🍁BAB 12

359 39 2
                                    


"Dikala dia harus memilih antara dua cinta itu." 💗

- 10 April 2014 -
(Westminster City)

Alex membawa Elena bersiar-siar di Hyde Park yang merupakan taman rekreaksi yang terbesar di London,  untuk mengambil udara segar.

James,Armet,Steven dan Parker yang merupakan anak-anak buahnya yang setia dengan Alex itu mengikuti dan memerhatikan mereka dari jauh.

Mereka berdua duduk di satu bangku kayu yang berada di situ sambil memerhatikan tasik buatan yang kelihatan semula jadi dengan tumbuhan-tumbuhan akuatik yang terapung di atas air serta ada air pancut yang besar ditengah-tengahnya.

Di sekitar taman ini dipenuhi dengan bunga-bungaan yang sedang berkembang mekar dengan pelbagai jenis warna. Merah, kuning, ungu, merah hati dan banyak lagi. Apabila musim bunga menjelang pasti kawasan sekeliling taman ini akan berkembang mekar dengan bunga-bungaan yang sudah di tanam oleh penjaga-penjaganya. Begitu subur sekali apabila dilihat.

Sekarang disini ialah musim panas, jadi cuaca lebih baik untuk mereka bersiar-siar di taman ini bagi meluangkan masa bersama-sama. Pada ketika ini, langit agak redup dan matahari tidak begitu terpacak di atas kepala kerana waktu sudahpun menjangkau ke petang.

"Alex..."
"Hurm?"
"Kenapa mereka berempat itu selalu mengikut ke mana saja kita pergi?" Elena melirikkan matanya ke arah anak-anak buah Alex yang berdiri tidak jauh dari tempat duduk mereka sekarang ini.

"Mereka itu bodyguards saya, jadi sebab itulah mereka selalu ikut ke mana saja saya pergi dan sekarang ni mereka juga perlu menjaga awak dan mereka juga bodyguards awak."

"Bodyguard?Perlu ke kita diawasi sebegitu sekali? Kenapa? awak berada dalam bahaya ke?"

Alex menghembuskan nafasnya. Berat. Dia merenung tasik di hadapannya itu. Sulit untuk menerangkan kepada gadis itu. Banyak perkara yang masih lagi Elena belum tahu. Mustahil untuk diceritakan hal sebenar.

"Awak tahu kan saya seorang ahli perniagaan yang terkenal di sini? Persaingan yang begitu sengit dalam dunia perniagaan ini tidak memustahilkan nyawa saya dan orang-orang yang dekat dengan saya dalam keadaan terancam. Lagipun di sini juga banyak penjenayah yang sering melakukan kes penculikan dan memeras ugut untuk meminta wang tebusan daripada orang-orang yang berpengaruh seperti saya sebagai nyawa pertukarannya..."

"...Kes rompakan juga banyak yang berlaku di sini dan kebanyakan mangsa-mangsanya ialah golongan ternama dan berada. Oleh sebab itu, pengawal peribadi ni sangat penting. Sistem kawalan keselamatan di rumah juga hendaklah kuat."

Pada hakikatnya, bahaya yang sebenar ialah musuh-musuh MS-13.
Elena merenung Alex. Bingung.Dia tahu lelaki itu seorang ahli perniagaan tetapi dia tidak tahu pula rupa-rupanya lelaki itu seorang ahli perniagaan yang terkenal. Sememangnya banyak perkara yang dia masih tidak tahu mengenai lelaki itu. Baru beberapa bulan Elena mengenali lelaki itu setelah dia terjaga dari komanya dan dalam jangka masa yang begitu pendek ini memustahilkannya untuk mencerna dan mencari tahu semua perkara mengenai lelaki itu lagipula dirinya sendiri juga belum mengingati semua benda yang telah hilang daripada ingatannya, hanya dengan bantuan daripada lelaki itu dia sekurang-kurangnya mengetahui latar belakang dirinya. Tiba-tiba dia teringin untuk melihat syarikat milik Alex.

"Awak, banyak perkara yang saya belum tahu tentang awak. Syarikat awak pun saya tak pernah pergi lagi. Nanti awak bawa saya ke sana, boleh ke?" Pinta Elena.

"Of couse Elena. I'll bring you there, soon."

Elena mengangguk.

*****

Cintai-NyaWhere stories live. Discover now