Aku tak sangka perjumpaan Aku bersama aqil sebulan Yang lalu telah berulang kembali pada Hari ini .
Namun , permulaan perjumpaannya lain sedikit . Dihadiri oleh seorang atuk Yang peramah lagi comel Dan seorang anak kecil Yang sangat baik hati Dan bijaksana .
Aku terfikir sejenak , aqil ini anak sulung rasanya . Sebab Aku terdengar perbualan mereka ketika mula mula berjumpa tadi .
'Along.. along... '
Bila Aku tengok Muka aqil .
Aku teringat abang Aku .
Muka hampir Iras tetapi abang Aku lagi hensem . Dia hesmes jer . Tak boleh lawan dengan abang Aku . Tapi , perangai mereka Sama . Pendiam . Tapi mulut lazzer kalah cicak mubing . Setiap Kali dia cakap , dengan Aku Aku tersentap .
Okayppp...
Bukanlah seorang Yang peramah .
Namun , Di sudut jauh perangainya . Aqil ini adalah seorang anak Yang bertanggungjawab taat perintah tuhan , ibubapa Dan agamanya . Alhamdulillah .
Apabila azan asar sudah berkumandang , Kami bergegas kemas untuk pulang ke kediaman masing masing .
Yelah kan , asrama Aku kena masuk sebelum pukul 6 kalau kebiasaanya . Nasib baik , waktu ini adalah waktu cuti Hari minggu . Jadi , semua pelajar dibenarkan pulang ke pangkuan masing masing .
Azan di beberapa masjid sudahpun dilaungkan .
Kami bergegas untuk mengemas segala mak nenek peralatan berkelah .
" uhukk " bunyi suara atuk batuk .
Atuk mencelah memecah kesunyian buat b3b3rapa minitnya .
" Jom , Kita ke surau dekat situ . Kita solat berjemaah Sama Sama . Lagipun , dah masuk waktu ni . " Ujar atok ITU Yang sudah kelihatan berdiri Dan mula memakai kopiah Di atas ubun ubun kepalanya .
" Haa Jom tok . Biar aqil menjadi imam atok harini . Kan qil dah janji ngan tok Ritu , nak jadi imam atok " sambung aqil sambil berdiri memperhabiskan tugasan mengelap mejanya .
Aku Dan Laila saling berpandangan . Telatah Kami diperhati oleh aqil .
Aku memandang aqil , aqil memandang Aku . Laila memandang Aku Dan aqil memandang Laila .
" Kenapa nih ? Tak nak solat ker ? " Tanya aqil Dalam kehairanan .
Bukan tak nak solat masalahanya . Tapi telekung Aku pun , Aku tak bawak . Laila tak payah cerita lah kalau dah biji Mata kornea membulat pandang Aku .
Nak jujur Kang , malu pulak . Adu qistina umairah . Kau ni , menyusahkan ramai pihak . Actually , Aku memang jenis bawak telekung ke mana mana . Yelah kan , kalau Ada kecemasan macam ini takdalah nak cengang .
Tapi ,
Aku terlupa Yang Aku dah basuh telekung Aku semalam . Aku ingat Ada Dalam kereta . Aduhlah qistina umairah ni .
" Jomlah qil , Mai dengan sape Tu .. atok lupa lah . Jom pergi surau . Solat asar " . Rayuan atok ITU Aku sahut .
Kasihan Laila . Dia Yang perkenalkan diri dia dahulu . Sudah dilupakan oleh atuk Yang separuh abad ITU .
Lalu , Kami berempat jalan kaki menuju ke ruang solat . Seperti biasa , aqil Dan atoknya menuju ke ruang solat Muslimin . Dan Kami berdua ke ruang solat muslimat .
Alhamdulillah , nasib baik surau ini berbekalkan Kain telekung .
Agaknya , kalau takda Kain telekung ni . Kami nak solat guna apalah . Nak harapkan baju t shirt muslimah Kami . Memanglah boleh . Tapi Aku lebih gemar untuk menukarkan Pakaian Aku kepada Yang lebih bersih .
Nak menghadap illahi , mana boleh comot comot , Kotor Kotor .
Kalau Kita nak dating dengan someone Yang Kita sayang . Tak Kan , Kita nak pergi jumpa dia Pakai Kotor Kotor Kan ?
Aqil Dan atuknya kelihatan sudah berdiri Di saf belakang sekali Antara tabir saf perempuan . Dan Kami duduk Di saf depan sekali .
Bagi memudahkan keadaan . Kalau duduk belakang tak dengar Pula atahan suara imam aqil . Jadi Kami pindah Di depan . Takut syarat syarat menjadi makmum tak sah sebab Kami tak dengar bacaan imam . Walaupun dianggap remeh . Namun , perkara ITU sangat wajib Dalam syarat syarat menjadi makmum . Makmum boleh mendengar bacaan imam .
Percancangan ITU Kami sudah aturkan ketika Dalam perjalanan menuju ke surau .
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .
" Allahuakbar " satu suara imam aqil ITU memecah kesunyian ketika sesi menghadap illahi bermula .
Maka , Kami pun solat berjemaah . Memohon selebar lebarnya hajat kepada Allah Dan tak lupa pengakhiran nya seperti biasa . Kami menadah tangan Dan merayu kepada Yang ESA . Agar Kami diberikan hidayah , dimurahkan segala pintu rezeki hingga ke jannah . Aamin ya rabbal alamin .
Setelah usai solat berjemaah di masjid . Kaki mula melangkah keluar ke gedung ilmu ibadah . Segala pintu gedung bagiku . Tanpa pintu rumah ini , mungkin aku tidak dapat mengenali islam dengan dalam dan tawaduk nya .
' slirrpp slirpp ' bunyi seretan kasut laila memecah kesunyian ketika keluar dari perkarangan masjid .
" kau ni , jalan tuh . Eh !! Lelaaa kasut kauu .. ttttaaalllii... " baru sahaja hendak menegur . Tali kasutnya itu aku tenung .
" la petok la bulat " ucap laila sewaktu melihat kasutnya .
" kau dah kenapa lela ? Tak kan tak perasan kasut tu .. " baru aku hendak menghabiskan ayat . Laila menyambung .
" akkuuu... inggatkan .. dah pasang betul betul " jelas laila dalam terbuntang banting membetulkan tali kasutnya .
Kedengaran tapak kaki entah siapa yang mengahala ke arah kami .
Aku memandang ke belakang untuk melihat siapa empunya suara tapak .
Ternyata , ia adalah atuk dan aqil . Aqil sedang memimpin tangan atuknya itu . Muka atuk yang sangat bersih dan putih itu senyum tatkala melihatku .
Atuk mengangkat tangan ke arahku .
" assLamualaikum . Mai .. atuk pergi dulu deh ' mekasih banyok banyok sebab ajak gi jalang jalang pusing pata .. makang lagi .. " sapa atuk itu ke arah kami .
Lebih formal ke arah aku . Sebab laila sedang bergelut bersama kasut tercintanya dari tadi . Hanya aku sahaja yang berhadapan dengan atuk dan aqil .
" waalaikumussalam atuk . Takpelah atuk , terima kasih jugak sebab sudi menemani kami makan dan rehlah bersama sama . Jarang jumpa atuk yang sporting macam atuk . Semoga atuk diberi kesihatan dan umur yang bermanfaat hingga ke hayat " doa panjang lebarku sebagai balas jasa budi atuk .
" aaamingg .. noh ambiklah mai .. wak lanje makang minung " atuk itu menghulurkan sekeping not RM 50.00 kepada aku .
" ehh ya allah , tak apelah atuk . Susahkan atuk je .. takpe takpe .. kami pun dah lama tak makan dekat tepi pantai ni " aku menolak dengan penuh tatatertib sekeping not itu .
" takpelah mai , ambik jelah .. rezeki allah ta' ala untuk korang " sampuk ringkas aqil yang berdiri teguh di sebelah atuknya .
Okay mai . Kau tersentap ke ? Lain kali lah heh ..
Nak ambik ke tak ?
Tak yah lah .. sian atuk ,Tapi.. aqil cakap ..
" nah ambiklah .. takpe atuk ikhlas .. semoga kalian cemerlang dunia akhirat " sampuk atuk pula .
Kesian pulak aku tengok atuk ini . Lalu , not RM 50.00 itu aku capai dari tangannya . Dan seraya mengucapkan terima kasih .
Maka perjumpaan yang sangat aku pun tak sangka . Allah hadirkan insan istimewa itu pada hari ini . Berakhirlah dengan lafaz .
' assalamualaikum '
' waalaikumussalam '

YOU ARE READING
THE SECOND JOURNEY
FanfictionBismillahirahmanirrahim .. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Ini adalah sebuah kisah tentang sahabat karib . * sambungan dari FIRST JOURNEY * Watak ? Still same , its Qistina Umairah with someone . Who is she @ he ? She...