13

1 0 0
                                    

"So? Apa update kehidupan awak sepanjang kita dah lama tak jumpa ni?"

Iya. Tengah hari itu Adresia dan Noah kembali berjumpa di kafe dan sambung berborak seperti pagi tadi.

Walaupun yang makan cuma Adresia sorang sebab Noah cakap dia puasa lagi hari itu.

"Nothing new. Masih menghitung hari untuk saya habis intern dekat hotel bodoh ni." Balas Adresia sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Sedar tak sedar dah nak sebulan eh awak intern dekat sini? Saya doakan semoga awak terus kuat bertahan sampai habis intern nanti." Ucap Noah, tulus.

"Terima kasih, Noah. Semoga yang baik-baik kembali pada awak jugak."

"Aamiin."

"By the way, kenapa semua orang pandang kita eh? Ada benda pelik dekat muka saya ke?" Tanya Adresia.

Daripada tadi lagi sebenarnya Adresia dah perasan yang orang-orang memandang pelik ke arah meja mereka berdua ini.

Siap ada yang berbisik antara satu sama lain lagi sambil mengisyaratkan kepada meja tempat duduk Adresia dan Noah.

"Perasaan awak je kot..."

"Tak Noah. Diorang memang pandang kita daripada tadi."

Belum sempat Noah hendak membalas, tiba-tiba kerusi di sebelahnya ditarik.

"Amboi Adresia aku panggil daripada tadi langsung kau tak menyahut ya? Apa yang syok sangat cakap sorang-sorang ni? Engko stress ke dekat PA weh? Si Darwisy buli ko ke?" Bertubi-tubi soalan Syafiq ajukan.

Iya. Syafiq Basyir, staff housekeeping merangkap kawan baru Adresia di hotel itu yang muncul dan duduk di hadapan Adresia.

Syafiq bukannya apa... Dia kesian bila dengar orang-orang saling berbisik sesama sendiri mengutuk Adresia kerana gadis itu bercakap seorang diri di meja makannya.

Syafiq fikir, mungkin Adresia stress buat kerja PA sampai dia cakap seorang diri begitu.

Yang Syafiq tak tahunya....

"Hah?? Cakap sorang-sorang?? Mana ada aku cakap sorang-sorang? Ada kawan aku dekat sini." Balas Adresia yang hairan mendengar soalan Syafiq tadi.

Kini giliran Syafiq pula berkerut dahi.

"Kawan? Siapa kawan ko? Ko mana ada kawan dekat sini selain aku???" Syafiq kembali tanya.

Belum sempat Adresia hendak membalas, kerusi sebelahnya pula ditarik.

"Amboi rancak betul korang berdua berborak ni? Tak ajak pun." Komen Darwisy yang duduk di sebelah Adresia.

"Berdua??? Darwisy, dekat sini ada tiga orang." Balas Adresia laju membetulkan.

"Tiga orang campur aku, maksud kau?"

"Tak, campur kau jadi empat orang lah."

"Hah??" Darwisy kerut dahi sebelum dia pandang Syafiq.

"Ko buat apa dekat budak ni? Macam makin biul je lepas masuk PA dengan kau?" Tanya Syafiq, menuduh.

"Eh mana ada aku buat apa-apa!" Darwisy bela diri.

"Tak, korang berdua ni yang pelik! Benda aku daripada tadi dekat sini dengan Noah kot! Kenapa tiba-tiba korang muncul cakap aku cakap sorang-sorang dekat sini?? Aku bukannya gila sampai nak berhalusinasi siang siang macamni." Balas Adresia tak terima.

"Hah??" Syafiq pandang Darwisy. Darwisy pandang Syafiq. Keduanya serentak angkat bahu.

"Kau cakap nama siapa tadi? Noah? Noah siapa?" Soal Syafiq. Tiba-tiba rasa tak sedap hati.

Adresia menganga. Jari telunjuknya lantas diaju kepada Noah yang duduk di hadapannya itu.

"Tu. Dekat sebelah kau tu. Noah, staff Front Office?? Korang tak kenal dia ke??" Tanya Adresia.

Noah yang dari tadi hanya diam itu hanya mampu mengeluh.

"Adresia, sebenarnya saya....."

"Weh, ko jangan buat lawak boleh tak? Encik Noah staff Front Office tu dah sebulan lebih koma dekat hospital tahu tak?!" Darwisy menjerit kecil. Nada suaranya seboleh mungkin ditahan agar tidak terlalu kedengaran.

"Hah????" Kini giliran Adresia pula yang blur. Dia pandang Syafiq dan Darwisy silih ganti.

Sebelum dia kembali pandang ke arah Noah.

"Habistu yang depan aku ni.... apa....."

"Adresia, engko ni indigo ke?" Tanya Syafiq tiba-tiba.

"Apa go??" Adresia yang masih blur kembali bertanya.

"Indigo, orang yang boleh nampak hantu. Jin. Setan. Engko ni ada sixth sense ke???" Darwisy mencelah.

"Heyy! Aku bukan hantulah!!" Marah Noah apabila mendengar ucapan Darwisy.

Adresia diam. Otaknya masih cuba memproses dengan apa yang baru didengarnya tadi.

Okay. Dia sorang je yang boleh nampak Noah?

Dan Noah yang sebenarnya sudah sebulan lebih koma di hospital?

Oh Tuhan... Adresia cuma minta urusan internnya dipermudahkan, bukannya nak jadi cerita hantu!!!

----
11:⁰² pm, 18 february 2024.

Haluception; Can You Sit By My SideWhere stories live. Discover now