4

13 4 3
                                    

Adresia mengeluh sambil menolak pintu hendak ke bilik loker itu. Jam baru sahaja menginjak ke angka 7:45 pagi dan dia sudah tiada motivasi untuk hidup.

Sumpah demi apapun, Adresia rasa seperti mahu mati sahaja. Padahal dia baru 5 hari mula praktikal di hotel itu.

"Eh, kau ada dengar tak pasal budak intern dekat department housekeeping tu?"

Tangan Adresia yang hendak membuka pintu kedua untuk ke bahagian loker itu terhenti apabila dia mendengar suara orang sedang bersembang di dalam bilik loker itu.

"Yang mana nyah?" Sahut suara lain.

"Alah! Yang haritu kena maki dengan Chef Abram dekat depan ofis housekeeping tu nyah. Viral teruk kot satu group hotel, takkan kau tak tahu?" Suara yang pertama tadi kedengaran lagi.

"Alah babinya." Carutan pertama Adresia pada hari itu terlepas. Gadis itu mengeluh.

Tangan yang sudah berada di tombol pintu itu diturunkan disertai dengan kedua belah bahu yang jatuh. Adresia gulingkan biji matanya ke atas, menyampah apabila menyedari dirinya menjadi bahan gosip pekerja hotel seawal pagi begini.

Lantas, gadis itu memalingkan tubuh dan melangkah masuk ke dalam surau yang ada di luar bilik loker itu.

Ah! Lebih baik dia sambung charge telefon di dalam surau sahaja daripada menadah telinga mendengar dirinya menjadi bahan gosip orang-orang yang tak ada kerja itu.

---

"Hai, Adresia!"

"EOMMAAAA!" Kain lap terlepas dari tangan, serentak kedua belah mata Adresia terpejam sambil tangannya naik menutup telinga sendiri disebabkan terkejut dengan kemunculan Noah yang tiba-tiba.

"Err, awak okay??" Noah berundur setapak, risau melihat reaksi terkejut gadis itu.

"Okay acik awaklah!" Adresia mendengus sebelum menunduk untuk mengambil kembali kain lap yang jatuh ke lantai tadi.

Dikibas-kibas kain tersebut sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Mengelap bingkai kayu di tingkap besar yang menghadap kolam renang di tingkat 9 hotel itu.

"Hehehe, awak terkejut eh? Sorry Adresia. Saya tak sengaja." Noah sengih, macam biasa dia tayang muka sok suci tidak bersalahnya itu.

"Bukan awak kata awak off day hari Rabu ke?" Tanya Adresia. Dia menoleh ke arah Noah meminta jawapan.

"Haah." Balas lelaki itu bersahaja.

"Habistu kenapa datang hotel harini kalau off day? Kenapa tak rehat je dekat rumah?" Soal Adresia lagi.

"Sebab awak kerja harini. Saya kan dah janji nak teman awak."

"Eee, cringe." Adresia buat gaya hendak termuntah mendengar jawapan Noah.

"Awak dah makan?" Tanya Noah sambil memerhatikan gadis itu yang sibuk mengelap bingkai kayu di tingkap itu.

"Belum lagi. Puan Siti suruh saya wiping tong sampah dengan tingkap dekat area guest lift ni dari tingkat 16 sampai tingkat 4. Pukul 1 nanti kot baru saya turun makan." Balas Adresia.

Noah diam. Dia memerhatikan gadis itu yang mula mengambil vacuum sebelum dipasangkan pada suis yang terletak di dinding bersebelahan lif itu.

"Hmm ada lagi 5 tingkat ya..." Noah bergumam. Adresia yang mendengar hanya mampu mengeluh.

"Iya, Noah. Ada lagi 5 tingkat yang saya kena wiping dan vacuum. Jadi boleh tolong ke tepi tak? Saya nak buat kerja ni. Cepat siap, cepat saya dapat turun rehat." Ucap Adresia sebelum menolak Noah ke tepi dan mula mengvacuum karpet di guest area itu.

"Saya tolong awak ya!" Balas Noah dengan penuh semangat.

Adresia gulingkan biji matanya. Mana mungkin pekerja di bahagian Front Office seperti Noah tahu skop kerja bahagian Housekeeping ini?

Tapi belum sempat Adresia hendak balas apa-apa, tahu tahu saja Noah sudah tiada di belakangnya.

"Lahh? Cepatnya dia hilang?" Monolognya sendirian.

"Tak dengar bunyi lif pun...." Adresia berkerut dahi apabila menyedari dia langsung tidak mendengar bunyi lif khas pekerja digunakan.

"Dia pakai tangga kot...." Jalan terakhirnya, dia bersangka baik.

---
8:²⁹ pm, 11 january 2022

Aku sepatutnya jawab exam sijil EEP tapi gshshshshshs bodoamat lah

Haluception; Can You Sit By My SideWhere stories live. Discover now