Pintu bilik rawatan dibuka dengan perlahan .
' kriukkkkk ' bunyi pintu yang sudah usang itu .
" auzubillah himinash shaiton nir rajim " istiazah dibaca oleh luqman sebagai pendinding pagar .
Kelihatan luqman , azim , amir , qaisara , hidayah dan juga laila sudah berdiri tegak di hadapan muka pintu masuk .
" wey , siapa nak masuk dulu ? " tanya azim .
" aku tak tahulah " balas hidayah dengan suara yang berbisik .
" okay camni . Kita main osom jelah " kata luqman .
" benda kau main osom macam budak kecil . Suruh jelah ketua yang masuk dulu " sampuk qaisara pula .
" aku pulak adah " jawab azim .
" korang ni kalau sehari tak bergaduh tak boleh ke ? " tanya luqman memerhati gelagat mereka berdua .
" kau ketua kan zim . Kau lah masuk dulu . Ketua kena jadi pemimpin . Nak pimpin perhimpunan laju sangat . Bila kes macam ni . Penakut " sinis hidayah .
" haa yelah . Semua salah aku " balas azim pula .
Lalu kaki azim menapak di lantai simen yang tidak bermozek itu .
" assalamualaikum " salam diberi oleh azim . Mana tahu ada orang , boleh menyahut .
Kaki mulai dilangkah satu persatu . Laila berada di belakang sekali .
" maii , mana kau ? " tanya laila mencelah kesunyian . Diperginya di setiap sudut kecuali sudut di belakang sekali .
Sudut di belakang itu teduh dan sejuk . Ada katil , kipas dan meja . Pun begitu , masih ramai yang tidak berani duduk di situ kerana kawasannya terlampau sunyi dan seram .
" kau , kau , dan kau . Pergi cari budak tu dekat belah sana " arah azim sambil menunjuk jari ke arah amir , qaisara dan laila .
" apa masalah kau . Dia ada nama kan . Panggil lah nama dia . Penat mak ayah dia bagi . " bentak qaisara lalu menjeling ke arah azim .
" kau orang ni kan . Memang tak menafikan suatu hari nanti boleh kahwin " sampuk amir pula .
" tak kuasa aku nak ke dia ! " marah serentak azim dan qaisara . Lalu mereka beredar dan sambung mencari umairah yang hilang .
Bilik itu sangat besar , ibarat empat dorm digabungkan . Bukan setakat besar . Tetapi dipenuhi barang .
" apa function lah dia pergi buat bilik besar kedabak ni . Bukan ada penghuni pun " hidayah memecah kesunyian .
" tulah dayah . Aku pun pelik . Kalau orang sakit pun , paling kurang dua katil ni sahaja yang guna . Itupun kalau ada pelajar sakit " kata qaisara sambil menunjukkan jarinya ke arah dua katil paling hadapan yang berdekatannya .
" kau tau takk ? " sampuk luqman dengan suara yang berbisik .
" tau apa ? " tanya amir pula .
" jenis lah orang cakap putus putus " azim mencelah .
" macam ni .. dahulu .. " sambung luqman separuh ayat . Semua orang kusyuk mahu mendengar cerita misteri itu kecuali laila yang masih lagi mencari kelibat mai .
" akaakkkkk ! Oooo akakkk ! Addaa darah ! " laung lantang laila memecah perbincangan cerita itu .
Raut wajah laila yang sudah pucat lesi diberi sebotol air minerel untuk menambahkan kehadiran oksigen dalam badan .
" darah dari mana ni ? " tanya qaisara sambil memerhati kesan tompokan darah itu .
" cuppp cupp . Nii " tunjuk hidayah akan kesan jejak tompok itu .
" aaakku ggelii tengokk darrah .. eiii " kata azim lalu membuat muka geli .
" kau ni tak gentle lah . Darah pun geli " sinis luqman .
Qaisara dan hidayah awal awal lagi menjejak kesan tompokan darah itu sehinggalah .
" astaghfirullah hal azimmm .. mai ! " jerit qaisara .
Laila yang masih lemah longlai terus bangun menuju ke arah mai .
" maii . Kau dah kenapa ?! Apa dah jadi mai ? Darah daraah semua ni ?! " tanya laila dengan penuh semangat .
Tempurung kepala mai yang dibalut masih berdarah . Mai yang kurus kering lagi tidak bermaya terus pengsan di situ .
" maiiii " semua menjerit memanggil mai . Namun tiada sebarang respon .
Mai dikejarkan ke hospital bersama pengiring iaitu qaisara selaku ketua kapten aspuri . Apa apa kejadian , pasti di atas pengetahuannya . Laila , cikgu menyarankan agar diberi rehat sehari . Esok tidak perlu ke sekolah .
" alhamdulillah . Akhirnya misi mencari budak hilang pun dah selamat " luqman menghela nafas panjang .
Kelihatan semua pelajar mula mengantuk . Sudahlah semua ada peperiksaan esok . Masa mengulangkaji pelajaran untuk subjek seterusnya pun terpaksa digadai .
Mikrofon dicapai .
" okay . Semua dah boleh balik ke dorm masing masing " arah azim kepada semua pelajar dengan menggunakan mikrofon .
' buaaa ' amir menguap akibat mengantuk .
" kau . Penat cikgu ajar , mak ayah kau hantar pergi sekolah suruh timba ilmu adab adab nak menguap macam mana ? Ini kau praktikkan ? " nasihat ustaz luqman kepada azim .
" holah holah . Ustaz pun lah . Ustaz tak ngantuk lagi ke ? " tanya amir pula .
" cakap sikit ustaz . Cakap sikit ustaz . Okay lagi aku ustaz pada kau mak nenek syaitan ni rrajim masuk dalam mulut . " sinis luqman pula .
" weyy , dah pukul berapa ni ? " tanya hidayah . Ternyata dia sorang sahaja perempuan yang berada di atas pentas astaka itu . Qaisara sudahpun ke hospital bersama umairah . Laila pula awal awal lagi sudah masuk dorm mahu tidur . Kepenatannya masih belum reda .
Luqman mula menilik jam besar tangannya .
" pukul 3.50 dah " jawab luqman
" haaa ?! Kau biar betul ? " tanya serentak azim , hidayah dan amir .
" yelah . Tak akan aku nak tipu pulak . Nah tengok ni " jawab luqman lalu menunjukkan muka jam . Ternyata tepat hampir pukul empat .
" dah lah . Aku naik dorm dulu lah ye " sampuk hidayah pula .
" eh awalnya , tunggu lah " celah amir pula .
" awal apa hal nya . Lewat dah ni . Molek lah tu dayah . Kau pergi balik dulu . Perempuan tak elok lama lama kat luar tengah malam macam ni . Mata kau pun cukup makan je nak hidup " ujar azim lagi .
Lalu hidayah terus mengangguk dan beredar dari situ .
Mereka bertiga juga turut balik ke dorm masing masing .
" aku rasa aku failed math esok " celah amir tiba tiba .
" dah kenapa pulak kau nii . Eii " kata azim .
Rambutnya seperti biasa , dirakus kuat ke belakang .
" yelah , dah aku tak study lagi nih " balas amir pula .
" wey korang , alang alang dah pukul empat pagi ni . Jom tahajjud sama sama " cadang luqman dengan matanya membulat .
" aduu .. ustaz , ustaz . Aku kalau ngantuk memang tak khusyuk lah solat . Biar satu rakaat pun . " sampuk azim dengan matanya yang terpejam . Lalu azim baring di atas katilnya .
" kau mir ? " tanya luqman . Luqman memalingkan mukanya ke belakang namun hampaan . Amir sudah pun lena terbaring .
" takpelah . Mata aku pun battery low . Selamat tinggal dunia . " ujar luqman dengan perlahan .
Lalu mereka tidur dengan nyenyak .
YOU ARE READING
THE SECOND JOURNEY
FanfictionBismillahirahmanirrahim .. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Ini adalah sebuah kisah tentang sahabat karib . * sambungan dari FIRST JOURNEY * Watak ? Still same , its Qistina Umairah with someone . Who is she @ he ? She...