6

13 4 2
                                    

Hari Ahad. Dan Adresia murung kerana dia masih harus bekerja pada hari cuti umum seperti ini. Keluhannya tak berhenti daripada dia mula-mula dia celik mata tadi.

Dalam tak sedar, ini dah masuk 2 minggu Adresia berada di section room Housekeeping. Oh untuk pengetahuan umum, Housekeeping ini ada banyak section di dalamnya.

Ada section room, macam kerja yang Adresia selalu buat sejak dua minggu ini. Di mana dia harus mengikut salah seorang staff housekeeping untuk mencuci bilik air satu per satu.

Kemudian ada section laundry dan linen. Ini--- Adresia pun tak tahu skop kerja bagaimana sebab dia masih belum ada kesempatan untuk jejak ke section itu. Adresia cuma anggap yang section itu menguruskan uniform pekerja dan kain-kain kotor dari bilik-bilik yang dibersihkan oleh staff room.

Oh, sebelum terlupa, Housekeeping juga ada section 'Florist' di mana ada seorang staff yang bekerja untuk menggubah bunga untuk acara acara tertentu yang diadakan di hotel dan juga untuk dekorasi hotel sempena perayaan tertentu seperti Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Dan yang terakhir di pengetahuan Adresia, ada PA ataupun nama panjangnya Public Area. Ini--- Adresia juga masih belum tahu skop kerjanya bagaimana. Dia cuma mampu berdoa semoga skop kerjanya di section ini nanti lebih senang dibanding dengan kerja dia di section room.

***

"Harini last day awak dekat room. Esok start pergi PA pulak." Ucap Encik Saidi yang menggantikan Puan Fatima, manager di ofis Housekeeping itu.

Adresia hanya mengangguk sahaja.

"Awak pergi tolong Syafiq, dia ada dekat tingkat 11." Encik Saidi bersuara lagi.

"Baik, Encik." Balas Adresia ringkas sebelum dia melangkah keluar dari ofis Housekeeping yang sendu itu.

Dan setibanya di tingkat 11, mata Adresia melilau mencari kelibat troli housekeeping yang biasa digunakan oleh staff staff untuk mengemas bilik ke bilik. Tapi tiada. Lantas, gadis itu menolak pintu bilik linen.

"Assalamualaikum," pintu diketuk sebelum dibuka separuh.

"Yeee, waalaikumsalam." Balas suara garau dari dalam bilik linen itu.

"Em, Syafiq kan? Encik Saidi suruh saya tolong awak harini." Ucap Adresia sambil menjengahkan kepalanya ke dalam bilik linen itu.

"Oh yeke? Haa masuk, masuk. Kau tolong aku lipat towel dengan bath mat ni. Lepas siap lipat segala kain ni baru kita start kemas bilik." Balas Syafiq yang sedang sibuk melipat bed sheet serta pillow case di atas lantai dalam bilik linen itu.

"Oh, okay." Adresia segera masuk ke dalam bilik linen. Kasutnya ditinggalkan dan diletakkan di belakang pintu bilik linen sebelum dia sama-sama bersila di atas lantai untuk melipat tuala dan segala macam kain itu.


---
3:45 pm, 19 january 2022

Masih lagi mereput, tapi kalini location dekat dalam toilet depan ballroom tingkat 2 👍🏻👍🏻

Haluception; Can You Sit By My SideWhere stories live. Discover now