🍁BAB 11

312 34 2
                                    


"Dikala dia harus memilih antara dua cinta itu." 💗

- 2 April 2014 -
(Alexander St.John Apartments, Heygate Street)

"Elena…I got to go to work. Come out, I want to see you before I go." Alex mengetuk pintu bilik itu perlahan namun masih tidak dibuka oleh orang di dalam. Laungannya juga tidak bersahut.

"Elena?" Dia memulas tombol pintu bilik tersebut. Berkunci.
Pintu bilik diketuk dengan lebih kuat. Perasaan risau mula bertandang. Semalam dia pulang agak lewat ke rumah kerana menyiapkan banyak pekerjaan di pejabat. Waktu dia pulang, Elena telah pun tidur dan pintu bilik gadis ini berkunci.

"Elena!" Masih sama tiada sahutan.
Alex tidak dapat bersabar lagi. Dia yakin pasti ada sesuatu yang tidak beres berlaku kepada gadis itu.

Lantas Alex masuk ke biliknya dan mengambil kunci spare bilik Elena yang berada di dalam laci kabinet. Pintu bilik dibuka dari luar. Elena tiada di atas katil. Dia bergerak ke bilik air kerana mendengar bunyi air pancutan dari bilik mandi tersebut.
Alex terkejut apabila melihat Elena yang sedang meringkuk dalam kesejukan. Elena seperti sedang menahan kesakitan apabila gadis itu memegang kejap perutnya. Mukanya kelihatan amat pucat.

Paip shower itu ditutup dan pantas tangannya menyentuh wajah Elena.

"Hibiscus, are you alright?" Alex menepuk-nepuk perlahan wajah Elena. Rambut Elena dan seluruh baju gadis itu telah basah lencun sehingga menampakkan pakaian dalamnya. Rambut Elena yang basah, menutupi wajahnya itu dikuis ketepi oleh Alex. Dia ingin mengangkat Elena.

"A..awak, biar..."
Alex terkejut apabila mendengar suara Elena yang terketar-ketar dan tidak jelas itu.

"Yes hibiscus, what happened to you? Biar saya angkat awak masuk ke dalam dulu."
Elena menolak badan lelaki itu. Lemah.

"Sa-saya pe...pe...riod pain. Tolong be-beli tuala...wanita. Sa-saya tak.. boleh ke-luar dari sini."
Alex tercengang.

Macam mana la dia boleh lupa akan keperluan Elena yang satu itu.
Dia mengangkat Elena dan meletakkan gadis itu di atas sofa yang berada di ruangan santai bilik. Seluar Elena yang berwarna kelabu itu seperti ada tompokan darah pada bahagian belakangnya. Sebagai lelaki dia agak kekok tetapi dia tetap perlu cekap menangani situasi ini.
Alex mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar dan ibu jari pantas mendail nombor Personal Assistantnya..

"Hello, Claudia..."

*****

Claudia menekan loceng pintu rumah tersebut. Tidak lama, pintu itu dibuka dari dalam.

"Come in and follow me." PA Alex yang bernama Claudia itu mengikutinya dengan takut-takut. Jangan main-main dengan lelaki itu.
Bosnya itu bukan calang-calang. Silap-silap boleh dipancung kepalanya jika dia sebenarnya ada buat salah.

Alex yang masih dengan pakaian pejabat yang cuma kot dan tali leher yang telah ditanggalkan dari tubuhnya itu tergesa-gesa membawa Claudia ke bilik Elena.

"Help my wife. She said that she’s in period pain. I don't know how to help her. She wants the sanitary napkins. Do you bring it with you?" beritahu Alex kepada Claudia dengan wajah yang risau. Mungkin Claudia sebagai perempuan lebih memahami dan tahu bagaimana hendak menangani situasi yang dialami Elena kerana mereka sama-sama perempuan.

Cintai-NyaWhere stories live. Discover now