Bab 25

458 27 5
                                    

"Kau percaya ke dia?" James bertanya dengan muka penuh judging.

"Well, kita tak kenal Nicholas the way Abang Wira kenal dia kan?"

"Okey, aku tahu tu tapi Catherine..."

"Okay, Catherine is an ex. Of course dia ada version dia sendiri."

"Kau ni dah angau sebenarnya ni."

Aku tak nafikan yang jawapannya adalah ya. Aku rasa aku mabuk cinta betul dengan Abang Wira.

"So Clarence gor gor kau nak campak mana?"

Itu satu hal lagi. Sepertimana soalan itu, aku tak tahu nak campak mana Clarence tu.

Sehinggalah semasa dia datang ke outlet tengahari itu.

"Ada stok baru masuk tak hari ni, James?" Dia bertanya pada James yang ketika itu di sebelah aku.

"Stok paper bag jelah. Katanya lagi sejam sampai."

Dia mengangguk sahaja. Kemudian dia pandang aku sebelum tersenyum nipis.

Seperti biasa, jarang sangat Clarence akan duduk kat depan layan customer. Biasanya dia akan duduk dalam bilik pejabat dan buat kerja-kerja computer semua. Tapi hari ni macam langsung tak keluar.

Aku pun apa lagi. Of courselah aku kacau dia dalam bilik dia tu.

"Hai Gor Gor!" Aku menyapanya di muka pintu.

Dia berpaling sebelum mendepakan tangannya memanggilku pergi kepadanya. Aku tutup pintu sebelum pergi ke rangkulannya.

"Busy ke?" Dia bertanya seraya tangannya dikemaskan ke pinggangku.

"Tak sangat. Weekdays kan."

Dia mengangguk sahaja. "I'm doing you guys punya scheduling. By the way esok you dengan James pergi jaga outlet IOI Putrajaya eh. Sana tak cukup orang."

"Laaa, habis you tak ada?"

"Alah, takde hallah. Lagipun James kena jadi replacement acting manager jugak kat sana. Outlet sana teruklah. Manager pun sampai resign."

"Kenapa?"

"Bu zhi dao."

Aku angguk sahaja. "Nak meal break sekali tak?"

Dia agak hesitant ketika aku bertanya soalan itu. "Hmm, tak kut."

"Laaa asal?"

"Hmm I have to go somewhere else, actually."

"Oh, and I'm not coming."

Dia senyum sahaja. "You kerjalah. Takpe. Nanti I come back."

So masa lunch hari itu, aku makan dengan James sajalah di food court. Jarang kami dapat shift sama so masa beginilah memang hargai a bit.

"Apapun, aku tak percaya Abang Wira kau tu."

"Because of apa yang Catherine cerita kat kau tu je?"

"I mean, benda boleh jadi kut. Look, he left Catherine for Nicholas and now dia nak tinggal Nicholas untuk kau. Kau tak rasa benda ni tak make any sense ke?"

Aku tak mahu bagi statement yang akan menunjukkan aku merendahkan Catherine. James loves her and aku respect position dia as soon-to-be Catherine's boyfriend.

"Tapi, yelah. Mana tahu dia boleh berubah kan?"

Aku menganggukkan sahaja.

Selepas habis makan, kami terus kembali ke outlet. Ketika itu, Clarence sedang berdiri di kaunter dengan seorang lelaki yang aku sangat kenal. No, bukan Abang Wira tapi muka dorang iras gila dan dia ni famous gila babi!

"Warna Asyari eh?" James menegur dulu.

"Ya, saya."

Clarence memandang kami bertiga dengan endah tak endah. Dia siap jeling lagi kat Warna Asyari tu.

"Abang buat apa kat sini?" James berbasa-basi.

"Oh, baru balik shooting kat Kuching. Saja drop by sini nak beli purse baru." Kemudian dia terpandangkan aku. Dia memberikan senyuman sekilas. "So, Zii Jia, berapa tadi total?"

"RM1250. Card ke QR?" Clarence masih melayan acuh tak acuh.

"Card jelah." Aku nampak kemudian pelakon ini memandang Clarence dengan mata yang redup. "Zii Jia..."

"Why you still call me with that name?" Clarence nampak sedikit tense. Tapi itu hanya membuatkan Warna ketawa kecil sahaja.

"Aku tahu muka aku dengan Wira tu sama tapi takkanlah dekat muka aku ni pun kau rasa nak ludah."

Clarence diam sahaja.

"In case this soothes you, I am again sorry for Wira atas apa yang dia buat to Catherine. And yeah, I still love Catherine, Zii Jia."

Mata James membeliak a bit sebelum menarik aku ke tepi sedikit menjauh dari mereka. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.

"So, no wonderlah Cate pernah cerita dengan aku yang dia reject someone else for Abang Wira kau tu dulu."

"Maksud kau, Warna Asyari?"

James mengangguk.

"Kenapa Catherine reject dia?"

"Tak salah sebab lambat kut. Also sebab kan Warna tu memang dah famous dari kecil jadi Cate tak suka sangat all the publicitylah. But she did mention that she would've choose Warna. Tak nafikan Wira is charming also."

To be honest, it's not entirely Abang Wira's fault. Catherine tu yang salah pilih awalnya kan?

Qasy, memang bila tengah in love tiba-tiba jadi bodoh eh?

Habis time lunch aku, aku nampak Clarence keluar dari outlet dengan membawa sebuah beg kertas seperti biasa. Dia nampak sedikit rushing tak seperti selalu. Dia juga membuka blazernya dan adalah agak jarang untuk dia buka blazernya kalau itu adalah hanya untuk sementara.

"Lukong kau nampak macam bad mood je hari ni. Kenapa dia tu?" James bertanya.

"Entah."

"Kau tak rasa kau nak pergi follow dia ke?"

Ya, aku decide untuk follow juga dia pada ketika itu. James kata kalau setakat untuk beberapa minit, dia okey saja kalau nak tolong coverkan. Lagipun weekdays tak busy sangat. Senang je kalau nak cover.

Aku perasan Clarence mula berjalan ke arah ruang tinjau KLIA ketika itu. Aku mulai curiga.

Apa yang aku lihat kemudiannya cukup untuk membuatkan aku untuk menelefon Abang Wira dan mengajaknya untuk makan malam sekiranya dia free dan available. Setidak-tidaknya, Abang Wira tak pernah menipu dengan aku lagi setakat ini.

Aku memang terlalu mudah percayakan orang sangat ke apa sekarang ni eh? Like aku cuba untuk faham dia kut? Bukan main sweet-sweet dengan aku lepas tu pergi makan dengan orang lain pulak. Siap gelak-gelak lagi pulak tu.

Sial!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

30,000 FeetWhere stories live. Discover now