🍁BAB 2

383 46 2
                                    


"Dikala dia harus memilih antara dua cinta itu."❤


- 4 Januari 2014 -
(LONDON)

"Solve this matter, right now!" Marah lelaki yang berusia lewat 50-an itu kepada lelaki yang berada di hadapannya. Pandangannya memanah lelaki itu dengan penuh rasa amarah di dada.

"This is bussiness, don't you think how much we're gonna loss? How you handle this project?"

Lelaki yang sedang berada di hadapannya itu hanya diam tanpa memberikan sebarang reaksi.

"Now, I don't care, by hook or by crook, you go there and settle this problem with Mr. Axes, im.me.diate.ly." Perkataan 'immediatedly' yang membawa maksud 'dengan segera' ditekan.

Lelaki itu tidak menjawab walau sepatah kata lalu segera beredar dari ruangan itu. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar, pantas telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar dan nombor seseorang didail.

"Book the ticket to Malaysia on this Monday." arahnya kepada yang mengangkat callnya tersebut.

Talian laju dimatikan tanpa sempat orang di sana membalas. Kaki dengan tenang melangkah pergi ke ruangan bilik pejabatnya dan riak wajah si dia masih sama, dingin dan kosong seumpama tidak ada apa-apa yang terjadi sebentar tadi.

*****

"What's the problem baby, just tell me, maybe I can help you to release your tension?"

Gadis itu terus memujuk sambil meraba-raba dada si dia dengan wajah bujur sirihnya dirapatkan ke sisi wajah lelaki tersebut. Dengan baju bertali halus yang menampakkan sebahagian daripada aset pentingnya dan skirt pendek yang menonjolkan kedua-dua belah paha si wanita yang putih pucat itu, maka adalah mustahil lelaki ini tidak akan tergoda dengan dirinya ditambah lagi liuk-lentok badan miliknya yang begitu mengiurkan.

Lelaki itu hanya diam tanpa suara. Dia tidak mengendahkan gerangan si wanita cantik itu bahkan tidak langsung tergoda dengan tindakannya yang menggairahkan, wain di tangan terus diteguk tanpa mempedulikan suasana hiruk- pikuk di sekitar pusat hiburan ini. Rata-rata lelaki dan wanita di sini semuanya khayal dengan dunia masing-masing.

Ada yang terang-terangan bercumbuan tanpa ada rasa malu. Ada lelaki yang mengulit beberapa wanita yang berpakaian seumpama berbogel. Ada yang menari tanpa ingat dunia.

Peduli apa mereka!
Ajaran agama mereka tidak melarang semua itu. Bersosial? Seks? Minum arak mungkin ditegah tapi bukan HARAM disisi agama mereka. Kalau sesetengah orang Islam pun banyak yang tidak pernah mempedulikan ketegasan agama Islam yang benar-benar melarang dan mengharamkan arak dan zina apatah lagi orang-orang seperti mereka yang lagi jauh daripada Islam.

Si pelacur masih tidak berputus asa dan terus-terusan cuba memancing tumpuan lelaki itu kepada dirinya.

"Leave me alone?" dingin suara lelaki itu menutur kepada si pelacur yang tidak ubah seperti lintah yang sedang melekat pada dirinya.

Lintah yang tidak akan melepaskan mangsa selagi belum mencapai kepuasan kehendak. Namun si pelacur tetap tidak berganjak dan tidak terkesan dengan arahannya. Tidak semena-mena lelaki itu melemparkan renungan tajam kepada wanita tidak tahu malu itu.

Such a bi**h!
Dia memaki dalam hati.

"Do you want to remove your hand and your body from mine or you want me to 'help' you to do this?" Penuh amaran dia selitkan dalam nada bersahaja dan agak psycho.

Wanita itu kelihatan gentar dengan ugutan tersebut. Perlahan-lahan dia menjauh daripada lelaki itu dan melangkah pergi.
Senyuman sinis terukir dibibir. Dia tidak peduli, apa yang dia mahu cuma mengharapkan wain yang sedang diteguk ini akan membantu diri sendiri untuk melupakan semua masalah yang berserabut dalam kepala.

Itulah satu-satunya cara yang selalu digunakan jika menghadapi masalah walaupun dia tahu arak tidak akan membantu menyelesaikan masalah namun cukuplah untuk membuatkan minda hilang sekejap daripada memikirkan setiap masalah yang membebankan diri dan dia tidak suka diganggu pada saat-saat seperti ini.

Walaupun begitu tempat yang penuh dengan kebisingan ini juga yang dicari dan konon membuatkan dirinya lebih tenang. Meluahkan kepada seseorang? Huh! Dia tidak pernah mempercayai sesiapa pun dalam hidup ini. For him, 'you cannot trust any people in your live except your own self.'

Kehidupan yang mengajar dirinya begitu. Keluarga? Dia benci dengan istilah itu.

*****

Akhirnya kaki berpijak juga di tanah negara asing ini.

"Malaysia." bisiknya perlahan.

"What time is it now, here?" Dia bertanya kepada anak buah yang berdiri di sisi.

"It's 12.00 p.m o'clock, Sir."
"So let's have a lunch first." ujarnya.

Sepanjang 7 hari dia disini, dia mesti menyelesaikan masalah itu dengan segera. Bagi dia tiada masalah yang tidak mampu diselesaikan asalkan ada usaha dan tekad. Mereka bertolak keluar dari KL International Airport tersebut dengan menaiki kereta sewa yang telah ditempah. Setibanya di hotel selepas menjamu selera di restoran Skillet At 163 dia merebahkan tubuh yang keletihan di atas katil yang empuk.

Perjalanan yang jauh membuatkan tubuh berasa sungguh keletihan walaupun dia sudah tidur beberapa jam di atas flight semasa dalam perjalanan ke sini tetapi tidur yang tidak dibaluti ketenangan itu tetap tidak memberikan rehat yang sebetulnya kepada minda.

Tiba-tiba terdetik untuk melihat pemandangan sekeliling di sekitar Kuala Lumpur. Pantas tubuh diangkat dari pembaringan dan kaki mula mengatur langkah menuju ke sliding door yang menghubungkan ruangan tidur dan balkoni bilik. Melangkah sahaja keluar, matanya terus disapa oleh pemandangan budaya kota metropolitan Kuala Lumpur ini.

"Hello Kuala Lumpur, we meet again after 10 years." bisik Alex perlahan, dia ada banyak kenangan di sini, cuma kenangan

Kalau hendak dibandingkan Malaysia dan London sudah tentulah London lebih maju lagi berbanding negara Asia Tenggara ini namun dia tidak kisah akan hal demikian, janji cukuplah sekadar boleh melepaskan sedikit lelah yang membaluti diri dengan berbuat demikian.



Kalau hendak dibandingkan Malaysia dan London sudah tentulah London lebih maju lagi berbanding negara Asia Tenggara ini namun dia tidak kisah akan hal demikian, janji cukuplah sekadar boleh melepaskan sedikit lelah yang membaluti diri dengan berbu...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cintai-NyaWhere stories live. Discover now