4.30 petang , asrama aspuri
" aqilah , nampak tak kak mai ? " tanya laila kepada aqilah . Salah seorang junior kami muda tiga tahun dari kami dan juga satu dorm .
" tak lah kak laila . Kenapa kak laila ? Kak mai ada dekat mana ? " tanya si aqilah pula .
Laila mula berpusing pusing 360 darjah mengelingi aqilah yang kekal statik berdiri tegak .
Tangannya laju menggaru ubun ubun rambutnya . Lalu , rambutnya itu diserabaikan .
" akak risau kak mai awak nilah , dia tu sudah lah sakit , hilang lah pulak " kepala laila dijenguk jenguk ke luar jandela .
" weii , weii kenapa ni heboh . Ada pesta maggie ker ? " tanya alissa yang muda setahun dari kami .
" eh kau nih ! Pesta apa nyah . Kak mai hilang nih . Penat aku pergi cari . Dekat tandas tiada . Dekat dema pun tiada " keluh maryam sahabat kepada alissa .
" haaa takde ? Astaghfirullah . Mana lah budak nih . Dia tu kena makan ubat . Lewat dah ni " laila runsing sambil menilik jam tangannya baby glue yang berwarna merah jambu .
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang . Kelibat mai masih tiada petanda di mana mana .
Semua orang yang berada di dalam dorm sudah berkumpul setempat dan merunsing tentang kelibat mai . Kali terakhir nadira dan amira melihat kelibatnya di tandas pada jam 3 petang untuk membersihkan diri .
" last , irah nampak mai ada dekat tandas tengah mandi " kata nadirah memecah kesunyian .
" pukul berapa irah ? " tanya laila kepadanya .
" tak ingat lah laila . Sebab irah betul betul nak cepat tadi " balasnya pula .
" rasanya pukul 3 tadi " kata amira mengingatkan nadirah .
Seisi dorm kembali sunyi ligat memikirkan jalan penyelesaian mencari mai .
" okay macam ni . Kita bahagikan kepada empat kumpulan " laila memberi idea dan cadangan .
" empat kumpulan kepada ? " tanya amira sambil setia memegang sebatang pennya yang berwarna hitam dan sebuah buku nota kecil hak miliknya .
Apabila hendak kemana mana , pasti nota dan pen berada bersamanya . Inilah tugasnya sebagai pengawas sekolah , pengawas asrama , ahli badar ( badan dakwah dan rohani ) sekolah dan juga setiausaha dorm fatimah . Siapa sahaja tidak mengagumi sikapnya yang tegas dan baik hati . Tidak pernah terlintas pun satu bait carutan keluar dari bibirnya .
" berapa orang dalam dorm ni ? " tanya marissa pula .
Marissa memang pakar dalam matematik . Congak sahaja dalam satu saat . Semua jawapan sudah tertulis . Homeworknya pula sentiasa siap . Tambahan pula , matapelajaran matematik dan pengiraan pasti menjadi menu utama untuk homework nya .
" 16 orang tolak umairah " jawab laju ainul .
Ainul pula memang berkalibal dalam kepimpinan . Jawatannya sudah sebati dengan perwatakannya . Ketua pengawas ajk tingkatan empat sekolah juga merupakan ketua dorm fatimah . Laila penolong ketua dorm . Semua benda dia mengambil cakna . Melibatkan pakaian pelajar , kedatangan dan kedisiplinan pelajar , semua di ambil tahu . Walaupun bergelar jawatan di sekolah , namun di asrama tidak pernah diabaikan .
" so kita nak bahagikan kepada.. " laila yang separuh ayat berkata telah disampuk oleh marissa .
" empat orang dalam satu kumpulan . Kita akan dibentuk dalam empat kumpulan " balas marissa .
" cantik . Setiap daripada ahli kumpulan mewakili setiap kumpulan." Arah laila kepada seisi dorm dengan suara yang lantang .
Amira yang ligat menulis dari tadi berhenti lalu mengajukan sekeping kertas kepada laila .
" terima kasih bosskur " ucap laila kepadanya . Dan dibalas dengan sama sama .
===============
Kumpulan 1 ( dema , padang sekolah )1. Aqilah f1
2. Marissa f2
3. Anis f3
4. Amira f4Kumpulan 2 ( kelas blok A , B , C , surau sekolah )
1. Madihah f1
2. Aina f2
3. Ain f3
4. Ainul f4Kumpulan 3 ( bilik rehlah 1 dan 2 , dataran aspuri )
1. Irdina f1
2. Huda f2
3. Salwani f3
4. Laila f4Kumpulan 4 ( dorm level 1 dan 2 )
1. Sofea f1
2. Maryam f2
3. Nabila f3
4. Nadirah f4==================
Sekeping kad itu laila meneliti dengan berhemah . Matanya membulat memandang . Memang cekap si amira ni buat kerja dan laporan . Tak mustahil dia boleh menjadi ketua pengawas sekolah .
Setelah diberi tugasan dan kumpulan masing masing . Semua bergerak ke tugasan masing masing . Semua berpusu pusu untuk keluar ke pintu masuk dorm . Gembira laila melihat telatah mereka . Senyuman bertubi tubu laila hadiahkan buat mereka .
" elok elok tu jalan . Kang langgar tiang . Tak pasal pasal dapat hadiah ubat " laila memesan sambil ketawa kecil ke arah mereka .
" baik kak laila " serentak mereka menjawab sambil ketawa .
" weyh selipar aku tu . HAHAHA "
" Akak blok c dekat mana ? "
" la petok , selipar aku terbalik "
" weyh tunggu aku . Sian budak ni kena tinggal sorang "
Pelbagai celoteh mereka laila mendengar . Kalau mai tahu ni , pasti dia gembira sebab satu dorm prihatin terhadapnya . Mana tidaknya , mai seorang peramah dan pandai berlawak jenaka berbanding laila yang hanya pendiam dan tidak pandai berjenaka .
Jika tiada mai di dalam dorm , pasti sunyi dorm ini . Ibarat tiada makhluk satu pun . Penggantinya aqilah yang berusia 13 tahun itu . Aqilah bakal mewarisi si qistina umairah . Beliau juga seorang yang periang dan berpetah berkata kata .
" jom kak laila " ajak irdina berusia 13 tahun itu .
" ouh yah , akak lupa . Haa jom jom . " balasku .
" kak laila , kita nak start dekat mana satu nih ? Bilik rehlah ke dewan aspuri ? " tanya salwani yang berusia 15 tahun itu .
" kita pergi bilik rehlah satu dahulu ye.. sebab dekat sikit kan " ujarku lagi .
Tiga orang sekawan itu hanya mengangguk tanda faham .
Lalu , kami berempat berangkak menuju ke tempat yang di arahkan .

YOU ARE READING
THE SECOND JOURNEY
Fiksi PenggemarBismillahirahmanirrahim .. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Ini adalah sebuah kisah tentang sahabat karib . * sambungan dari FIRST JOURNEY * Watak ? Still same , its Qistina Umairah with someone . Who is she @ he ? She...