13

5 1 0
                                    

1 jam kemudian...

Satu jam berlalu dengan pantas . Namun , sayang sama sekali kelibat qistina umairah masih belum kelihatan . Kini , semua pelajar aspuri sedang mencari umairah . Dikhabarkan kejutan yang sangat mengecewakan di sebalik kejadian . Warden asrama turut turun padang untuk mencari umairah .

" baik . Cikgu nak kamu suruh adik adik kamu yang lain . Berkumpulan di dataran astaka sekarang ! " arah ketua warden dengan suara yang lantang kepada qaisara . Yang merupakan senior atasan merangkap ketua kapten aspuri sekolah .

" baik cikgu . " balas kak sara .

Bilik mesyuarat asrama dibuka untuk mengambil alat pembesar suara . Kemudian alat itu dibawa bersama pen dan buku ke ruangan astaka asrama .

Seperti biasa , apabila berlaku kes kecemasan seperti hilang kawalan pelajar , aktiviti rehlah , rawcall , sesi taklimat atau ruqyah jika berlaku gangguan . Pasti alat ini menjadi saksi utama .

Qaisara dan Hidayah berada di atas bangku panjang astaka asrama .

Hidayah mula memasang punca kabel wayar alatan itu di plak yang berdekatan dan qaisara pula bersedia bersama teksnya untuk memberi arahan .

" test , test .. " percubaan dua tiga kali dicuba bagi memastikan mikrofon berada dalam keadaan bersedia .

" dayah , okay dah kan suara aku ? " tanya qaisara .

" haah , okay dah tu . Kau inform jelah cepat . Kang warden bising " arah hidayah yang berada statik di sebelahnya sambil memegang wayar mikrofon .

" bismillahirrahmanirrahim . Maaf mengganggu . Di sini terdapat satu pengumuman . Pengumuman ini ditujukan pada warga aspuri sahaja . Anda diminta bergerak ke dewan astaka dengan kadar segera . Saya ulangi . Anda diminta bergerak dan berkumpul di dewan astaka sekarang juga . Terima kasih . " laungan yang lantang qaisara ajukan meraungi seluruh kawasan asrama termasuk asrama aspura .

" akak , ada rowcall ker ? " tanya salah seorang pelajar lelaki yang sedang menjenguk di astaka .

" untuk perempuan je ni . Aspura takde rowcall lagi setakat ni " balas kak sara pula .

Lelaki itu hanya mengangguk tanda faham lalu beredar dari situ .

Apabila semua pelajar perempuan sudah berkumpul mengikut dorm masing masing . Qaisara selaku ketua kapten mengambil tempat .

" dayah , cer kau tengok cikgu umi tak datang lagi kan ? " tanya qaisara kepada hidayah .

Hidayah menjenguk kepalanya di jandela . Tiada langsung kelibat wanita itu . Lalu ia menggeleng tanda tidak .

" okay assalamualaikum wrbt semua " salam dimulakan oleh qaisara .

" waalaikumussalam " ada yang jawab penuh . Ada yang jawab separuh , ada yang tidak jawab langsung . Husnuzon mungkin mereka jawab dalam hati .

" berdiri sekarang ketua dorm ! " arah qaisara dengan suara yang lantang .

Semua ketua dorm berdiri statik di hadapan anak buahnya .

" saya nak kamu kira berapa bilangan ahli ahli kamu " arah qaisara lagi .

Hidayah sebagai penolong Kapten aspuri bersedia dengan sebatang pen dan buku untuk mencatat kehadiran . Sepatutnya , tugasan ini diberi kepada setiausaha . Oleh kerana keuzuran . Beliau terpaksa balik dan berehat di rumah . maka , tugas itu diserahkan kepada penolong Kapten .

" dorm maisarah ?  " laung hidayah
" 16 akak "

" dorm fatimah ? "
"16 tolak umairah . Dia.. " ainul mula menutup mulutnya .

THE SECOND JOURNEY  Where stories live. Discover now