Bab 14

306 43 6
                                    

Masa aku balik malam tu, ya Clarence hantar, aku nampak di atas meja ada sepinggan mee goreng basah dan sate seperti yang aku kirimkan. Memandangkan itu, aku gembira.

Aku masuk ke bilik dan nampak James sedang main handphone di atas katil. Dia memandang aku dan aku memandang dia.

"Haa tenung aku lama-lama nak buat apa? Berkenan pulak kat member sendiri?"

"Kau tahu kalau aku suka kat kau, kau akan hilang virginity since 14?"

"Kau bukan bottom ke?"

"Cibai!"

"Oh bukan eh?"

"Kau aku cakap Catherine tu nanti perangai kau macam babi haa baru kau tahu."

"Ah lancaulah nak cakap Catherine. Mentang-mentang nowadays just boleh cakap direct je dengan manager sendiri, cenggini eh kau buat aku?"

Aku ketawa sahaja.

"Takde. Now kau pergi basuh badan kau baru nak borak. Cepat pergi!"

"Eleh, jealous cakap!"

Aku pun pergi mandi dan sekembalinya aku semula ke bilik, James sudah ambilkan sekali makanan yang dia belikan untuk aku tadi untuk aku makan sambil bercerita kepada dia.

"So, mohonlah ceritakan apa yang berlaku? Okey, actually aku dah memang agak dia tak straight. Jerlyn also said the same thing before cuma naklah jugak dengar dari mulut kau sendiri kan."

"Why mulut aku and bukan mulut dia?"

"Kau fikir Clarence tu senang-senang nak buka mulut dia tu?! Aku tak tahulah jenis manusia apa liat betul nak bukak mulut."

"Biarlah mulut dia."

"So betullah dia tu...?" Dia membelokkan tangannya mengisyaratkan.

Aku anggukkan sahaja. "You don't hear it from me. And don't ever tell Jerlyn."

"Ya, aku tahu. Habis kau dengan dia going somewhere ke apa?"

"To be honest, tak tahu wey. I mean, memanglah sayang tapi tak naklah rushing apa-apa kan? Bahaya wey benda rushing ni semua."

"Faham."

Senang makan itulah pintu bilik kami diketuk. James pergi membukanya dan Nicholas berdiri di situ dengan senyuman menyeringainya.

"Kenapa korang makan dalam bilik? Aku takde member kat luar ni."

"Laa, ingat kau dah tidur? Kau masak Maggi ke?" James bertanya ramah.

"Ha'ah. Nak masuk can ah?"

"Masuk jelah." Aku memelawa.

Dia pun tanpa segan silu masuk dan duduk di atas lantai bersama aku dan James. Tak ada gaya seorang pramugara langsung member seorang ni.

"Wey macam sedap je daging bakar ni. Nak satu!" James sudah mula hendak mengambil sekeping daging bakar dalam tupperware yang dibawa oleh Nicholas.

"Woi, ni babilah. Takkan kau nak makan babi kut?!" Nicholas menepuk tangan James.

"Lah! Benda haram kenapa nak bawak masuk bilik kitorang?!"

"Aku bawak masak pun ada aku paksa kau telan benda ni. Sedap pe Roasted Pork makan dengan Maggi. Rugi korang tak dapat makan babi."

Yang aku tahu, daging babi rasanya macam daging itik combine dengan daging ayam dan rasanya juicy a bit. Ke manis sikit. Entahlah, walaupun perangai aku sepertinya tapi tak pernahlah lagi nak makan haiwan berhidung aneh itu. Maybe non-muslim readers here can tell?

"Kau takde flight ke tadi?"

"Reschedule. Entahlah lately ni airlines aku banyak tukar rostering seh. Sumpah serabut gila. Tapi as long as tak kacau off day aku okey je."

Aku dan James mengangguk.

"Korang bila off day? Jomlah bila-bila lepak mana-mana. Aku ni mana ada kawan sangat kat sini. Member-member aku semua kat Penang dengan Jakarta je."

"Kau ada pakwe kau kan?" James menambah.

"Masalahnya pakwe aku tu FA jugak. Time dia takde, mengejung jelah aku. Nak balik Penang pun tak sempat wey. Cuma parents aku memang kerap turun KLlah so adalah jumpa jugak family aku."

"Oh, aku tak tahu pulak pakwe kau tu FA jugak?" James menambah lagi.

Nicholas mengangguk sahaja. "Dia senior aku. Kitorang kenal pun sebab dia senior aku and on a rare occasion, kitorang dapat layover sekali dua kali kut. So mula kat situlah slow-slow budding the feelings tu."

"Ramai jugak FA tak straight eh?" Aku bertanya rhetorically.

"Pakwe aku bi. Dia ada je girlfriend sebelum dengan aku dulu. Dekat 8 tahun jugaklah but then, I think he've had enough kut dengan amoi tu so dia tinggal just for me. And aku pulak, easy said that in this world we are living, we have to do everything to stand out."

"Langsung takde sign of remorse eh kau?" James menyindir dalam gurau.

"I mean, he made his choice. Aku cuma trigger the button je."

Aku mengangguk. Mungkin ini apa yang dimaksudkan oleh Clarence dulu. How easy for us to move on from one love to another love.

Aku tak tahu how hurt Clarence has been feeling tapi aku tahu apa yang dirasakan olehnya mesti sama dengan apa yang ex-girlfriend boyfriend Nicholas.

Cinta. Bagi aku ianya boleh menjadi satu perkara yang sangat kejam. Dan cinta juga tidak pada semua orang adil dan kejamnya.

"Senyap je kau, Qasy?" James menguis lutut aku. Nicholas menyuap lagi babi bakar ke dalam mulutnya.

"Oh takde apalah. Just terberangan sekejap."

"Beranganlah. Benda free kan?" Nicholas menambah lagi. "Cuma macam aku cakap, kalau kita nak something, even kalau kena kejam sikit pun, go for it. Be selfish a bit."

Tapi, ikhlaskah rasa sayang itu kalau kita melukakan orang lain hanya untuk membuktikan rasa kita sendiri? Something to ponder about, right?
-------------

Sorry late update! Busy kerja yalls! Stay tuned ya yalls!

30,000 FeetWhere stories live. Discover now