Bab 16

281 42 8
                                    

"Nak makan dulu tak?" Clarence bertanya sebelum dia masuk ke simpang perumahan aku.

"Hmm you lapar ke?"

"A bitlah. Tadi after balik from Pavi outlet, I tak sempat makan pun."

"Then can je singgah makan kejap. I belanjalah."

"Eh, no need. Your gaji pun tak masuk lagi kalau nak belanja I."

"Ala, please..."

Dia senyum sahaja. Kemudian dia meraih tanganku dan diletakkan di pahanya.

"Gor gor, nak tanya."

"Shenme?" Aku tahu itu maksudnya 'apa' dalam Mandarin.

"Tadi I was talking to Jerlyn and she told me something about you?"

"About apa tu?"

"You want to sambung study eh?"

Dia memandang aku sekilas sebelum sebuah senyuman terbit di bibirnya.

"Yes."

"And you never tell me?"

"You never asked."

"What? So now I shouldn't know about you?"

"Aiya this boy huh? So sensitive out of sudden, why ah?"

"Nolah. Just want to know only."

"I'll tell the whole story when I settled everything okay. To the whole outlet pun I will tell jugak."

"Hmm fine."

"Takmaulah merajuk okey? I don't know how to pujuk orang merajuk ley."

"Then learn." Itu sahaja aku membalasnya.

"For you, I will."

"Eleh, boleh percaya ke?"

"Of course you can. Wo hen ai ni, maa."

Aku senyum sahaja mendengarnya.

Dia bawa aku makan sate malam itu. Dia ni sungguhlah Cina bertekakkan Melayu. Semua makanan dia bawa semuanya kedai Melayu. Cumalah ada few times dia bawa aku makan kedai Cina tapi itupun aku yang kembang tekak nak telan semua tu. Bukan racist ya anak-anak.

"So you are leaving soon?" Aku bertanya semasa kami sudah hendak habis makan

"Huge maybe. I mean, if possible I don't want to use my parents' money but then let's be real, I'm broke. All this luxury you see is theirs. My money, for most of it, memang I keep it for studies purpose tapi itulah, still tak cukup maa."

"Then dorang tak offer?"

"Of course they do but at this age, I feel like I want to be a lesser burden to them. Both old already anytime can die lor."

Mendengarkan itu, aku ketawa kecil. Kemudian aku perasan matanya kembali meredup by itself. I don't know. That is like a universal way of Clarence telling the world that he's thinking about something big. His eyes illuminates his own universe.

"Baobei, I want to ask."

"What?"

"Before I go, can I know what's our status?"

"Oh, why? It's not like you are not coming back whatsoever kan?"

"There's the thing called assurance, Qasy. I just want to know only."

"Sure. I'll decide when it's time."

Dia senyum segaris sebelum terus mengangkat punggungnya pergi membayar makanan di kaunter.

Di dalam kereta, komunikasi antara kami berdua hanyalah dia memegang tanganku. Tiada satu pun interaksi lain yang verbal antara kami.

Setibanya di apartment aku, sebelum aku turun, dia meraih tangan aku.

"Don't think too much about what I asked, I just want to feel secured."

"Don't worry."

"It just, I never thought I would fall this hard. This kind of love, I wish I knew you sooner. Before him, at least."

Aku tak nak ingin bertanya lebih-lebih menambahkan suasana yang sememangnya sudah hening itu. Makanya, aku pun cium pipinya sebelum turun dan naik ke rumah aku.

Ketika aku masuk ke ruang tamu, aku nampak James dan Nicholas sedang berbual bukan main rancak lagi. Siap bertepuk tampar lagi. Hai, James! Tukar taste ke?

"Galaknya korang dua malam ni."

"Ni si James tengah happy pakwe dia kasi dia purse baru. Tu yang seronok sangat tu."

"Untunglah ada orang baik hati nak belikan purse. Aku ni bertahun kawan dengan James ni, dapat dosa adalah."

"Eh, lancau!" James membaling bantal kearah aku.

"Wanna see the bag?" Nicholas nampak begitu teruja sekali. "But you look dreadful. Pergi rest jelah."

"I really wanted to see the purse but I'm dying. I go rest dulu jelah."

Masuk ke dalam bilik dan mandi. Sebelum aku terlelap, sempat aku berfikir tentang Abang Wira tadi. Lelaki pertama yang mengambil hati aku. Lelaki pertama yang merasakan lembut bibirku. Lelaki pertama yang timbulnya rasa sayang aku padanya.

Siapalah insan bertuah yang dibelikannya purse tadi? Even Nicholas pun dapat purse dari boyfriendnya juga. Entah-entah Abang Wira tu boyfriend dia tak?

Ah taklah! Abang Wira tu straight. Dia sendiri yang cakap kat aku before landing masa tu. Kata-kata yang membuatkan harapanku punah padanya. Whoever she is, she's lucky to have him. The man of our dreams.

Sebelum aku terlelap, satu mesej masuk ke dalam handphoneku. Aku bukanya dan tersenyum membacanya.

Gor Gor Clarence
Baobei
Dont stress a
Wan an
Wo ai ni
Saya sayang kamu, comel

Aku balas 'wan an' juga kepadanya.

Dan ketika aku hampir terlelap itulah, James masuk dan naik ke atas katil juga. Menyedari yang dia sudah berbaring juga, aku perlahan menyebut.

"I saw him tadi."
____________________

Hahaahhahahahahaha cliffhanger tak? So yeah vote lelaju ya!

30,000 FeetWhere stories live. Discover now