Bab 24

269 35 5
                                    

"Abang dah kat bawah ni. Qasy dah siap ke?"

"Dah. Tengah tunggu lif ni haa."

"Cool. Tahu kereta Abang kan?"

"Hehe tahu..."

Dalam perjalanan turun lif itu, hatiku berbunga. First unofficial official first date dengan Abang Wira. The guy I've been looking up for years.

Hampir ke keretanya, aku nampak dia sedang hisap pod di dalam keretanya. Nampak manly semacam pula dia masa tu.

Masuk ke dalam kereta, dia menghadiahkan aku senyuman sebelum menarik tanganku untuk memegang tangannya.

"Your hand is so cold."

"Nervous kut."

"Nak nervous apanya?"

"Yalah. Dah lama kut tak rasa keluar macam ni." Dengan Clarence jelah kut kalau ada.

"Oh ya ke?"

Aku menarik tanganku semula.

"Kenapa tarik?"

"Abang dah ada yang punya kan? Tak naklah kesayangan abang tu nanti marah Qasy."

"Kalau tak ada siapa bagitau, okey je." Dia ambil semula tanganku dan aku tak pula menolaknya. "Nobody should know, Uqasyah."

"Ya ke?"

"Yalah."

"Kenapa Abang nak keluar lagi dengan Qasy kalau Abang dah ada dia?"

"Sebab Abang rasa Qasy better than him."

"So it's a him?"

Abang Wira ketawa sahaja sebelum tangannya meraih tanganku semula.

"Qasy ni kelakarlah."

"Betul apa?!"

Aku menyandarkan kepalaku ke bahunya. Dia juga seperti merelakannya.

"Kita nak tengok cerita apa?"

"Qasy nak tengok wayang ke?"

"To be honest, tak sangat. Kalau tak movie nak pergi mana?"

"Hmm I don't know. Hati Qasy?"

"Banyaklah. Dia dah ada boyfriend lagi nak..."

"Qasy ni, suka nak cakap pasal budak tu je. Macam kenal je perangai budak tu."

How do I tell him Nicholas Santiago tu housemate aku? Ada mahu world war nanti.

"Memanglah tak kenal tapi..."

"Hmm nevermind. Jom we go makan first then we decide."

"Nak makan apa?"

"Kita pergi Subanglah."

"Ada apa je situ?"

"I don't know. SS15 banyak jugak makanan kan?"

"Qasy ikut je."

Dan ya, dia bawa aku makan kat area SS15 yang nama kedai dia sama nama dengan nama malaikat tu. Nama je malaikat harga macam iblis eh.

Semasa makan, tak banyak yang kami borakkan. Sesekali adalah dia tanya tentang kerja aku tapi ianya terhenti di situ sajalah isunya.

"Qasy dah lama ke kerja kat outlet tu?"

"Baru lagi, actually. Baru officially habis training."

"Zii Jia kerja situ lagi ke?"

"Zii Jia?"

"Clarence."

"Abang kenal dia ke?"

"Lebih dari kenal. And Abang tahu Qasy rapat dengan dia."

30,000 FeetWhere stories live. Discover now