Dengan lafaz bismillah , aku melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan buat kali kedua dalam peperiksaan .
Hari ini hari pertama dalam peperiksaan . Semoga semuanya tenang di tangan illahi . Dipermudahkan segalanya .
Kedudukanku telahpun disusun sehari sebelum tarikh peperiksaan . Kami disusun dalam keadaan berjarak satu meter bagi mengelakkan penipuan berlaku semasa peperiksaan dijalankan . Laila disusun jarak antara satu meter di sebelah kananku . Najwa satu meter di sebelah kiriku dan yang lain juga turut sama .
Jam 7.30 pagi
" bangun kelas ! Assalamualaikum cikgu siti " laung ketua kelas 4 Alien itu .
Semua hadirin terus bangun dan memberi salam kepada cikgu . Muka mereka kelihatan separa pucat , gembira , sedih dan ada yang tiada perasaan . Semua berdebar dengan sebungkus plastik yang terkandung 25 keping kertas peperiksaan . Subjek pertama kami adalah bahasa melayu kertas 1 .
" baiklah semua boleh duduk . Pastikan semua buku , nota atau sebarang kertas TIADA DI ATAS MEJA . Keluarkan alat tulis kamu dan letakkan di atas meja . Seperti biasa , beg sekolah kamu . SILA LETAK DI MEJA BELAKANG DALAM KEADAAN TERSUSUN " . Arah cikgu matematik itu selaku pengawas peperiksaan itu kepada kami . Sengaja dia menekankan perkataan caps lock itu kepada kami agar kami cakna tentang peraturan peperiksaan sepatutnya .
" weyyy kau ready dah ke ? Aku takut lah . Camne nih "
" aku pun sama douh.. ya allah "
" bahtera , kapal layar ... erm apa lagi ee .. aaa stress aku " * sdg hfal teks .
" lek bro .. kau tere dah . "
" ya allah , aku berlindung dari... "
Sempat aku mendengar semua celoteh Semua murid ketika menghantar dan meletakkan beg . Ada yang mengambil kesempatan untuk tolong menyusun bersama beg itu dengan alasan mahu melihat dan membelek nota bahasa melayu .
" dah ! Dah ! Kamu tak payah berserengkol macam ikan lah dekat situ . Masuk tempat masing masing . Kalau lambat kamu start , kamu tetap akan ditamatkan pada waktu yang tepat . " laung jauh cikgu itu kepada beberapa orang pelajar yang masih berada di situ .
Aku mula menilik jam tanganku . Tepat jam 7.40 .
Aku mendengus lalu berbisik pada hati . " Aih . Kau orang sudah tere subjek ini tidak apalah , aku nih . Habis 10 minit aku . "
Aku menoleh ke laila di sebelahku . Kelihatan dia tenang sambil membaca beberapa doa sebelum memulakan peperiksaan . Zuhud budaknya . Aku ketawa kecil .
" baiklah , dengan lafaz bismillahirahmanirrahim . Kamu boleh buka dan semak kertas peperiksaan . Terdapat tiga bahagian . Bahagian A , B dan C . Bahagian A soalan objektif 20 markah , bahagian B soalan subjektif 30 markah dan bahagian C soalan struktur 50 markah . Jika ada sebarang ralat atau tidak lengkap dengan soalan atau tulisan kabur . Kamu boleh angkat tangan dan meminta kertas ganti . " jelas cikgu itu .
" faham ? " tanya cikgu itu .
" faham cikgu " semua murid menjawab dengan bersemangat .
" ada apa apa soalan ? " tanya cikgu itu pula .
Seisi kelas membisu tanda faham . Mereka hanya mengangguk tanda isyarat .
" baiklah kalau kamu tiada apa apa soalan . Kamu boleh mula menjawab sekarang . Baca doa dan semoga berjaya ! . " ucap cikgu itu dengan seguris senyuman .
Semua murid serentak mula membuka dan membelek kertas soalan . Pen digerak gerak tanda menulis .
1.30 petang , kelas 4 Alien

YOU ARE READING
THE SECOND JOURNEY
FanficBismillahirahmanirrahim .. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Ini adalah sebuah kisah tentang sahabat karib . * sambungan dari FIRST JOURNEY * Watak ? Still same , its Qistina Umairah with someone . Who is she @ he ? She...