocer ke apa semua benda tu ada?"

"Habis tu dapat tak?"

"Takde maknanya. I just pour Peel Fresh kat dia then cakap tu fresh orange juice. Dia kata sedap so harapnya selamatlah."

This guy looks chill. Dari nada dia, aku tahu dia jenis suka selesaikan benda non-conventionally yet he got his shit together.

"Qasy selalu naik flight? Dia lemudiannya bertanya kepadaku.

"Tak jugak. Setahun sekali pun tak jugak. Cumanya adalah kadang-kadang tu Ayah Qasy bawak jalan-jalan pergi Sabah ke Sarawak ke, dapatlah naik flight."

"I see. Well in my case, dah banyak kali dah I pergi sana semua."

"Negara mana paling jauh Abang pernah sampai?"

"As a crew or normal passenger?"

"Kalau crew?"

"Oh, European country je. Dengan Seoul, Tokyo and Hong Kong tu. Kalau as normal passenger, US kut. Sebab parents duduk sana."

Aku anggukkan sahaja.

"By the way, pernah tengok galley tak?"

"Tengok macam tu jelah. Maksud abang?"

"Good. Jom!"

"Pergi mana?"

"Jomlah!"

Aku pun bingkas dan membuntutinya pergi ke galley. Di situ, terdapat beberapa orang pramugari sedang berbual sesama mereka.

"Hai girls, this is one of our insomniac passenger, Uqasyah. Kindly say hi to him."

Gadis-gadis itu kemudian greet aku penuh mesra. Very friendly.

"Korang takde any tit-bits ke nak bagi dia?" Dia bertanya kepada colleaguenya yang ada.

"Ada. Kejap." Salah seorang kakak di situ kemudiannya tunduk dan mengeluarkan semangkuk kecil pudding dari dalam cart. "Nah, for you."

30,000 FeetWhere stories live. Discover now