Bab 10

346 50 9
                                    

Off day!

Tapi hari itu pun aku takde plan apa sangat pun melainkan lepak dalam bilik.

James balik dalam pukul 9 macam tu. Dia tidur lepas tu dalam pukul 12 macam tu dia bangun balik dan muka dia dah macam babi. Like legit!

"Cantik sangat ke awek tu?"

"Boleh tak boleh golah. Nak kata cantik sangat tu, taklah macam kakak si Clarence tu."

Clarence. That name. That godly name.

"Kau masuk kerja pukul empat kan kejap lagi?" Aku cuba menukar topik.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Saja tanya. And esok kau pagi."

"Benar itu! Rabak babi!"

Aku ketawa sahaja. Mujurlah esok pun aku petang lagi dan lusa itu tengahari.

Semasa James sedang mandi, aku bermain handphone. Beginilah hidup single anak-anak. Time offday pun sendu je rasa.

Baru hendak take a nap, aku menerima mesej. Okay, anak Uncle Chen tu.

Clarence Manager
Hi
Hm
Sorry for last night

Qasy Id
Oh
Takpe
I mean
Err, takde apalah

Clarence Manager
Where are you?

Qasy Id
Rumah

Clarence Manager
James evening shift right?

Qasy Id
Ha'ah

Clarence Manager
What's ha'ah?

Qasy Id
Yes

Clarence Manager
Can I see you?
I'll come to your house

Qasy Id
When?

Clarence Manager
I go now

Dan ya, aku Uqasyah Idraki jadi aku okeykan saja. Jadi aku mengharapkan James cepat-cepat berambus pergi kerja supaya boleh aku bersiap tanpa perlu dijudging.

Dalam 10 minit lepas James gerak, aku dapat call dari Clarence.

"Almost there."

Aku pun cepat sikat rambut dan kemudiannya turun ke bawah. Ketika itu, aku terserempak dengan Nicholas.

"Eh, bukan kau flight pagi ke?"

"Cancelled. So aku nak naik balik tidur ni." Kemudian dia memandang aku atas bawah. "Bukan main lawa nak pergi mana?"

"Oh, ma... I mean member aku ajak keluar."

"Bukan James kerja petang ke?"

"Habis takdenya dia seorang je member aku." Aku bergurau. "Aku gerak dululah."

"Haa yalah. By the way aku dengan BF aku nak beli groceries malam sikit. Nak apa-apa tak? Nanti text aku eh. Ada nombor aku kan?"

"Ada." Aku mengangguk.

Aku kemudiannya maju ke bawah dan setibanya di bawah, aku nampak Clarence sudah sampai. Dia memakai t-shirt Guess berwarna kelabu dan seluar jeans dan sedang bersandar di tepi kereta menghisap rokok. Melihat aku, dia tersenyum.

Dia mengajakku masuk dan memulakan pemanduannya. Puntung rokok yang sudah habis tadi dibuang ke luar.

"Eat already?"

Aku menggeleng.

"Lambatnya makan?"

"Bangun pun lambat."

30,000 FeetWhere stories live. Discover now