P.A stands for public area. Apa je public area dekat hotel?
Toilet di lobby.
Toilet di restoran hotel.
Toilet di tingkat 1, 2 dan 3.
Toilet di gym hotel.
Toilet di dalam surau hotel.
Dan akhir sekali, toilet di tepi kolam hotel.Adresia rasa nak menyumpah bila dia pindah ke section P.A. Sebab apa?
Sebab dia dah macam upgrade dari bibik kepada cleaner.
Bayangkan ambil pinjaman pelajaran PTPTN sampai puluh ribu semata-mata untuk intern di hotel jadi kuli batak. Dengan tak ada elaunnya.
AAAAAAAAAAA nak mati. Tapi awal lagi nak suicidal sebab jam baru menginjak ke pukul 8:30 pagi. Adresia masih ada baki 30 minit untuk mempersiapkan mentalnya di hari kedua berada di section P.A ini.
"Awal betul kamu datang? Harini shift pagi lagi ke?" Tegur Kak Fyn, staff housekeeping di bahagian florist.
Adresia yang sedang menulis laporan di buku log internnya segera angkat muka apabila mendengar suara yang familiar itu.
"Haah, Kak. Harini saya shift pagi lagi." Balas Adresia seadanya.
Kak Fyn cuma mengangguk dan berlalu ke lokernya untuk meletakkan barangannya.
"Akak nak pergi sarapan dekat kafe ni, kamu nak ikut sekali tak?" Tanya Kak Fyn setelah selesai meletakkan barang.
Adresia geleng. Tadi dia dah usha dah sarapan yang ada dekat kafe. Dan dia tak berminat dengan mee goreng pucat yang dihidangkan sebagai sarapan pada pagi itu.
"Saya puasa harini, Kak." Balas Adresia.
Kak Fyn kemudiannya berlalu keluar dari bilik loker menuju ke kafe. Sesekali Adresia bertukar sapaan dengan staff yang baru memasuki bilik loker itu.
Penat jugak bila kena pura-pura ceria membalas sapaan staff staff yang rajin menegurnya di kerusi itu. Tak pasal-pasal seawal pagi lagi energy Adresia dah drain.
__________
"Sama macam semalam, kau jaga semua toilet perempuan dari lobby sampai tingkat 3. Aku pulak jaga toilet lelaki. Kalau ada apa-apa, roger je dekat walkie talkie tu. Housekeeping channel 3." Pesan Darwisy, staff Housekeeping yang jaga section P.A pada hari ini.
Adresia cuma angguk-angguk sebelum mereka berdua berpisah di lobby. Darwisy masuk ke dalam bilik air lelaki, Adresia pula masuk ke dalam bilik air perempuan.
Dan sama seperti semalam, tugasnya mencuci semua tandas dari lobby sampai tingkat 3 itu.
Tandas yang pertama Adresia cuci, tandas yang berada di lobby. Sebab tandas yang itu dekat dengan pintu lif staff. Setelah selesai dengan tandas di lobby baru Adresia melangkah ke tandas yang terletak di dalam restoran hotel.
Sebaik sahaja tiba di restoran, Adresia mendengus sebal melihat chef yang memarahinya tempoh hari ada di dalam restoran. Sedang duduk di meja sambil bersembang dengan staff lain.
Malas nak bitter, Adresia pun menonong jela masuk dalam restoran untuk ke tandas di belakang. Sempat lagi dia jeling meja chef tu duduk. Pedulilah kalau chef tu perasan ke tidak.
Sebaik sahaja selesai mencuci tandas perempuan di dalam restoran itu, Adresia melangkah keluar. Tapi langkahnya terhenti apabila namanya tiba-tiba dipanggil oleh Encik Saiful, manager training dia yang entah bila ada di meja yang sama dengan Chef Abram itu.
Dengan langkah yang berat dan tidak rela, Adresia mendekati meja itu.
"Ada apa, Encik Saiful?" Tanya Adresia sebaik sahaja berdiri di sisi kerusi tempat duduk managernya itu.
"Ni ha, Chef Abram tanya khabar kamu. Sihat ke?" Balas Encik Saiful.
"Oh. Sihat je, alhamdulillah." Laju Adresia menjawab.
"Kamu dah berapa hari dekat P.A?" Tanya Chef Abram pula, tiba-tiba.
Adresia nyaris nak rolled eyes sebab menyampah dengar suara si chef tapi sebaik mungkin dia tahan diri. Kang tak pasal-pasal je dia kena maki dekat depan orang ramai lagi macam haritu.
"Baru dua hari,"
"Lepas habis housekeeping nanti ke mana? Front office ke? FnB?"
Adresia malas betul nak menjawab soalan si Chef. Ikutkan nak je dia terus angkat kaki dari situ tapi ada manager trainingnya pula.
"FnB dulu baru front office." Balas Adresia seadanya.
"Kalau FnB nanti kamu masuk kitchen jelah. Nanti biar saya yang assist." Balas Chef Abram lagi.
Adresia automatik rasa nak carut. Apa katanya tadi? Suruh dia masuk kitchen? MEMANG TIDAKLAH.
Adresia lagi rela kekal di housekeeping dan menjadi cleaner mencuci tandas hotel sahaja daripada masuk ke bahagian kitchen dan bekerja di bawah chef itu. Jangan nanti orang pakai pisau buat potong sayur, dia pulak pakai pisau buat tetak manusia!
Belum sempat Adresia hendak buka mulut, suara Darwisy kedengaran dari walkie talkie yang dibawa.
"Weh Adresia naik tingkat 3 kejap. Ada budak muntah dekat tepi pool ni."
Mendengarkan arahan Darwisy, Adresia segera meminta diri kepada manager trainingnya untuk berlalu pergi.
Sengaja Adresia berpamitan hanya dengan Encik Saiful sahaja. Chef Abram dibiarkan tanpa sebarang jawapan.
Maleh aque.
########
4:35AM Tue, 28 November 2023
Rindu nak taip cerita ni je, tak rindu masa intern dulu hshshshshs
Darwisy ^^
YOU ARE READING
Haluception; Can You Sit By My Side
FanficIya, tajuk tu kalau boleh nak sepanjang rel keretapi. Tapi chapter dia pendek pendek je nyah sebab ini cumalah haluception huhu