🍁BAB 10

331 41 0
                                    


"Dikala dia harus memilih antara dua cinta itu." 💗

"Sir...good morning!" Ujar Elena setelah melihat Alex terjaga dari tidurnya.

"What time is it now?"
"8.30 a.m."
"Now, wake up..." .
"It's still early. I want to continue my sleep."
"No...No...No...wake up now sir Alex."
“Help me.” Alex menyuakan tangannya kepada Elena.

Teragak-agak Elena menarik tangan Alex untuk bangun dari pembaringan.
Alex mengeraskan badannya.
Elena ketawa.

"Awak ni berat la."
Alex spontan menarik tangan Elena sehingga gadis itu terdorong jatuh ke atas tubuhnya. Mereka saling bertatapan. Mata ke mata. Seulas senyuman terukir di bibir Alex untuk Elena.

"You are so gorgeous today, my hibiscus." Laju dia menolak tubuh lelaki itu, Elena bersuara untuk menyembunyikan kekacauan yang mula bertamu di hati.

"Mestilah, saya kan dah mandi, wangi lagi. Bangun la...kita breakfast. Awak kena ajar saya masak. Saya kena belajar masak supaya saya boleh masak untuk sir setiap hari." Elena mula membebel. Sejak Alex membohongi Elena tentang hubungan mereka, gadis itu lebih percaya dan selesa dengan Alex.

Alex sederhana tersenyum.
Elena terpegun melihat senyuman itu, dia menunduk malu.
"Okay, wait for me. I will take my bath first."

Spontan dengan kata-kata itu, Alex pantas ingin mengucup bibir Elena tetapi gadis itu lebih laju. Dia menutup mulutnya dan segera lari keluar.

"Mandi dulu taw, Sir."

Alex sedikit tersengih apabila melihat perilaku Elena yang sedikit lucu semasa dia mengundurkan badannya semula lalu menjengulkan kepala di pintu untuk berpesan ayat itu.

*****

"Awak nak ajar saya masak apa untuk hari ni?

"Yorkshire pudding, bubble and squeak with poached egg."

Elena mengangguk-angguk mendengar nama menu yang sememangnya agak asing di telinganya itu. Kehilangan sebahagian daripada memori membuatkan dia benar-benar tidak mengingati sebahagian besar pengalaman dan kemahirannya, dia juga tidak tahu sama ada dia pada sebelum ini pandai memasak atau tidak lagipun dia kan hanya kutu rayau manalah mempunyai rumah.

Elena melihat Alex mengeluarkan beberapa biji telur dari peti sejuk, satu tin susu cair dan tepung diambil dalam kabinet serta semangkuk kecil garam diletakkan di atas meja dapur. Dia menyebut satu persatu bahan yang dikeluarkan tersebut agar Elena dapat mengenali dan mengingati semua bahan itu dengan lebih baik, sebenarnya ingatan Elena tidaklah seteruk itu, dia masih mampu mengingati semua bahan masakan tersebut lagi.

"Ini bahan-bahan nak masak Yorkshire pudding, awak kena ingat bahan-bahan ni."

Kemudian Alex mengambil pulak beberapa ulas bawang putih, sebotol minyak zaitun, daging, mentega, ubi kentang dan kubis serta beberapa batang lobak merah dalam peti sejuk serta diambilnya lagi beberapa biji telur.

"Yang ini pula bahan-bahan hendak memasak bubble and squeak poached egg ye?"

Alex mengangguk.
Elena mencatatkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kedua-dua menu tersebut dalam buku nota yang dipegang sejak tadi.

"Ok, come. I will teach you how to cook and serve these dishes."

Elena meletakkan buku notanya di atas meja yang diduduki lalu pantas bergerak menghampiri Alex di bahagian memasak.

Alex mengambil sebiji mangkuk kecil dan pemukul telur di atas kabinet dapur.

Elena hanya memerhatikan sahaja tingkah Alex yang kemudiannya mengambil beberapa biji telur itu dan memukulnya ke dalam mangkuk. Susu yang telah disediakan dicampurkan sekali ke dalam mangkuk telur yang sama.

Cintai-NyaWhere stories live. Discover now