🍁BAB 1

1.2K 73 6
                                    


"Dikala dia harus memilih antara dua cinta itu." 💗

- 23 November 2013 -
(Cuti semester kedua)

Imani sedang sibuk melipat kain yang telah diambilnya dari jemuran di dalam bilik. Pintu bilik dibiarkan terkuak luas. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Laju dia bergerak ke arah meja belajar untuk mengangkat panggilan daripada si pemanggil.

"Waalaikummussalam.

Alhamdulillah, sihat. Aishah sihat? Imani pun rindu sangat dekat Aishah, Imani sihat ja. Nak jumpa? Insya-Allah, boleh ja. Bila ya? Ahad ni? Eh free ja. Aishah belanja? Ok. Waalaikummussalam." Imani kembali meneruskan pekerjaan yang tergendala dek panggilan telefon daripada Aishah, sahabatnya sebentar tadi.

Aishah ialah sahabat kepada Imani sejak mereka berusia 6 tahun lagi. Sudah lama mereka tidak berjumpa setelah Aishah dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur 7 tahun yang lalu setelah mereka habis menduduki peperiksaan SPM dan kali terakhir bersua muka pun sewaktu Aishah dan Imani sama-sama mengambil keputusan SPM mereka di sekolah itupun tidak sempat berbual panjang kerana ibu dan ayah Aishah mempunyai urusan lain untuk diselesaikan.

Mereka berdua hanya sering berhubung atas talian sahaja kerana masing-masing sibuk dengan urusan pengajian.

Tidak mengapa. Biar jauh di mata namun sahabat syurga ini sentiasa berada dekat di hati antara satu sama lain. Tiba-tiba terasa rindu saat bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya di sekolah dahulu. Imani bersekolah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, Perlis dan menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Arau selama setahun. Setelah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi, dia melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM, Pulau Pinang.

Keputusan 9A+ 2A yang diperoleh olehnya memudahkan dia untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi yang diminati dan kini dia telahpun berjaya membawa pulang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelas pertama dari USM, dan masih melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti yang sama.

"Siapa telefon Imani tadi?" Wajah Nurul, ibu Imani tiba-tiba terjengul di muka pintu bilik dengan pertanyaan mengenai gerangan yang berlawan cakap dengan Imani dalam talian sebentar tadi.

"Aishah, umi. Dia ajak Imani keluar. Rindu sangat katanya."

"Allahu akbar! Aishah sahabat rapit Imani yang dulu tu kan? Dia balik dengan sapa? Family dia balik sekali dak? Lama tak dengaq habaq dia dan keluarga. Ajaklah depa sekeluarga mai sini nanti kita makan malam sekali." cadang Nurul. Wajahnya kelihatan berseri-seri mendengar berita tersebut.

"Ya, dia balik dengan keluarga dia tapi papa dia tak balik sekali sebab ada urusan kerja dia habaq. Yalah, nanti Imani ajak."

"Ajak mai sini malam Isnin ni tau, sebab abi pun ada sekali, Kak Adila sekeluarga pun nak mai jugak, meriah sikit rumah nanti."
Imani mengangguk dan melemparkan senyuman kepada ibunya sambil membawa baju-baju yang telah dilipat ke almari untuk disimpan.

*****

"Imani!" Aishah menjerit kegirangan apabila melihat kemunculan sahabat kesayangannya di restoran Aura Steamboat tersebut. Mereka berdua berpelukan erat sebagai tanda melepaskan rindu yang telah lama terbuku di dada.

"Aishah makin chubby la, dulu tak chubby sangat macam ni, tapi takpa la Syed masih sayang lagi kan?" usik Imani kepada Aishah.

"Ish hang ni suka sebut tang perkara yang sensitif tu. Tu perkataan yang paling ana pantang dengar tau."
Aishah pura-pura merajuk. Gadis yang berdarah kacukan Cina itu memang pantang kalau ada yang mempertikaikan bentuk tubuhnya. Sewaktu di sekolah dahulu, kawan-kawan cukup suka mengusik Aishah gemuk dan berisi dan usikan itulah yang selalu menjadi gurauan antara mereka semua kepada Aishah.

Cintai-NyaWhere stories live. Discover now